Doktor dari keluarga miskin buktikan tuduhan ‘Melayu Pemalas’ Tun M salah

admin

 8,775,190 

Dipetik dari FB Dr. Amirul Azhar

 

CUKUPLAH TUN MAHATHIR

Saya dilahirkan dalam keluarga yang tak mewah di kampung. Rumah guna lampu minyak tanah. Saya disuap air teh ketika kecil tak mampu beli susu. Ayah pernah jual ikan atas motor untuk menyara keluarga, mak pernah jaja kuih rumah ke rumah untuk mencari rezeki. Dari kampung ke KL, ayah bawa teksi pula untuk besarkan anak2.

 

Macam mana saya bantu keluarga? Saya belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah UPSR 5A. Tolak tawaran masuk Sekolah Tinggi Kajang.

 

Terus di sekolah harian (SMKBDP). Belajar lagi. Alhamdulillah PMR 7A. Masuk MRSM Kubang Pasu. Berjauhan dengan keluarga. Dapat bantuan MARA untuk bayar yuran. Belajar lagi. Alhamdulillah SPM 9A. Ke Kolej MARA Banting, belajar lagi dapat diploma.

 

Saya rajin belajar bersungguh-sungguh. Tak harapkan duit atau projek daripada ayah saya, tak macam anak-anak Tun.

 

Rezeki dpt terbang ke USM-KLE, India untuk belajar perubatan 5 tahun. Belajar lagi. Belajar. Belajar. Dan terus belajar.

Majoriti kawan-kawan di universiti berbangsa Melayu. Kami tak malas. Kami rajin belajar. Buat kelas malam berbulan bulan sebelum exam final. Alhamdulillah semua lulus dapat jadi doktor. Kami pemalas?

 

Mula kerja, kerja sebagai HO ni boleh kata balik rumah untuk tidur saja. Lagi banyak masa di hospital berbanding di rumah. Kerja macam hamba. Kena maki perkara biasa. Kami tetap rajin bekerja. Tak boleh malas, tak boleh lalai. Silap sikit, boleh menyebabkan pesakit mati. Rakan-rakan doktor masa kerja, majoriti Melayu. Kami pemalas?

 

Majoriti jururawat di hospital berbangsa Melayu, kerja 24 jam jaga pesakit, siap tolong cucikan najis pesakit padahal tu tugas waris pesakit. Mereka pemalas? (Selamat hari jururawat tak sempat ucap semalam)

 

Sekarang pandemik covid19 ni, kami dikerah bekerja. Frontliners katanya. Pakai PPE berpeluh sampai basah lencun. Penat saring pesakit. Melayan kluster kayangan lagi. Polis/tentera yg buat sekatan jalan, ahli farmasi yg bagi ubat, frontliners semua ni majoriti Melayu. Alhamdulillah kita antara negara yg berjaya mengekang virus covid19. Masih pemalaskah dan gagalkah kami ni?

 

Penyumbang cukai terbesar pun Melayu. Mana yg malas dan gagalnya.

Panggil Melayu bacul sebab tak terima DAP? Tun yg bacul diperguna DAP.

 


 

Yang sebut banduan Melayu tu nak mengata Anwar Ibrahim ka Tun.

Cukuplah Tun Mahathir. Berpolitik tak habis2. Melayu dipanggil pemalas, penakut semata-mata nak jaga hati DAP. Padahal berpuluh tahun dia jaja DAP anti-Melayu. Nyanyuk gamaknya. Sudahlah. Usia tak lama dah. Bertaubatlah.

 

 

Kami Melayu dah muak dengan Tun. Pergilah dengan tenang.

#MelayuBukanPemalas
#KamiMelayu #KamiTakMalas #KamiTakGagal #KamiTakRasuah #KamiTakJagaKroni
 

Adakah wajar tindakan Tun M melabel Melayu sebagai PEMALAS?

View Results

Loading ... Loading ...

 

13 thoughts on “Doktor dari keluarga miskin buktikan tuduhan ‘Melayu Pemalas’ Tun M salah

  1. Terbaik….doktor. Memang ramai anak muda melayu yang hebat walaupun lahir dari latarbelakang keluarga miskin. Atok ni selalu kondem Melayu untuk nak tarik sokongan DAP je. Dia sanggup jatuhkan maruah bangsa demi kuasa politik

  2. Atok jadi permainan kuda tunggangan dap. Tun bukan main bela dap, padahal dap kat belakang bukan main sedap kutuk Tun

  3. Hahahahahaha…makan dalam Tun M baca. Tahniah anak muda. Ni baru betul anak muda hebat. Muka macam mamat tisu panjat pagar tahu main game je #SyedSaddiqKoyakTisu

  4. Bangkit anak muda….bangsa Melayu ramai org hebat. Ni salah satu. Mungkin Tun judge melayu malas bila tgk anak2 dia. Anak-anak diberi kemewahan tapi Tetap malas. Mungkinla 🤣🤣

  5. Bila merasakan kita rajin itu bermaksud kita mula berada di comfort zone… Untuk maju lihatlah orang yg lebih berjaya diatas.. Adakah kita sudah rasa hebat.. Untuk maju pandang keatas adakah kedudukan kamu sdh setaraf dgn kejayaan bangsa lain yg masih berusaha memartabatkan dirinya dan ank bangsa mereka.. Mengaku miskin tidak membuat diri ini miskin.. Mengaku malas tidak membuat diri ini hina…mengakui diri ini malas dan miskin agar kita sedar diri jauh lebih hebat drp apa yg kita capai saat ini jika kita gunakan kehebatan diri kita yg sebenar… Andai kita merasakan pencapaian sekarang sdh terbaik apa lagi perbandingan yg boleh menolak kamu pergi lebih jauh dan terperangkap dgn pujian sehingga lupa bhw sebenarnya anda jauh lebih hebat drp apa yg anda sdg miliki sekarang..

  6. Wow that was unusual. I just wrote an extremely long comment but after I clicked submit my comment didn’t appear. Grrrr… well I’m not writing all that over again. Anyhow, just wanted to say superb blog!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media