Dr M: Saya rela disingkir dari Bersatu

admin

 1,420,078 

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat usaha untuk menyingkirkan beliau daripada parti yang ditubuhkannya.

 

Bagaimanapun, kata beliau, usaha untuk menggugurkannya daripada Bersatu itu perlu berdasarkan prinsip undang-undang.

“Dan kita dapati banyak kesalahan yang dilakukan dalam percubaan untuk singkir saya

 

Saya rela disingkir tetapi dengan cara yang mengikut undang-undang parti, perlembagaan parti.

“Kalau saya nak disingkir pun, jemputlah saya,” katanya pada suatu rakaman video hari ini.

 

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dispekulasikan sedang merancang untuk menyingkirkan Mahathir dan anaknya – timbalan presiden parti itu Mukhriz Mahathir. Ia berlaku di tengah-tengah persaingan politik antara Mahathir sebagai pengerusi parti dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

 

Terdahulu, mesyuarat MPT Bersatu dirancang tanpa menjemput Dr Mahathir dan Mukhriz. Kemudian mesyuarat tersebut ditangguhkan.

 

Mengulas lanjut, Mahathir menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim diberi kesempatan untuk tampil membela dirinya di hadapan Majlis Tertinggi UMNO sebelum dipecat pada 1998.

 

 

Saya dulu biasa jadi pengerusi dalam Umno di waktu mana Majlis Tertinggi UMNO menyingkir Anwar.

Dia dijemput dan dia berucap dalam mesyuarat itu,” katanya lagi. – Mkini



Kami di Malaysia Politik sangat simpati dengan nasib Tun yang ditolak oleh parti Bersatu. Tetapi melihat tindakan Tun yang selalu membela DAP, sebenarnya mungkin Tun boleh menyertai DAP kerana mereka pasti akan menerima Tun dengan hati terbuka.

 

Melihat kepada sikap Tun M yang selalu pro-DAP, adakah pembaca setuju jika Tun menyertai DAP?

View Results

Loading ... Loading ...

 

2 thoughts on “Dr M: Saya rela disingkir dari Bersatu

  1. Thanks for your marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you’re a great author.I will remember to bookmark your blog and will eventually come back later on. I want to encourage continue your great job, have a nice day!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media