NGO cadang kad pengenalan diperbaharui, bertulisan Jawi

admin

 3,919,015 

 

Kad pengenalan atau MyKad sedia ada perlu diperbaharui secara lebih sistematik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan lebih tinggi.

Pengerusi Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus  berkata, tindakan itu perlu susulan penjualan kad pengenalan Malaysia kepada warga asing oleh sindiket yang juga musuh nombor satu negara.

 

Menurutnya, kerajaan disaran mempertimbangkan cadangan itu demi kebaikan rakyat dan keselamatan negara.
“Hanya dengan cara ini kita dapat menghentikan jualan kad pengenalan palsu termasuk menyekat pengunaannya dalam kalangan warga asing,”katanya.

 

Tambahnya, PAMM juga mencadangkan kad pengenalan baru bertulisan Bahasa Jawi bagi mengembalikan semula identiti orang Melayu selain mengeratkan perpaduan kaum.

 

Beliau berkata, PAMM percaya lambakan pelancong China dan India yang gagal dikesan pihak berkuasa turut mengambil kesempatan di atas jualan kad pengenalan sedia ada.

“Sejak warga asing membanjiri tanah air ini, wujud pelbagai kes jenayah termasuk kewujudan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE).
“Itu belum lagi dicampur dengan perbuatan jenayah dilakukan warga China dan warga asing lain di negara ini.

 

Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara serta keselamatan rakyat.
“Malaysia bukan untuk pendatang haram. Semua pendatang tanpa izin perlu diusir segera,”katanya.

 

Mengulas isu mengenai PKP, Mustaffa juga bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan kerajaan ambil tindakan yang terburu-buru kerana melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya bersetuju dengan apa diperkatakan Najib Razak. Kita lihat terlalu banyak kelonggaran diberikan. PAMM harap kerajaan menilai semula keputusan dibuat”, katanya.

Sumber: rentas7

 

13 thoughts on “NGO cadang kad pengenalan diperbaharui, bertulisan Jawi

  1. Harap terlaksana, jangan sekadar cadangan sahaja. Dengan tukar ke jawi juga Kita dapat angkat martabat jawi selain dapat membendung MyKad palsu secara efektif. Tiada lagi MyKad palsu untuk pelancong china!!!

  2. Cadangan yang bagus…masalah MyKad palsu Ni sebenarnya masalah yang serius….jangan pandang sebelah Mata. Pembaharuan MyKad ke jawi lah jalan penyelesaian ya. Minta jpn laksanakan cadangan NGO ni. Ataupun buat petisyen supaya kerajaan ambil tindakan Dan tidak memejam Mata sahaja

  3. Laksanakan yang terbaik bagi keselamatan awam dan negara.jangan cakap je macam bank tu pandai u-turn.hahaha

  4. Wow! This can be one particular of the most useful blogs We’ve ever arrive across on this subject. Basically Magnificent. I am also a specialist in this topic therefore I can understand your effort.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media