Berkata ‘PN kerajaan pintu belakang’ satu khianat kepada Agong

admin

 3,428,043 

 

Semalam telah berlaku pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-14 yang menyaksikan Titah Diraja YDP Agong.

 

Tekan sini untuk keratan teks ucapan YDPA.

 

Melalui Titah Diraja, YDP Agong bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat melalui bancian yang dijalankan baginda.

 



 

Tambah baginda, bancian melalui pertemuan perseorangan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat itu telah dijalankan dengan telus dan amanah.

 

“Sesungguhnya, beta telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.”

 

Melalui Titah Diraja YDP Agong ini, rakyat seharusnya sedar dan akur dengan keputusan YDP Agong. Berkata ‘Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kerajaan pintu belakang’ adalah seolah-olah membantah keputusan YDP Agong, seterusnya boleh dilabel sebagai menderhaka.

 

Oleh itu, berhentilah menyebarkan perkataan tersebut. Bersama-samalah memberi peluang dan kepercayaan kepada kerajaan yang telah dipilih oleh YDP Agong terutamanya semasa negara kita diserang krisis ekonomi yang teruk akibat wabak Covid-19.

 

Rakyat berhak menyuarakan pendapat jika tidak bersetuju atau ingin mengkritik kelemahan kerajaan tetapi jangan sesekali mengatakan kerajaan yang dilantik oleh YDP Agong sebagai TIDAK SAH, PINTU BELAKANG dan lain-lain yang menggambarkan tidak setuju dengan keputusan Agong.

 

 

Harap pembaca boleh menyebarkan mesej ini kepada rakan-rakan dan keluarga.

 

Hormatilah sistem raja berpelembagaan yang diamalkan kerana ia merupakan akar tunjang kepada kekuatan negara tanah tumpah darah kita ini.

 

Adakah anda bersetuju perbuatan menggelar kerajaan yang dilantik YDP Agong sebagai 'pintu belakang' atau 'tidak sah' merupakan satu pengkhianatan kepada YDP Agong?

View Results

Loading ... Loading ...

 

14 thoughts on “Berkata ‘PN kerajaan pintu belakang’ satu khianat kepada Agong

  1. Sebenarnya salah Tun M sebab letak jawatan. Agong sudah nasihat jangan letak jawatan sebab akan timbulkan kemelut Politik kepada negara. Tapi, tun letak jawatan juga. Agong jalankan tugas dengan amanah ikut perlembagaan, hasilnya Muhyiddin Yassin dilantik jadi PM sebab mengikut bancian yang dijalankan Agong. Lepas tu PH Tak puas hati cakap kerajaan pintu belakang la, kerajaan Tak Adil la… Maknanya kerajaan PH tak percaya dan lawan keputusan Agong. Yang erti kata lainnya, derhaka kepada Agong.

  2. PH dah kacau bilau gaduh sama sendiri, tambah lagi dengan Tun M Tak nak bagi Anwar Ibrahim jadi PM. Alhamdulillah PH tumbang, kalau Tak tunggang langgang negara. Terima kasih YDP Agong sebab jalankan tugas dengan amanah Dan Telus. Kami rakyat akan sentiasa patuh dengan sepenuh hati Dan menghormati keputusan yang ditetapkan Tuanku.

  3. Setuju….sepatutnya kena hukum Sapa yang cakap kerajaan PN Tak sah stay pintu belakang. Perlu dikenakan tindakan undang2 sebab Tak percaya pada(derhaka) pada Agong

  4. RBA dapig dan macai PH memang selalu ulang slogan kerajaan pintu belakang ini. Tangkap dan pancung je diorg Ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media