“Kami dah tua, masa kami tak banyak”, kata Tun M & Anwar

admin

 56,837,393 

 

Setelah bertelingkah mengenai jawatan PM sehingga terjatuhnya kerajaan PH, akhirnya Anwar bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir untuk bersama-sama menyokong usul undi tidak percaya PM dan kembalikan mandat rakyat.

 

Walaupun umum mengetahui yang Mahathir Mohamad memang tidak inginkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Tiada siapa yang tahu alasannya sehingga sekarang.

 

Jika PH berjaya merealisasikan impian mereka untuk menjatuhkan Muhyiddin dan Perikatan Nasional, jadi siapakah yang akan menjadi PM?. Tun M semula atau Anwar Ibrahim. Atau akan berlaku semula pertelingkahan antara parti tersebut.

 

Pada pendapat penulis, keadaan dalaman PH sangat tidak stabil di samping telah hilang kepercayaan majoriti Melayu akibat dikongkong oleh DAP semasa pemerintahan PH. Kedua-dua faktor ini akan menyebabkan PH sukar untuk kembali berkuasa menjadi kerajaan.

 

Tun M dan Anwar Ibrahim bersatu hati menegaskan mereka tidak mengiktiraf kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin kerana bukan hasil mandat rakyat atau melalui pilihan raya umum.

 

“Kerajaan PN ini sebaliknya diselubungi sikap tamak haloba kepada harta, pangkat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satu pun pemimpin kerajaan hari ini yang ikhlas untuk menabur bakti berkhidmat kepada rakyat.

“Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan pintu belakang PN.

Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Tapi semangat perjuangan kami masih membara dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan keadilan dan reformasi.

“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat,” katanya.

 

Penyataan ini dikeluarkan sempena ulang tahun ke-2 kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

 

Pada pendapat penulis, agak teruk dakwaan yang dilakukan Tun M dan Anwar Ibrahim bahawa tiada seorang pun pemimpin dalam PN yang ikhlas berbakti kepada rakyat.

 

Padahal, kita dapat melihat bagaimana bersungguh-sungguh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin berhempas-pulas membanting tulang melawan Covid-19 dan memperbaiki ekonomi negara yang sedang jatuh kesan krisis wabak Covid-19.

 

Tun M masih menggunakan strategi tagline yang sama yang digunakan pada pilihanraya lepas iaitu, Atok sudah tua, masa atok tak banyak.

Sumber: KiniTV

Tetapi kali ini, Tun M dengan Anwar bersama-sama menggunakan tagline tersebut untuk meraih simpati, Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama

Apakah tagline ini akan sekali lagi berjaya meraih simpati rakyat?

 

Cara Tun M dan Anwar Ibrahim seolah-olah hanya mereka hero yang dapat menyelamatkan negara Malaysia dan seolah-olah Malaysia akan binasa jika terus dipimpin oleh Perikatan Nasional.

 

Melalui tinjauan Malaysia Politik, dapat dilihat ramai orang Melayu dan juga kaum lain yang rasa ditipu oleh Pakatan Harapan apabila mengundi mereka semasa Pilihan Raya Umum yang lepas.

 

Berbeza dengan tinjauan kami di Malaysia Politik, PH kelihatan sangat berkeyakinan tinggi bahawa masih ramai orang Melayu yang menyokong mereka.

 

Apakah bangsa Melayu masih memihak kepada Pakatan Harapan?

View Results

Loading ... Loading ...

