Tindakan mahkamah akan dikenakan ke atas Tun M kerana hina Najib

admin

 3,295,859 

 

KUALA LUMPUR – Ketua pasukan pembelaan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Ini berikutan tindakan pihak pendakwaan yang akan memfailkan prosiding menghina terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sebuah artikel di agensi berita antarabangsa, Reuters baru-baru ini.

 

Reuters melaporkan Najib sebagai berkata, perbicaraan 1MDB dikaitkan dengan penyelewengan RM2.3 bilion yang membabitkan dirinya sedang berjalan secara tidak adil.

 

Justeru Timbalan Ketua Pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan pihaknya akan memfailkan prosiding menghina mahkamah kerana penyiaran artikel tersebut.

 

Bagaimanapun, Muhammad Shafee kemudian bangkit dalam nada suara lantang menyoal mengapa pula tidak ada sebarang tindakan menghina diambil terhadap Mahathir yang kerapkali menuduh anak guamnya sebagai pencuri dan penyangak.

 

Walhal katanya, kes masih lagi berjalan ketika ini berhubung tuduhan-tuduhan itu sebaliknya Mahathir pula dilihat begitu ‘kebal’ sesuka hati menuduh dan memfitnah Najib dan kemudiannya terlepas begitu sahaja.

 

“Malah semalam juga beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Riza (Aziz) mencuri dan boleh memulangkan sebahagian daripadanya. Beliau seringkali memanggil anak guam saya sebagai penyangak, pencuri dan sebagainya.

 



 

Mengapa tidak pula sesiapa ambil apa-apa tindakan? Tun Mahathir nampaknya sentiasa terlepas. Mungkin dengan perubahan kerajaan pada masa ini, ada juga ruang untuk mengambil tindakan seperti ini terhadapnya pula,” jelasnya.

 

Beliau berkata demikian dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan 1MDB yang masuk hari ke-36 hari ini.

 

Sebelum ini, pada 4 Mac lepas, Reuters melaporkan Najib berharap akan ada masa untuk beliau mendapat perbicaraan lebih adil serta suasana kondusif selepas perubahan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

 

Perbicaraan bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. -MalaysiaGazette

 

Adakah anda bersetuju jika Tun M dikenakan tindakan mahkamah kerana 'memanggil Dato Seri Najib sebagai penyamun, perompak dan penyangak WALAUPUN kes 1MDB Najib masih belum dibuktikan bersalah'?

View Results

Loading ... Loading ...

 

3 thoughts on “Tindakan mahkamah akan dikenakan ke atas Tun M kerana hina Najib

  1. Banyak kes dalam pembicaraan sudah jatuh hukuman mahkamah kena mainkan peranan penting supaya ianya tidak menjadi cacian memalukan seseorang itu turut kena tempias rasa malu ialah keluarga apa pun tindakan tegas harus dilakukan untuk rakyat Malaysia semuanya fikir pasal kemulian mahkamah jangan jadi mainan politik dan Rakyat

  2. Saya berpendapat perkara sebegini seharus nya d rujuk kepada perundangan untyk mengelak kn lagi orang rpeligara dn ramai terikut ikut dengan gelaja seperti menghina pada sesiapa sahaja demi riputasi seseorang itu terpelihara daripada perundangan yang memakrubkn d negara malaysia, oleh itusaya berpendapat perkara sebegini seharus nya d rujuk d dalam perundamgan.

    Sebelum seseorang itu d jatuhkn hukuman, tiada intiti membolehkn orang itu d sebut bersalah, atau perkataan lain seperti penipu, pencuri, penyamun, ketana secara kebetulan kes tersebut sedang d dalam perbicaraan atau dn atau hujah sedang dengari kepada yang arip atau hakim mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media