Melayu yang takut DAP BACUL, kata Tun M

admin

 2,130,414 

Tun Mahathir melalui laman web chedet.cc mengeluarkan teks ucapan yang bertajuk DAP Hancur Melayu. Berikut merupakan antara keratan daripada teks tersebut.

 

Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancur oleh DAP. Takut kepada Guan Eng.

Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak

Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.”

 

Daripada post Tun M tersebut, Tun M seolah-olah meletakkan kesalahan kepada orang Melayu yang berpaling tadah dari Pakatan Harapan dan menyokong PN dengan memanggil mereka sebagai bacul.



Apakah Tun M sedar kesilapan yang dilakukan pemimpin Melayu dalam PH sehingga majoriti Melayu sudah tidak percayakan PH.

 

Memang bangsa Melayu yang Tun M panggil bacul ini bimbang tentang keadaan yang berlaku semasa pemerintahan PH. Bukan takut kepada DAP, tapi kerana bimbang melihat pemimpin Melayu dalam PH itu sendiri yang sebenarnya BACUL yang tidak menyuarakan suara bangsa Melayu dan rela dipijak DAP.

 

Adakah Tun M sedar, kerana tiada perasaan bacul lah, golongan Melayu bangkit melawan DAP.

Bimbang bukan bererti bacul. Bacul bererti rela dipijak, dipermainkan dan dihina.

 

Sangat terharu melihat ketegasan Tun M kepada bangsa lain sebelum ini(tengok video di bawah). Di manakah hilangnya ketegasan itu. Keadaan PH adalah sebijik seperti apa yang Tun bimbangkan dahulu.

 

 

Adakah kerana terpaksa, Tun sanggup menggadaikan prinsip yang Tun pegang sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP.

Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak

Dan siapakah penyagak yang Tun maksudkan ini? Tan Sri Muhyiddin? Najib Razak?

Adakah Tun lupa siapa yang mencadangkan Najib sebagai PM kalau bukan Tun sendiri.

Dan siapa yang rela dipecat kerana mengatakan kebenaran? Penyangak?

Dan siapa pula memecat timbalan sendiri dan menuduhnya melakukan homoseksual? Bukankah ini jauh lebih bacul?

 

Siapakah sebenarnya yang BACUL?

View Results

Loading ... Loading ...

 

26 thoughts on “Melayu yang takut DAP BACUL, kata Tun M

  1. Kenapa TM suka sangat kutuk orang Melayu? Adakah kerana kita tak sekaya anak anak dia? Ukuran kemajuan bagi dia wang ringgit?

  2. Hang la Madey bacul…melayu tak bacul Dan tak pernah takut dgn DAP…DAP mmg dr azali tak Ada telur…Madey n the geng mmg bacul la takut dlm negara sendiri ….jentik telur nak tak….

  3. Semakin kuat mempertahankan dap org tua nie. Yea laa boboi tersgkur. Lgi la begang..bacul pun bacul laa. Kau. Ckp. Rkyt ok jwr swkarang. Naper irihti per..sian dgn kau tun

  4. atok ni umor je dh tua..ckp ikut suka dia je..bdk tadika lg bijak dri saka tua ni..org gile mne nk mgaku yg dia tu gile kn..sama jgk dgn atok ni..#dahnyanyok

  5. Yg bacul tu atok yg tak sedar diri tu.. Sebenarnya dia mengata diri dia sendiri.. Tp dia bukan keturunan Melayu rasanya.. Kannnn

  6. Melayu yg bacul bermula di zaman 80an di mana apa kata selain drp Melayu akan di angguk demi takut hilang undi, kuasa, dan tahta, Melayu yg berani hanya tunduk pd Allah semasa memegang kuasa tanpa gentar dgn manusia biarpun kehilangan kuasa…..