 

21 thoughts on ““Kami dah tua, masa kami tak banyak”, kata Tun M & Anwar

  1. Allhamdulillah dh ingat mati masa tk byk tu gunakan tuk ingat allah bkn porak peranda negara tuk rebut jawatan dan kuasa

    1. Slm dan maaf khas utk tok M &uncle A.Mmg btol sesangat tu tok M & uncle A,masa dh suntuk sgt dh tu.elok jga rasanya berehat berdua dlm penjara.lg pun uncle A tu tempuh tahanan penjara pun blm hbs lg kan? Dulu Tok M jga yg penjarakan uncle A tu kan?apakata skrg ni kalau sama2 duduk dlm penjara yg sama &jgn campur lg hal2 politik kerajaan PN dan yg akn dtg yg d lantik oleh YDPA skrg.x pyh ada 1 apa pun hubungan dgn dunia luar walaupun diatas talian.tok akan aman damai duduk di dlm penjara x da org berani kacau tok M & uncle A.tok M.pun x dpt nk mengacau sesiapa lg.maklum je lah tok sbnarnya dh nyanyuk tanpa tok sedar.dahulu mmg tok di hormati dan di sanjungi oleh negara2 luar kerana kelantangan dan keberanian tok dlm menyuarakan pandangan dan perancangan smpai ketahab antara bgsa.tok M sgt tegas dan sgt bijak membalut rangka negara dgn kulit luaran yg mempersonakan dan mendapat perhatian d mata dunia..rakyat bosnia sehingga skrg.msh mengenang jasa2 Tok M dlm membantu dan menyalurkan dana hsl dr imfak rakyat malaysia kpd negara itu dgn dana yg agak besar serba sdkt dpt jga menyumbang dlm membina smula infrastuktur yg musnah kesan dr peperangan yg berlaku d negara itu.d atas jasa baik dan keperihatinan yg tok tunjukan nama malaysia ada d hati2 majoriti dr mangsa peperangan d negara balkan itu stlh kecermerlangan ATM menangani berbagai2 permasalahan dlm tugasan yg berisiko mempertaruhkan nyawa ketika negara itu sdg berperang, tok dtg mengziarahi kami menyambut 1 syawal utk beraya bersama ATM ketika itu MALBAT 2 UNPROFOR kita sempat bersalaman dan sy sgt rsa bertuah dpt bersalaman dgn PM malaysia buat pertama kali sejarah dlm hidup sy,20 thn kemudian sy bermusafir solo menjejak rakan lama disana Alhamdulillah berbekalkan gambar2 lama msh ramai yg mengenali sy dan dpt sy emui merka smula utk menyambung silaturahim yg terputus sjak misi PBB d tamatkan, nama tok msh disebut2 lg.d sna. sy.rsa amat teruja
      dan merasa berbangga menjadi rakyat malaysia nama tok disebut2 dan d puji2 oleh rata2 rakyat negara itu apabila mereka berbual2 dgn sy.ttp dlm pd msa tu nama DSN menjadi hangat krn di sebut PM.korupsi yg tok dakwa beliau terlibatkan dlm rasuah 1mdb yg melibatkan rm 2.6 b.dan d tayangkan beberapa suntingan tentang isu semasa terkini yg sdg hangat mnjadi bahan cerita dan gossip dlm negara kita mahu pun d media sosial d negara itu.dlm pd msa sy rsa megah jd rakyat malaysia dlm waktu yg sama jga sy terasa amat malu krn d katakan PM malaysia korupsi.ada jga suntingan2 yg d tayang dlm berita2 harian di siarkan dlm rangkaian tv penyiaran negara itu dlm