Seludup Rohingya raih RM150 juta setahun?

admin

 2,654,310 

Dr Mizan Mohammad Aslam

Semalam kerajaan telah mengambil inisiatif melakukan spot-check atau pemeriksaan secara mengejut dan besar-besaran di sekitar Jalan Masjid India, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menilai jumlah sebenar warga asing yang ada di samping mengesan mereka yang tiada permit untuk dihantar pulang ke negara masing-masing.

 

Usaha untuk menyekat kemasukan pelarian etnik Rohingya dilihat bukan mudah suatu perkara yang mudah. Terdapat dalang yang menguruskan aktiviti ‘perniagaan’ yang wujud di sebalik kemasukan Rohingya tersebut, Mereka dipercayai meraih RM100 juta hingga RM150 juta setahun.

Berdasarkan penyelidikan dan maklumat pelbagai pihak, Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, ramai terlepas pandang kemasukan etnik Rohingya sebagai satu industri penyeludupan manusia yang amat menguntungkan pihak tertentu.

 

Menurut data-data yang dikumpul dari SUHAKAM, UNHCR dan Human Right Watch dianggarkan 200,000 pelarian Rohingya keluar dari negara Myanmar antara tahun 2012 hingga 2019.
Tambahnya lagi, mereka menaiki bot menghala ke selatan menuju Malaysia. Sasaran utama mereka adalah Malaysia, akan tetapi Thailand dan Indonesia juga menjadi pilihan jika terpaksa. Malaysia dijadikan sasaran utama kerana pelbagai kemudahan dan bantuan diberikan kepada pelarian Rohingya ini.

 

Pelayaran mereka mengikut tiupan angin, jika angin tolak ke kanan maka mereka akan mendarat di Acheh, jika angin tolak ke kiri maka akan tiba di Thailand, begitulah aktiviti pelayaran mereka yang mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh membawa kematian akibat kelaparan dan kehausan serta penyakit berjangkit kerana kepadatan yang tinggi dalam sebuah kapal yang kecil.

 

“Sebahagian besarnya memilih Malaysia kerana lebih banyak peluang dan saudara mara mereka yang telah bertapak di sini. Sebagaimana yang dianggarkan oleh badan pemantau luar, lebih kurang 10,000 etnik Rohingya tiba di negara ini setahun.

 

Tetapi, dalam satu bot terdapat juga 20 peratus daripadanya warga Bangladesh dan Myanmar yang tumpang sekali dan menyamar menjadi etnik Rohingya apabila disoal pihak berkuasa.

“Hasil maklumat risikan, rombongan ini dipercayai membayar RM10,000 hingga RM15,000 kepada sindiket malah kosnya mungkin mencecah RM20,000 kerana mereka perlu melepasi sindiket lain seperti di Myanmar, Thailand untuk tiba ke negara. Dan setelah tiba di Malaysia, masih ada pembayaran perlu dilakukan kepada sindiket di Malaysia pula. Jadi agak banyak wang yang dibayar kepada sindiket ini untuk mereka sampai ke negara Malaysia.

 

“Mengikut maklumat, sebanyak 90 peratus pekerja melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan seperti di pasar borong Selayang. Majoriti pekerja asing di Pasar Borong Selayang merupakan etnik Rohingya dan Bangladesh, ini membuktikan adanya permintaan pasaran yang tinggi dalam pasar itu sendiri.

 

Tambah Dr Mizan, daripada maklumat yang diterima sindiket penyeludupan ini juga merekrut ejen di dalam kem-kem pelarian untuk membawa mereka keluar dari Myanmar.

“Jika ada yang tidak mampu, saudara atau kawan mereka yang sudah lama bertapak di Malaysia akan menghantar sejumlah wang sebagai pinjaman kepada mereka dan perlu dibayar dengan potongan gaji setelah berada di negara ini.

“Lebih menyedihkan kerana ia satu perniagaan, dipercayai wujud pembabitan tentera, penguatkuasa laut dan kedutaan di Myanmar, Bangladesh, Thailand serta penguatkuasa di negara ini yang memberi laluan kepada mereka keluar ke laut besar dan masuk ke negara ini.

 

“Jadi tidak hairanlah data yang menunjukkan seramai 200,000 telah keluar dari negara itu sebagai pelarian di Malaysia.
“Tambahan pula bersempena bulan Ramadhan, kemasukan biasanya dilakukan pada waktu hampir untuk berbuka puasa kerana ketika itu umat Islam fokus untuk berbuka,” katanya.

 

Gelagat kanak-kanak warga asing Etnik Rohingya yang memakai penutup mulut dan hidung meninjau keadaan luar rumahnya pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19.

 

Dalam pada itu, Dr Mizan memberitahu, lebih membimbangkan warga Bangladesh dan Myanmar yang menyertai rombongan pelarian itu turut mendakwa mereka adalah pelarian ketika membuat permohonan kepada UNHCR.
“Pihak UNHCR pula mempunyai masalah semakan data kerana kebanyakan pemohon mendakwa dokumen status UNHCR mereka musnah dalam kebakaran semasa kekejaman yang dilakukan pihak tentera Myanmar.

 

“Bagaimanapun ada di antara mereka berani mengemukakan dokumen palsu seperti sijil kelahiran, sijil peperiksaan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain yang dibekalkan oleh sindiket di Myanmar.

“Saya pernah bertanya pengalaman seorang pelarian Rohingya yang mengakui dia menaiki bot ketika tiba di negara ini tetapi pulang semula ke sana menaiki kapal terbang. Ini bermakna terdapat sindiket yang mempunyai akses dengan pihak kedutaan untuk mengeluarkan pas pelepasan Imigresen bagi perjalanan sehala untuknya,” katanya.

 

Sehubungan itu, Dr Mizan mencadangkan kerajaan mengambil langkah yang tegas dan proaktif untuk membanteras kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan warga asing ke negara ini.\

“Ambil iktibar insiden di Wang Kelian, tiada langkah efektif yang diambil menyebabkan kegiatan penyeludupan  masih bergiat aktif sehingga ke hari ini.
“Sedar atau tidak pelarian Rohingya sebenarnya dipergunakan sindiket untuk menghalalkan jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia ke atas mereka.

 

“Sebenarnya kerajaan Myanmar juga ada menyediakan pemindahan penempatan khas untuk etnik Rohingya dan juga menyediakan platform untuk pendaftaran di kem-kem yang disediakan. Walaupun sedemikian, mereka enggan kerana keinginan untuk datang ke Malaysia kerana peluang ekonomi yang lebih cerah buat mereka.

“Boleh dikatakan hampir semua pelarian yang datang ke negara ini tidak mempunyai niat untuk pulang ke negara asal mereka dan disokong pula dengan banyak NGO yang sentiasa membela nasib mereka di negara ini,” katanya.

 

5 thoughts on “Seludup Rohingya raih RM150 juta setahun?

  1. Mmg la ada org yg uruskan…Tak logik diorg boleh belayar dari Bangladesh Myanmar sampai sini dengan selamat, mesti Ada bantuan dari orang atasan

  2. Benda ni kena serius tangani, jgn nak manjakan kesiankan diorg Ni……kesianlaa kpd rakyat tempatan yang terpaksa meranadi negara sendiri. Pekerjaan byk diorg rampas, sbg Contoh pasar selayang…majoriti pekerja semua org warga asing…sampai org tempatan disisihkan.

  3. Buat baik berpada pada. Jangan sampai diperbodoh orang luar. Depa senang senang kaut untung; negara kita menanggung biawak hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media