Dr. Maza mahu hukuman mati pada pemandu mabuk sebabkan kematian

admin

 75,722,353 

Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Dr. Maza, mufti Perlis menegaskan hukuman yang berat perlu dijatuhkan pada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian atas jalan raya.

 

Mengikut peraturan semasa, hukuman mengikut Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian. Hukuman ini dilihat ringan dan tidak menakutkan ‘kaki mabuk’ untuk memandu dalam keadaan mabuk di atas jalan raya.

 

“Satu hukuman yang sangat berat dan adil hendaklah dijatuhkan kepada sesiapa pun yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian anggota PDRM yang sedang bertugas sebagai frontliner untuk kepentingan awam di jalanraya.” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

“Minuman beralkohol atau arak ternyata telah memusnahkan banyak nyawa dan harta. Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota keselamatan sepatutnya dipertimbangkan untuk hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat.”

 

“Tiada alasan munasabah untuk meringankan hukuman. Jika dibiarkan, nyawa insan-insan yang sedang berbakti kepada negara dengan mudah diragut oleh gengster ‘kaki mabuk’ di jalan raya. Kaki mabuk ini juga akan berani mengulangi perbuatan terkutuk ini jika hukuman yang dikenakan adalah ringan dan denda yang mampu dibayar”

 

Baru-baru ini, seorang anggota polis yang yang melakukan tugas sekatan jalanraya di lebuhraya LEKAS maut setelah dilanggar oleh sebuah kereta Toyota Hilux disyaki dipandu oleh pemandu di bawah pengaruh alkohol.

 

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2 pagi hari Ahad 3 Mei 2020. Mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 tahun, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan berkenaan.

 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.09 pagi.

 

“Seramai tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, kami mendapati mangsa tersepit akibat dihempap Toyota Hilux terbabit sebelum dia berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Toyota Hilux terbabit melanggar Perodua Kancil milik seorang anggota polis bertugas di sekatan jalan raya terbabit yang diletakkan di tepi jalan. Kejadian itu mengakibatkan mangsa diseret kira-kira 70 meter oleh kenderaan itu, manakala pemandu Toyata Hilux terbabit dilaporkan cedera di kepala.”

 

 

Total insiden pemandu mabuk menyebabkan kemalangan pada musim PKP dilaporkan telah berlaku sebanyak 5 kes, dan ini merupakan kes pertama yang meragut nyawa anggota frontliner.

 

Ketua Polis Negara dalam satu kenyataan hari ini mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota beliau.

 

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan. Saya berharap, dia akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya tidak berulang lagi.“ tegas beliau.

 

3 thoughts on “Dr. Maza mahu hukuman mati pada pemandu mabuk sebabkan kematian

  1. Sangat setuju, pelik kenapa susah sgt nak gubal akta baru. Kenapa nak sangat lindung pemandu mabuk. Agak nye biar pemandu mabuk langgar keluarga menteri2 baru diorg nak gubal akta hukuman baru kot. Tak rasa sedihnya family mangsa. Tolonglaa jatuhkan hukuman gantung ke atas pesalah pemandu mabuk ni. Kalau takk lagi ramai akan mati kena langgar kaki mabuk.

  2. Setuju Dr.Maza….ikutlah undang-undang Islam yang Adil dan saksama…..nyawa perlu dibalas dengan nyawa. Tiada yang lebih Adil selain undang2 yang telah ditetapkan oleh pencipta manusia itu sendiri.

  3. Betul…org kaya Tak ambil port pun hukuman yang ringan Ni. Apa diorg kisah…pandu je laa dalam keadaan mabuk, bila langgar orang bayar je lah sepuluh ribu. Sepuluh ribu bagi orang kaya ibarat seringgit je. Takde Hal maaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media