UMNO sedia terima BEKAS AHLI termasuk Muhyiddin, Menteri dan Timbalan

admin

 2,153,404 

 

UMNO mengalu-alukan bekas ahli mereka kembali kepada parti itu termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri serta timbalan menteri.

 

Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya alu-alukan kepada semua kerana semuanya dari UMNO dan tidak salah untuk mereka kembali.

 

Kita sangat alu-alukan. Ini jujur dan serius,” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan bantuan Aidilfitiri kepada imam dan bilal di Ketereh di Kota Bharu hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang juga adik Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menyertai semula UMNO selepas lebih 23 bulan menjadi Adun Bebas apabila keluar parti itu sejak 2018.

 

Dalam perkembangan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, UMNO akan umum calon bertanding tidak lama lagi.

 

Beliau yang turut dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya berkata, pihaknya sedang menyusun kaedah kempen dengan normal baharu.


“Saya sedang susun prosedur operasi standard (SOP) kempen baharu. Kali ini kita tidak lagi menggunakan cara biasa membabitkan perhimpunan ramai dan berarak ketika proses penamaan calon.

 

“Sebaliknya apa yang dilakukan nanti mengikut garis panduan dan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

 

Adakah anda setuju jika Tan Sri Muhyiddin kembali semula kepada UMNO?

View Results

Loading ... Loading ...

 

24 thoughts on “UMNO sedia terima BEKAS AHLI termasuk Muhyiddin, Menteri dan Timbalan

  1. Terbaiklah bersama-sama kita kuatkan umno, ingat melayu kuat apabila parti umno berdiri teguh. Ayuhla bersatu padu di bawah satu parti wahai bangsa Melayu

  2. Alhamdulillah…masuk umno balik tan sri. Bersama Kita bersihkan Politik Malaysia melalui parti umno. Ingat banyak jasa parti umno kepada negara. Jom kuatkan parti ini.

  3. Bersatu Kita teguh, bercerai Kita roboh….sama-sama majukan negara melalui parti umno. Hidup umno hidup melayu!!! Umno terus Mara untuk rakyat Malaysia….

  4. Terbaik sikap toleransi tu penting…..maafkan kesilapan lalu dan berusaha majukan negara demi generasi depan.

  5. Terbaik parti umno…lupakan pertelingkahan, jalinkan persaudaraan. Sama2 membawa parti umno ke puncak kejayaan. Umno terus Mara untuk rakyat Malaysia.

  6. Alhamdulillah bersatu-padulah bangsa Melayu. Kita mampu kembalikan kegemilangan kerajaan Melayu Melaka

  7. Muafakat nasional menjadi kekuatan org melayu. Alhamdulillah, Syukur. Doakan tansri Muhyiddin Terbuka hari utk sertai umno semula.

  8. Jangan terpedaya dengan umno, tan Sri Muhyiddin. Umno parti kleptokrasi selagi ia dipimpin oleh Zahid hamidi atau najib

  9. Pengkhianat pintu belakang. Selamat Najib, rosmah Dan Zahid hamidi. Tahniah bangsa Melayu…selamatkan perompak pencuri pengkhianat. Terbaik 不不不

  10. Alhamdulillah terbaik kerajaan PN. Masa untuk bangsa melayu satu hati bawah satu parti muafakat nasional umno Dan pas.

  11. Mantap umno….sokong luaskan kuasamu. Jangan bagi can bang non atan mahadir nak jadi PM. PM tepi boleh 不不不不

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media