msa yg sama jga sy rsa terpukul dgn tuduhan keatas DSN,pd msa itu sy pun tdk dpt memastikan benarkah? atau fitnah kah?ttp skrg stlh tok kembali ke dnia politik dan berkongkol dgn DAP dgn menerajui PH sbagai tonggak memerintah malaysia sy tengok terlalu byk yg negatif dan tlh menghilangkan rsa hormat dan mula timbul kebencian dan membangkitkan kemarahan bkn shj sy malah majoriti rakyat malaysia membenci dan menghina tok M dgn berbagai tohmahan dan cacian serta cercaan berserta perasaan yg amat kesal dan marah tercari2 jawapan Mengapa politik negara jd begini?percaturan apakah yg sdg tok mainkan sehinggakan negara berkecamuk percikan2 api kemarahan antara rakyat yg berbilang kaum ini sdh mula terbakar .mmg indah kabar dr rupa.diluar berkulit nampak cantik ttp d dlm rangka tok tersimpan suatu daging yg sgt busuk yg tdk dpt lg diselindungi lg.hingga tersebar jelas d mata majoriti rakyat malaysia,negara semakin huru hara dan jelas menuju kehancuran akibat kehadiran tok M smula dlm kancah politik negara jauh sgt terpesungnya drp zaman tok M mjdi PM d peringkat awal2 dahulu.sy rsa usia tok M dlm usia yg sebegini lupakan je lah dnia politik tok tu.pekungnya dh x dpt di sorokkan lg.bau busuknya tlh trhidu oleh ramai org dan tlh membuka mata mereka dan mencari punca dr arah mana dtg nya bau busuk itu ,astaghfirullah dtg nya dr sketul daging yg ada dlm rangka tok itu sdri.hr ini melaui media sosial tanpa sempadan ini.segala perkara yg bergolak dan berlaku selama ini yg tok sembunyikan tlh memakan diri tok sdri dan sblm tok menjadi lebh parah dihina dan di caci,utk kali pertama sy menulis artikel ini menasihatkan dan memberi pandangan terbaik dr sy utk tok dan uncle A.hbs kan lah sisa2 usia tok M &uncle A d dlm penjara sahaja.boleh lah beramal ataupun beristighfar di atas sejadah spjg waktu..lg pun masa pun dh x pjg dh kan? Maklum je lh selama bermain politik dlm negara mesti byk salah silap tok dh buat.tok dh letih sbenarnya.otak tok pun dh x mampu berfikir scara normal lg.dlm bahsa org kampung NYAnYuK.nampak sgt kenyanyukan tok tu tnpa tok sdar…x malu ke tok?tok nk pengaruh pemikiran generasi skrg berbalik d zaman 80an dulu haha,mana boleh tok..tok!!dosa yg nk kena jawab d hdpn Allah di Mahsyar spjg tok jd PM berat tok.byk benda tok nk kena jawab berjuta rakyat malaysia smua tok akan d persoalkan.. tanggung d dunia jawab d akhirat..utk tok M &uncle A.dlm penjara nanti tok akan kekal PM dan uncle A kekal TPM.bersidanglah stiap hari ya stiap masa dan waktu.mohon pihak penjara kurungkan dua bakal PM &TPM ni dlm 1 tempat yg sama tau… atau kurung bersebelahan.krn mereka ni x boleh di pisahkan.ibarat isi dgn kuku tu.maaf ye tok M &uncle A.kalau terguris hati dgn bahasa dan kata2 sy yg tiada kepentingan apa2 pun.skadar meluahkan rasa apa yg d rasa dan yg terpendam.

