Berhenti ambil pekerja warga asing di Pasar Selayang, kata Annuar Musa

admin

 2,356,075 

 

Pasar Selayang yang terkenal dengan warga Rohingya jangan lagi dilabel sebagai Little Myanmar, sebaliknya perlu dikekalkan nama asal.

 

Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan mengingatkan ‘tauke’ atau majikan perniagaan di Pasar Selayang agar mengambil pekerja tempatan dan bukannya warga asing. Hal ini kerana mengambil pekerja warga asing seolah-olah menggalakkan mereka menjadikan kawasan itu sebagai lubuk mata pencarian.

 

Akibatnya, jumlah mereka akan menjadi terlalu ramai dan mendominasi pekerjaan yang terdapat di Pasar Selayang tersebut. Menurut spot check yang dilakukan semasa PKP juga mendapati bilangan mereka menjadi ramai sehingga mencecah ratusan ribu di sesuatu kawasan.

 

Kajian data UNHCR juga menunjukkan seramai hampir 46,740 pula adalah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun yang lahir di Malaysia.

 

Di saat PKP, majikan telah menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan di sekitar Pasar Borong KL sejak fasa 1 PKP iaitu 20 April yang lepas.

“Saya terkejut apabila dilaporkan hari ini lebih 1 ribu orang tempatan bekerja di pasar borong (KL). Persoalannya boleh pula ambil pekerja tempatan, kenapa sebelum ini ambil pekerja asing?

“Jawapannya, mungkin kerana majikan mahu jimat dari segi bayaran upah kerana upah warga asing jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pekerja tempatan. Hal ini kerana faktor peraturan gaji minimum yang perlu dipatuhi oleh majikan untuk pekerja tempatan.

“Tetapi jika sesuatu perniagaan itu untung, kenapa majikan begitu kedekut untuk menggaji pekerja tempatan dengan tahap gaji minimum. Walhal begitu banyak kelebihan mengambil pekerja tempatan dari warga asing. Pekerja asing kebanyakannya kurang mengamalkan kebersihan yang baik, tiada permit perjalanan dan bukan warganegara,” katanya pada sesi langsung FB Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.

 

Annuar juga berharap pengambilan warga tempatan itu terus dilaksanakan pada masa akan datang dan merayu majikan atau tauke agar sayangilah negara dan berhentilah mengambil warga asing sebagai pekerja di Pasar Borong KL.

 

“Terdapat ramai warga tempatan dan gelandangan yang mahu bekerja, malah sesetengahnya hari ini sudah selesai menjalani temuduga.

“Saya tidak mahu lagi lihat pasar borong ini jadi Little Myanmar atau Little Arakan, sebaliknya Selayang perlu kekal dikenali sebagai Selayang,” katanya.

 

Tan Sri Annuar telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melihat perkara tersebut dengan serius dan selesaikan masalah ini dengan tegas dan telus.

“Saya tahu perkara ini susah untuk dilaksanakan, ada tauke atau majikan yang tak suka dengan apa yang saya sebutkan tetapi kita tak mahu lihat Chow Kit, Selayang dipenuhi warga asing. Saya juga mendapat laporan Little India dan Petaling Street juga didominasi dengan warga asing. Ini sangat mengecewakan.

Utamakan pekerja tempatan, mungkin agak sedikit mahal tapi ia berbaloi dan tidak salah berkongsi keuntungan dengan rakyat sendiri“, tegas Annuar.

 

“Jika hanya fokus kepada keuntungan dengan sanggup ambil warga asing, maka akan terjadilah apa yang kita lihat sekarang di mana kawasan ini sesak dipenuhi dengan warga asing sehingga masyarakat tempatan menjadi tidak selesa dan kita sendiri rasa tidak selamat,” katanya.

 

18 thoughts on “Berhenti ambil pekerja warga asing di Pasar Selayang, kata Annuar Musa

  1. Terbaik tan Sri, setuju memang rasa sgt tak selamat bila ramai warga asing ni. Takut kepada keselamatan anak2. Anak dara pun ramai kena kacau dgn diorg ni. Deme ni naik kepala bila ramai. Bila sikit pijak semut pun Tak mati

    1. Majikan juga perlu Di pantau supaya tidak mengambil pekerja asing.Ambil tindakan seperti mengantung permit perniagaan jika mengambil pekerja asing..

  2. Betul…setuju. kalau boleh hantar semua warga asing ni ke negara asal. Rakyat tempatan ramai yang tiada pekerjaan kerana tauke pasar nak ambil warga asing ni. Harap tansri wajibkan tauke pasar ambil masyarakat tempatan. Tq tansri

  3. Akhirnya ada jugak Pemimpin bersuara pasal ni. Saya memang dah simpan lama perasaan bengang dengan org asing kt pasar borong kt kl ni. Diorg ni Naik kepala, perangai macam taik kerja…dah la pengotor. Minta tansri halau balik mereka ke negara masing2

  4. Betul tansri kiteorg org India pun tak puas hati dengan warga asing. Kami hilang pekerjaan sebab mereka. Tauke2 pasar borong kt selayang ni semua nak ambil warga asing sebagai pekerja sebab gaji rendah

    1. Halau balik kenegara asal adalah tindakan yang terbaik buat kami semua rakyat Malaysia Jika tidak, suatu penyesalan tidak akan hilang sampai bila bila setelah kebanyakan rakyat tertindas oleh pendatang asing ini

  5. Batalkan lesen peniaga2 yanv d dapati mengaji pati,,jgn takut tan sri ada ramai lagi warganegara msia mampu supply barang ke pasar borong selayang

  6. Tepat sekali tindakan yg diambil tan sri,perkara ini bukan baru berlaku malah sudah lama.sudah sampai masanya yg ada peluang dengan adanya kuasa bertindak .

  7. Terbaik tan sri.. Ramai perkerja tempatan yang tiada kerja.. Harap perkara ini tak separuh jalan.. Dbkl wajib pantau perkara ini..

  8. Pihak pengurusan Pasar perlu telus menjadi mata telinga kerajaan dan bukanya bersubahat. Perlu diodit dlm semua aspek. Mana yg tak ikut tarik lesen perniagaan. Mesti telus dan dipantau selalu. Ada pihak yg cuba beri rasuah nanti.

  9. terbaik tan sri.. inilah yg rakyat mahukan, ketegasan mempertahankan rakyat.. harapnya perkara ni dipantau, sentiasa update, tidak lagi beri muka pada warga asing…kami dah muak dengan warga asing..

  10. Tan sri.mohon wajibkan tauke2 pasar ambil warga tempatan sebagai pekerja.Saya cadangkan batalkan saja lesen peniaga2 yg menggajikan warga asing.

  11. Kerja adalah 1 ibadah..jd tggungjwb yg dipikul beserta amanah yg digalas hendaklah dilaksanakan dgn cemerlang..
    Akan disoal nanti di sana..

  12. Tahniah dan syabas Meteri,bukan sahaja kita bersihkan wabak,kita sama sama bersihkan Pati di negara kita,kuncinya kita basmikan rasuah dikalangan penguatkuasa,tindakan tegas pada majikan yg menggajikan Pati, juga tindakan tegas pada perasuah yg bersekongkol dengan Pati ini.

  13. Sangat setuju apa yang dilontarkan Tan sri. Sudah tiba masanya kerajaan perlu bertindak. Ambillah iktibar disebalik insiden pelarian vietnam yang terjadi di pulau bidong dan di sungai besi ketika dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media