Isu simpan RM250k di rumah, SPRM arahkan Syed Saddiq isytihar harta

admin

 12,325,843 

 

SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengarahkan Syed Saddiq, Ketua Pemuda PPBM supaya mengisytiharkan harta kerana isu simpanan RM250k  di rumah.

 

Isu itu timbul apabila Syed Saddiq sendiri yang membuat aduan polis untuk melaporkan kehilangan wang tunai di rumah sendiri yang berjumlah dalam lingkungan RM250k.

 

Arahan dari SPRM itu diberikan ketika agensi anti-rasuah itu menyiasat kes yang dilaporkan Syed Saddiq di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM berkaitan RASUAH.


 

“Satu tempoh masa yang lebih telah diberikan kepada beliau untuk melengkapkan butiran pengisytiharaan harta kerana negara di bawah PKP bersyarat,” kata sumber SPRM kepada sidang media.

 

Tambahnya lagi, PKP bersyarat ini turut menyukarkan usaha SPRM untuk memperoleh butiran dari bank kerana pegawai terpaksa bekerja dari rumah.

 

“Sehingga hari ini, keterangan telah diambil daripada 3 individu yang berkaitrapat dengan bekas menteri belia dan sukan itu. InsyaAllah, kami akan cuba sedaya upaya menyelesaikan siasatan ini secepat yang boleh.”

 

Bulan lepas, Syed Sadiq dan 2 individu lain telah dihadapkan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Syed Saddiq telah diarahkan untuk menyerahkan dokumen bank untuk mempercepatkan siasatan kes kehilangan RM250k tersebut.

 

Sejurus laporan berkaitan kehilangan wang tunai milik ahli Parlimen Muar itu dibuat, agensi SPRM terus melakukan siasatan terperinci.

 

Syed Saddiq membuat laporan polis pada 29 Mac yang lalu, mendakwa wang yang hilang itu disimpannya dengan rapi dalam peti keselamatan di rumahnya.

 

Tambah Saddiq lagi, hanya beberapa individu sahaja yang mengetahui kod peti keselamatan itu. Kali terakhir peti keselamatan itu dibuka ialah pada 13 atau 14 Mac lalu.

 

Syed Saddiq enggan memberikan ulasan lanjut mengenai wang RM250k itu dan sebab disimpan di rumah, termasuk laporan media yang wang itu milik PPBM.

 

Apakah pendapat anda mengenai tindakan Syed Saddiq menyimpan wang sebanyak RM250k di dalam rumahnya?

View Results

Loading ... Loading ...

 

22 thoughts on “Isu simpan RM250k di rumah, SPRM arahkan Syed Saddiq isytihar harta

    1. Siasat..dan buat ..jika salah mahkamah ada..mereka dulu buat DSN masa org islam berpuasa..sekarang kita siasat mereka habis2an..atok dan kuncu2 serta anak2 pun perlu disiasat..LGE..Pun sama

      1. Betul sangat,sokong cadangan sdra…masa DSNR kena pun bulan puasa…ALLAH SWT,Maha Adil dan Saksama…

    2. Bebudak lgi jgn bg jawatan menteri la. Biar dia bljr dr bawah jd pembantu dulu. Pengalaman pun tkda lgi. Plkn dia tutup pulak bangang betol . Belia jd lembik je.. Nk lawan warga asing pati pun takut.

  1. Dulu bukan main bila tuduh Dsn. Sekarang apa cerita PH. Sprm patut siasat Tun mader.Anuwar.lim guan eng.

  2. bkn dia ja…mna2 yg gila jwtan mcm tu la…semua nk rekah duit rkyat ja…la ni kekal mntri yg ada ja sudah…

    1. apakah butir-butir yang perlu untuk lapor mengenai kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa ? saya ada satu kes mengenai salah guna kuasa kedudukan suspect melibatkan kes rasuah

  3. Kata bagus sangat si tisu panjat pago ni. Tak makan rasuah konon kepala But.. lah.. kau manusialah duit jatuh atas tahi babi pun sapu caker..

    1. Dia ni budak lagi. Akalpun pendek. Mana dia boleh fikir panjang2. Kalau setakat nak popular melalui video tak berbaju konon, atau jadi model kulit depan majalah remaja dengan memek muka seolah2 sedang kesedapan tu layaklah. Ini menteri?? Malunya dapat menteri budak. Satu kesilapan besar yg pernah rakyat Malaysia lakukan bila mengundi budak sebagai menteri. Marahkan Najib dan BN la konon. Nah terimalah hasilnya. You reap what you sow. Pengajaran: jgn undi berdasarkan emosi. Kepada menteri budak ni, dia juga tertakluk kpd siasatan. Nobody above the law. Period.

  4. Tolong kasi hajar budak lembut ni macam mana nak jadi pemimpin yang dihormati !.. kecik kecik dah nak jadi bangsat !..

  5. Byk tu simpan di rmah tk muat bank…di bank swizeland bank dlm negeri kut melimpah tk tahu lah…tu baru menteri mudo baru jadi kalu menteri tua lama jadi doh tk tahu la byk mano nyo wang dn harta …rakyat ni hok simpah di rmah rm 50 alhamdulillah simpan di bank rm100 alhamdulillah…

  6. Siasat sekali perempuan yg buat keterangan Di media.. Sadiq dah jolok dia tak nak bertqnggungjawab🤣🤣😂

    1. Aik..dulu bukan main c sadik ckp Umno perompak la,tiada integriti la,rasuah la..jadi sekarang ni apa sdh jadi..aduii cakap orang sendiri buat

  7. Pulak Dah..22 bulan = RM 250K simpanan dlm rumah, kalau 5 tahun = RM 600K..simpanan dlm rumah..kat bank dlm negara tak tau lagi, di luar negara…untung org Politik ye..mana deme dapat duit..cuba sedekah pd Rakyat marhean..kan lagi bagus

  8. Rasuah selagi xdikenakan hukuman bunuh gantong sampai mati.selagi tu la buang masa…rasuah kes berat menidakkan yang benar dan mmbnarkan prkara najis…

  9. Nampak kesalahan orang tapi sendiri yang buat salah. Jangan HEBAT sangat Dan jangan nampak orang lain makan rasuah tenguk diri sendiri dulu. Ludah ka langit timpa hidung sendiri. Rasakan.

  10. Diharap SPRM akan menyelesaikan kes ini dan memberi makluman kpd semua agar tiada timbul perasaan syak wasangka rakyat umumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media