  2. Bagusla kalau ingat macam tu..
    Bimbang nanti bila mati bukannya orang ucap innalillahiwainnailaihirojiun tp ucap alhamdulillah

  3. Dah tau tua tu duduk diam2 sudahla btul2 nyanyok la org tua ni masa ke alam lain dh tu bang non pn sudah2 la nk undi cina ngan india ko maki melayu nk undi mlayu ko maki cina ngan india 2 dua ni dh elok slit clah pagar ikat cmpak dalm laut jd tukun

  4. Dah tahu tua .
    Rehat je la.
    Tak payah nk kejar kuasa
    Yang kamu takkan dapat..
    Sudah2 la.
    Malu la sikit dekat rakyat..

  5. *Kepada pemimpin-pemimpin Melayu dalam parti2 AMANAH, PAS, UMNO, PKR dan BERSATU. Sila ambil maklum bahawa rakyat Melayu Islam warganegara Malaysia sangat kecewa dengan anda sekelian. Anda sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat sebagai orang Islam mukmin yang taat akan perintah Allah yang menyuruh umat Islam bersatu padu dan tidak bercerai berai. Apa yang jelas sekarang ialah anda2 sekelian adalah manusia durjana yang sering bersengketa sesama Islam/Melayu. Allah uji kamu sekelian dengan kuasa yang dipergunakan untuk menyeleweng harta rakyat dengan kehidupan mewah kamu semua. Allah tarik kuasa yang diberikan kepada kamu agar kamu sedar betapa besar kerugian dan kerosakan yang kamu lakukan kepada bangsa kamu jika orang kafir memerintah negara kamu. Alhamdulillah, dengan doa orang2 soleh yang ikhlas, tulus jiwa dan jujur , Allah telah dengan tidak semena2 memulangkan kuasa kepada anda sekelian agar kamu merasa bersyukur dan bertaubat . Namun rakyat yang sering dirundung malang oleh pemerintahan yang semakin bertambah gusar. mendengarkan orang Melayu yang kami anggap “the creme de la creme” sedang bertelagah tak habis2, fitnah memfitnah, curiga mencurigai dan cuba menjatuh sesama sendiri walaupun dalam keadaan negara sedang diancam oleh wabak yang sangat bahaya. TOLONG LAH BERHENTI BERCAKARAN SAUDARA KU PEMIMPIN MELAYU.

  6. Janganlah guna usia nak tagih simpati spt PRU 14 Tun M. Rakyat dah muak dgn lakonan kamu berdua. Sekira rasa dah tua terus bersara dlm politik cari rahmat utk akhirat pula utk persedian menggadap Allah

  7. Cukuplah..jgn la tertipu lagi..atuk nak berlakon menangis keluar air mata darah sekalipun..jgn lagi percaya..mereka berdua ni sangup lakukan apa saja..hanya kerna nak kan kuasa..

  8. Mereka berdua jelas menampakkan sikap gila kuasa dan tidak memikirkan nasib rakyat negara ini yg sedang dilanda wabak covid-19.

  9. yea btol kamu dah tua..so kamu berehat jelah..su nuar tu dduk uma diam2 jgn nk berangan jd pm plk..jaga jijah tu

  10. Dah tua.. Duduk atas sejadah banyak beramal. Mntak taubat ap baca alquran.. Politik ltk tepi la.. Semua n tak boleh bawa ke kubur

  11. Bagus sokong penyamun sebab di fitnah.. Dari sokong kaki penipu.. Tiada guna… Kami nak tsmy terus jadi pm… Jangan lah gila kuasa saja bukan kerana rakyat. Kalau kerana rakyat nanti pru15… Baru lah kamu kempin

  12. Mahadir.. Suda2 larr kc Bodoh rakyat tu.. Ko sedar jg kan masa ko inda lama lg.. Jd bnyak kan amalan baik ko.. inda paya menyebok dngan pahlawan kami TSMY. Ketika covid19 mulai merebak di malaysia ko suda tidak sanggup hadapi dengan cara letak jawatan cepat2 kan btul2 pengecut.?? Ptt larr joe fazli kecamm ko brabis mc inda mengaku lg arh.?? Skg keadaan suda stabil sedikit baru menyebok mw ambil alih balik.?? Btul dajal bertopeng kn manusia.??
    Sembayang larr sblum ko di sambayangkan.. Mahadir masa ko inda lama lg tu.. Taubat larr.. Jangan tau+buat saja.??

    1. Muka tak malu2 dia tu sama anuar….tinggalkan dunia politik..dekatkan pada amalan sebelum mati…tua buat cara dah tua….kami menyokong penuh DSMY

  13. Sudah-sudahlah tu….bagilah peluang pada perikatan national….tun mahathir Dan Anuar tak payahlah nak bermuka2 untuk mendapat mandatory Dari rakyat….kerajaan sekarang kerajaan yg dihati rakyat

  14. Jika baik 2 makhluk ini hidup utk rakyat dn negara, maka kau panjangkn umurnya; namun jika sebaliknya!!!!..mohon binasakan dan dipanggil pulang segera. Aminn Ya Rabb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media