DBKL senaraihitam pihak yang jual lesen perniagaan pada warga asing

admin

 35,695,001 

 

Tan Sri Annuar Musa dalam beberapa hari yang lepas telah melarang  majikan atau tauke besar Pasar Borong daripada mengambil pekerja asing dan utamakan masyarakat tempatan yang memerlukan seperti gelandangan dan golongan miskin. Tetapi, satu lagi masalah lain adalah warga asing ini memiliki lesen perniagaan yang telah diberikan oleh individu tempatan sama ada melalui pinjaman atau penjualan.

 

Oleh sebab itu, pihak DBKL mengambil langkah drastik untuk membanteras masalah ini. Semakan terperinci akan dilakukan oleh DBKL terhadap semua lesen perniagaan termasuk dari penjaja jalanan sehingga tauke besar pasar borong. Hal ini bertujuan untuk mengekang aktiviti tidak bermoral menjual, memajak, meminjam dan memberi lesen perniagaan kepada warga asing

 

Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan beliau mahu peniaga dan penjaja tempatan yang memiliki lesen perniagaan, namun menjual, memajak, meminjam dan memberi kepada warga asing, memulangkan lesen tersebut kepada pihak berkuasa dengan kadar segera.

 

Menurut beliau lagi, satu senarai hitam akan dibuat untuk menjejaki individu yang ingkar dengan memohon lesen perniagaan tetapi menjadi pengkhianat negara dengan menjual lesen tersebut kepada warga asing.

 

“Kita memberi amaran kepada mereka yang telah memberi atau menjual lesen perniagaan tersebut kepada warga asing agar melaporkan kepada pihak berkuasa.¬†Atau mungkin akan berhadapan dengan hukuman bukan sahaja lesen dibatalkan, malah nama mereka akan disenaraihitamkan jika pihak berkuasa mengesan aktiviti tersebut.”

 

Tambah Tan Sri Annuar lagi, DBKL sama sekali tidak pernah membenarkan warga asing memiliki lesen perniagaan dan individu yang memberi lesen perniagaan kepada golongan berkenaan jelas telah melanggar undang-undang negara.

 

“Pihak DBKL akan bertegas mengenai isu lesen ini. Aktiviti memberi lesen sama ada dalam bentuk sublesen atau lesen pinjam kepada warga asing adalah tindakan tidak bermoral seolah-olah mengkhianati negara sendiri.

 

“Penguatkuasaan ini juga termasuk untuk penjaja dan peniaga kecil, pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan serbaneka 24jam, stesen minyak, pasar basah dan borong, kedai kaki lima, kedai tekstil dan banyak lagi”, jelas beliau.

 

10 thoughts on “DBKL senaraihitam pihak yang jual lesen perniagaan pada warga asing

  1. Mantul, ni yang rakyat nak dengar. Alhamdulillah ke arah sugar warga asing. Makin banyak peluang untuk rakyat tempatan terutama golongan miskin dan gelandangan

  2. Terbaik….Kita semua kena berikan kerjasama. Jangan pikir Untung je. Pikir pasal Masa depan anak cucu kita. Negara ini untuk rakyat malaysia

      1. Di Bandar negeri2 lain mukin Ada.
        Perlu dibendung sebelum parah seperti d kl. Siapa nak pantau d setiap negeri, Majlis daerah. Perlu data Dan sop saperti KKM Datuk Hisham buat.

    1. Minta pandangan , Di M3 Mall Taman Melati ada lot2 kedai yang berniaga tapi atas nama owner Melayu tetapi taukeynya orang bangla ( tingkat 1 sebelah New Market ) ownernya cuma ambil sewa dan siap berkerja dengan bangla di bayar gaji sama seperti yang lain , barangan yang di jual seperti pakaian dan perlbagai barangan lain , ada yang tak de permit buka kios ..

  3. Yang jual lesen/pajak lesen kepada warga asing ni sikap sesetengah org melayu malas berkerja jadi terjadilah Hal begini..bagus ts annuar Musa,setuju sgt senarai hitam terus org mcm ni

  4. Mari Kita Semua Melaporkan Kepada DBKL bkenaan Lesen Berniaga Yg DiSewa/Pajak/Jual/Pinjam/ Atau Apa Istilah Yg Bukan Dijalankan Sendiri Utk Diambil Tindakan SEGERA

  5. Negara kita,tanah air kita. Kenapa perlu kita memberi mereka nikmat bersenang lenang di negara kita?sedangkan rakyat malaysia sendiri tiada peluang kerana terpaksa bersaing dengan kehadiran mereka yang terlalu ramai.kerajaan kena tegas dalam isu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media