ATM ketuai Special Task Force untuk misi Sifar PATI

admin

 5,136,865 

Satu pasukan petugas khas (Special Task Force) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui lorong tikus.

 

Menteri Kanan Bahagian Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri menegaskan, pasukan ini turut dianggotai oleh semua agensi beruniform dan juga orang awam yang membantu sebagai pemberi maklumat.

 

Tambah beliau lagi, semua agensi memainkan perana peting dalam pasukan Special Task Force. Kerjasama yang mantap daripada semua pihak penting dalam usaha mengawal sempadan negara termasuk orang awam. Ini merupakan usaha yang sangat signifikan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

 

Semua lorong tikus telah kita kenal pasti. Kita sudah tahu jalan-jalan mana mereka datang, sama ada di Pantai Barat Semenanjung, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak,” kata Ismail Sabri dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

 

Menurutnya, kerajaan kini telah menyatukan pasukan khas dan aset yang sedia ada untuk mengawal sempadan negara dengan lebih tersusun dalam menangani masalah PATI.

 

Ismail Sabri menegaskan kerajaan turut melakukan tangkapan terhadap individu yang menjadi dalang penyeludupan PATI.

 

“Ramai telah ditangkap semasa kita laksanakan PKP ini, cuma saya tak mahu hebahkan. Untuk pengetahuan rakyat, tekong-tekong yang menguruskan kemasukan PATI ini juga telah ramai yang diberkas. Saya percaya apa yang kita lakukan setakat ini mampu menyekat kemasukan PATI melalui lorong tikus,” tambah Ismail Sabri.

 

Dron ATM jadi ‘mata-mata’ kesan ‘lorong tikus’ PATI 

 

 

Pasukan Dron ATM juga telah ditugaskan untuk membanteras kemasukan PATI melalui lorong-lorong tikus. Dilengkapi dengan pengesanan haba dan bunyi, drone ini mampu mengesan jika terdapat PATI yang cuba memasuki sempadan negara.

 


 

Dron ini juga melakukan rondaan selama 24 jam dan akan dikawal oleh Special Task Force dari jauh. Teknologi mengesan pembaharuan bentuk muka bumi di sesuatu kawasan juga memudahkan misi Special Task Force dalam mengesan jika terdapat lorong tikus yang baru digunakan oleh PATI.

 

Tahniah diucapkan kepada semua agensi yang terlibat dalam Special Task Force membanteras kemasukan PATI. Tahniah ATM dan PDRM!. Semoga misi sifar PATI berjaya dicapai.

 

5 thoughts on “ATM ketuai Special Task Force untuk misi Sifar PATI

  1. Tunjuk taring lah sekali sekala askar kita
    biar diaorg respact pulak
    bkn main terjah jer msk negara org
    pastu berbondong2 pakat buat maksiat
    terutama pati bangla n minah indon!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media