Mat Sabu bakal turun jalanraya bantah sidang Dewan Rakyat sehari

admin

 248,801 

 

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini hanya untuk mendengar urusan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak mengejutkan malah telah dijangka.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, tindakan itu tidak menunjukkan atau mendukung kekebasan demokrasi yang diperjuangkan di negara ini sejak pemerintahan Perikatan Nasional.

 

Kata bekas Menteri Pertahanan itu lagi, selepas melancarkan serangan hendap yang dikenali sebagai ‘Langkah Sheraton’ untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional terus menunjukkan sikap rakus dengan menjatuhkan beberapa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Harapan termasuklah terkini di Kedah.



“Desakan Pakatan Harapan sebelum ini supaya Dewan Rakyat bersidang penuh bukan sahaja tidak diberikan perhatian malah urusan sehari pada 18 Mei juga telah dipendekkan lagi tanpa sebarang persidangan selepas Titah Diraja.
“Jelas sekali tindakan ini bukan sahaja tidak mencerminkan kewibawaan dan sikap demokratik kerajaan kini, malah turut menunjukkan kegusaran kerajaan Perikatan Nasional terhadap usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sekiranya Parlimen tidak dijadikan medan terbuka yang berkesan untuk menunjukkan keberkesanan sistem demokrasi dalam negara, adakah ini bermakna bahawa jalan raya bakal menjadi medan penentu selepas ini?” katanya dalam kenyataan pagi tadi.
 

Tambah Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi, semestinya Amanah dan PH menjangkakan PN pimpinan Muhyiddin akan berselindung di sebalik alasan ‘sudah-sudahlah berpolitik’ walaupun mereka sendiri yang ghairah merampas dan mengagih kuasa semasa Covid-19 menular.

 

“Terang lagi bersuluh, kerajaan Perikatan Nasional kini bukan sahaja merupakan ‘Kerajaan Pintu Belakang’ tetapi juga ‘Kerajaan Tanpa Tulang Belakang,” – MalaysiaGazette

 

14 thoughts on “Mat Sabu bakal turun jalanraya bantah sidang Dewan Rakyat sehari

  1. nak tengok jgk siapa nk ikut mat sabu ni… bg aku buang masa sbb pe peegi ikut perjuangkan nasib pemimpin yg hlng jawatan bkn perjuangkan nasib rakyat..

  2. Siapa2 ada tilam bantal dan selimut lebih..hulurkan pd mereka..kesian..mana tau jalan basah ke hujan..TABUNG BERGULING DIJALAN RAYA..

  3. bodoh tak abis2 mat sabun ni…dia tau tak yg dia akan buat ‘grass will die when he start going to street’…bodoh piyang betoi!!!

  4. baju juruterbang jet pejuang dah pulang ke lom … mahal tu .. duit rakyat … jangan2 nak bawak guling2 atas jalanraye kot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media