Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dapat pengiktirafan Bank Dunia

admin

 10,639,762 

Dr Richard Record, wakil Bank Dunia untuk Malaysia

 

Menurut Dr. Richard, Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam mengharungi impak negatif penularan COVID-19 yang mencetuskan kejutan ekonomi global yang telah memberikan kesan buruk kepada hampir semua industri ekonomi di seluruh dunia.

 

Beliau berkata, Malaysia mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai, rekod pengurusan ekonomi makro yang mantap, pasaran modal domestik yang mendalam, institusi kewangan yang utuh dan pengalaman tinggi dalam menangani krisis ekonomi.

 

Beliau berkata, seperti kebanyakan negara, Malaysia juga berdepan prospek penguncupan ekonomi, dan sebagai usaha tindakbalas, kerajaan membuat pelarasan tepat pada masanya terhadap dasar fiskal dan monetari ekonomi negara.

 

“Suntikan langsung fiskal adalah RM35 bilion (kira-kira 2.3 peratus daripada KDNK) dan keutamaan lebih ke arah pemindahan langsung (bantuan) kepada rakyat,” katanya.

 

Prinsip yang diamalkan ‘No one will be left behind’ juga merupakan satu langkah yang efektif kerana golongan yang paling teruk terjejas akibat wabak Covid-19 ialah golongan miskin yang tidak mempunyai simpanan dalam bank dan insuran perlindungan.

 

“Berbeza dengan sesetengah negara yang terlalu fokus mengutamakan bantuan kepada industri-industri besar dalam negara, sistem bantuan yang lebih adil dan menyeluruh kepada setiap status ekonomi seperti yang diamalkan Malaysia adalah lebih efektif dalam menangani krisis ekonomi akibat wabak ini”

 

 

Dr. Richard juga memuji Menteri Kewangan Tengku Zafrul kerana membuat tindakan yang sangat bijak dengan pelan ekonomi yang menyeluruh dan meliputi jangka masa panjang dalam menghadapi kesan ekonomi Covid-19.

 


Berikut merupakan biodata Tengku Zafrul

 

Ini pula biodata bekas Menteri Kewangan di bawah Kerajaan PH, pandai-pandailah pembaca bandingkan ye.

 

Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kita mempunyai Menteri Kewangan yang dihormati di seluruh dunia kerana kehebatan beliau dalam bidang ekonomi.

 

Ekonomi negara akan lebih terjamin di bawah pentadbiran Menteri Kewangan yang mana?

View Results

Loading ... Loading ...

 


23 thoughts on “Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dapat pengiktirafan Bank Dunia

      1. 2 bulan pegang jawatan Menteri…Ekonomi Negara kukuh

        vs

        22 bulan Menteri kewangan memanjang cakap Negara akan bankrup..

  1. Semoga ekonomi Malaysia terus mantap bawah pentadbiran Tengku sebagai Menteri Kewangan. Terbaik Tengku zafrul

  2. Lim Guan Eng is a joke. Lucky we got a truly world-ranked expertise in financial under PN gov. Kudo to tan Sri Muhyiddin for electing Tengku zafrul

    1. Semoga ekonomi Malaysia terus mantap bawah pentadbiran Tengku sebagai Menteri Kewangan. Terbaik Tengku zafrul Menteri Kewangan Terbaik

  3. Terbaik Tengku Zafrul. Baru betul Menteri Kewangan Ada knowledge world level pasal financial….Bukan Macam Lim Guan eng…pekerja bank je. 🤣🤣🤣

  4. Terbaik Tengku Zafrul….terus majukan ekonomi negara. We need ur knowledge and expertise dato….help this country to recover our economy back.

  5. Alhamdulillah..beruntung Malaysia dapat Menteri Kewangan diiktiraf dunia. Semoga ekonomi Dan HUTANG NEGARA dapat dikurangkan bawah pentadbiran dato. InsyaAllah

  6. Memang Kewangan Malaysia sebenarnya masih ok. Lim Guan eng je saja takut-takutkan rakyat kata negara nak bankrap. Hampeh LGE. Suruh rakyat okay perut….kurangkan elaun gaji penjawat awam. Nak hapuskan elaun kritikal. Nasib baik lingkup dah PH…alhamdulillah diganti dengan tokoh ekonomi dunia Tengku Zafrul terbaik

  7. Terbaik Tengku Zafrul….Kurang bercakap tapi banyak buat kerja. Inilah Menteri yang Kita mahukan. Kelayakan Ada, hensem pulak tu terbaik!!!!

  8. Ni baru betul namanya Menteri….kena Ada kelayakan…Bukan macam LGE…..biasa2 je kelayakan dpt jadi Menteri. Hasilnya Nanti pun akan biasa2 la. Tahniah tan Sri Muhyiddin sebab pilih Menteri Kewangan yang berkelayakan tinggi.

  9. Alhamdullilah ,
    Sudah sampai masanya Rakyat Malaysia dapat Menteri Kewangan yang beretika dengan kelulusan dan pengalaman nya bagi menguruskan Kewangan Negara MALAYSIA dengan stabil dan bijaksana .

    Didoakan agar Kewangan Negara tidak diselewengkan demi untuk kekayaan individu yang xalim dalam pemerintahan Negara .

    Semoga keadaan kekal baik untuk keturunan rakyat MALAYSIA ..

    TAHNIAH TENGKU ZAFRUL !!!

  10. TSYM dan YM.TENGKU ZAFRUL ada dua individu yg mempuyai gabungan yg mantap…Syabas, In Syaa Allah Malaysia akan menjadi negara yg makmur dan terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media