  7. Kalau hancur dap pasno letaklah calon kaw dap jhn menyalak bodoh di fb ni apa dok berebut kaw melayu mca pun cari kaw melayu lawanla

  8. Semua gelaran di tuju pada Melayu… Mudah lupa, pemalas, yg terbaru bacul… Mentang2 keturunan mamak… Sukahati kau je kutuk org lain ye..

  9. Atuk tuju ke tsmy dn azmin… apa2 tuan2 berdua hero kmi, dn tidak sekli2 hacul..ph membaculkn org melayu dn negara, biar lah kita bacul sekrg drp bacul d kemudian ari.. selama 22 buln pun ssh utk d pulihkn..

  10. Klau takut melawan DAP negara Akan tergadai ….melayu X jadi tuan tanah lagi dah…kesian anak cucu Kita nanti…

  11. Takut kome jual negara ni oiii… Dulu mati² ingat negara muplis… Hutang trilion la bagai… Sekali aik… Suruh rakyat ikat perut… Suruh rakyat jgn minta²… Puihhh….pembohong kuat… Xlayak jadi pemimpin… Harap cepat insaf… Kalo x… Keaiannyerrr

  12. Orang politik kalo xde kepentingan bukan politik laaa namanya… Yang Kita nak orang politik yang seiring dgn agama… Supaya dia tahu batas dan tidak melebih²… Ada faham?

  13. 22 tahun DOK ratib DAP PEROSAK, AKHIR nya menyembah Dap untuk kepentingan. rakyat marhain juga dikatakan bacul,

  14. Yang becakap tulah Melayu Bacul.Jadi kuda tunggangan DAP.Sanggup gadai maruah melayu demi nak kuasa.

  15. Masa atok jadi PM4, kenapa atok cakap DAP recist ngan orang melayu.. adakah atok sangat2 takut atok…..?

  16. Bukan kau ke yang kata dap tu rasis.Apa ke bingai orang tua seekor ni.Sampai vila kau nk payung anak kau.Rakyat Malaysia banyak yg dia agar kau berubah menjaga agama dan bangsamu.
    ingat masa tak boleh dibeli mahathir.Jangan kubur berasap akibat fitnah kotor politik kamu..bingai nak menipu..

  17. Saya setuju dgn atuk sbb tu DAP jatuh sbb kami melayu tak bacul kami lawan habis habisan .
    kalau berkerjasama dgn DAP dipanggil melayu PENKHIANAT atau BARUA ,
    mak mesti diHapuskan bersama sama DAP KOMUNIS ,Walau siapa pun si PENGKHIANAT itu .

  18. Abis apa KO buat masa KO jadi PM haritu bila dap bagi masuk cina wuhan.padahal KO tau..tu punca utama bagi rakyat Malaysia maut

  19. NYAYOK DAH ORG TUA NI…BUANG TABIAT…😂😂😂😂DAH TUA TUA MCM NI BUKAN NAK BUAT AMAL JARIAH BAGI BANYAK…KALUT LAA…HAL EHWAL DUNIA…MASYA AIIAH…

  20. Atuk.. Atuk.. Tak sudah2 ye.. Seolah atuk mencabar kesabaran org melayu ye…terus terang, kami tak pernah takut dgn dap laknat ni, kami bangsa melayu/muslim ada Allah SWT, klu atuk nak tgk bangsa melayu mengamok api2 kan lah, lg teruk apa yg terjadi pd 13 Mei 1969…..yg bacul tu atuk.. Bulan puasa ni pun atuk nak tunjuk taring ke.. Ingat2 sikit malaikat maut dah nak sampai tu.. So berjaga2. Nanti mati dlm kebencian rakyat.. Fikir..fikir..la

  21. dah mula dah pakcik ni…ni mtis ada orang hasut ni.udah-udahlah pakcik oit henti lah tak payah sok plitik lagi dah tua dah tua lagi ayah saya🤦🏼‍♂️🤦🏼‍♂️🤦🏼‍♂️buat buat lah berubah sikap tu jngn dok burukan orang malayu je .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media