865 pendatang haram China ditahan sejak PKP

admin

 20,370,041 

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit Negara mengenai jumlah pelancong China dan India yang tiada rekod keluar dan masih berkeliaran di negara ini.

 

Sepanjang PKP bermula tarikh 18 Mac sehingga 4 Mei yang lalu, 1631 individu telah dicekup kerana terlibat dalam kegiatan jenayah judi online di seluruh negara.

 

Menurut Datuk Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, daripada total 1631, 732 merupakan warga tempatan manakala 865 individu lagi adalah pendatang dari Tanah Besar China.

 

“Operasi banteras kegiatan jenayah yang dilakukan berjaya menahan 1,073 lelaki dan 524 wanita termasuk individu tempatan dan warga China yang secara puratanya berumur antara 18 hingga 55 tahun menerusi 466 serbuan mengejut di seluruh negara sepanjang PKP.

 

“Turut dirampas 1,702 mesin judi elektronik dan wang tunai berjumlah RM398,263 selain menyekat 1,323 laman web yang digunakan untuk mempromosi jenayah terbabit,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

 

“Sindiket ini mensasarkan pelanggan dari China. Mereka beroperasi secara aktif di kediaman mewah seperti banglo, rumah teres dan pangsapuri sebagai pusat utama untuk menerima panggilan pemain judi dengan transaksi yang dilakukan melalui perbankan elektronik.

 

“Untuk judi catitan taruh pula, tiada jenayah tersebut yang dikesan ekoran tidak ada perlumbaan kuda berlangsung ketika wabak Covid-19 ini,” katanya.

 

Huzir menegaskan, total kes jenayah yang direkodkan di seluruh negara mencatatkan pengurangan sepanjang PKP jika dibandingkan sebelum laksananya perintah tersebut.

 

Pihak berkuasa PDRM akan memberikan kerjasama yang mantap kepada Jabatan Imigresen dalam membendung Pendatang Haram China yang sering kali dikaitkan dengan jenayah perjudian online, Macau scam, pelacuran dan kongsi gelap.

 

Mereka ini lebih teruk jika dibandingkan dengan warga asing yang lain seperti Rohingya yang hanya melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi Pasar Borang dan bukannya aktiviti jenayah.

 

Walaubagaimanapun, kerajaan mengambil serius terhadap isu warga asing dari mana-mana negara yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini.

 

Masyarakat tempatan juga dilihat semakin cakna dengan isu berkaitan warga asing dan menjadi tonggak kepada kejayaan polis membanteras jenayah yang dilakukan warga asing ini. Banyak info dan laporan mengenai kegiatan judi online ini diperoleh hasil laporan masyarakat tempatan.

 

Bersama-samalah kita memberikan kerjasama kepada PDRM dan Jabatan Imigresen agar misi sifar pendatang haram menjadi kenyataan.

 

8 thoughts on “865 pendatang haram China ditahan sejak PKP

  1. Alhamdulillah, terbaik PDRM dan Jabatan imigresen. Harap setiap anggota masyarakat terus bagi kerjasama. Kita halau pendatang china nakharrom ni.

    1. Rasanya pehak berkuasa dh boleh jejak kesemua pemegang ic haram ni dgn dalangnya yg dh d tangkap..paling penting tangkap org yg bgi jalan dn peluang kpda dalang ni beroperasi..
      Tangkap semuanya sebelum mereka beranak penak d negara ini

  2. Nice laa….satu berita baik. Harap kerajaan hantar semua pendatang haram China, India, Rohingya ,Bangla ke negara masing2. Menyemak je duduk Malaysia ni. Buat kacau buat scam buat maksiat. Hapuskan cepat puak ni sebelum negara kita kena Bala.

  3. Mantap….langkah yang baik dari kerajaan Perikatan Nasional. Kalau PH masih berkuasa agak2 DAP bagi ke PH buat kerja camni? Rasanya tak…mesti diorg cover mati-matian pendatang China ni.

    1. Setuju….dap memang pengkhianat negara. Diorg memang Suka lagi ramai pendatang haroomm China di negara ni.

  4. Satu berita yang baik. Tetapi masih sedikit jika nak dibandingkan dengan angka kemasukan mereka sama ada secara sah atau secara haram. Jangan jadikan negara kita negara kongsi dengan warga asing. Cukuplah dengan yang ada.hantar saja mereka ke tempat asal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media