MyKad dijual secara online dengan harga mampu milik

admin

 5,639,102 

Sindiket penjualan kad pengenalan tidak lagi berselindung dalam melakukan kegiatan haram ini. Malah mereka semakin berani menunjukkan taring apabila mula menjual secara terang-terangan di laman web secara online.

 

Bagi kerajaan, aktiviti penjualan dokumen MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing dianggap sebagai pengkhianatan yang sangat besar terhadap negara.

 

Terbaharu, sebuah laman sesawang yang menggunakan nama syarikat All Genuine Documents telah bertindak berani menjual kad pengenalan haram secara terang-terangan dengan harga sekitar USD300 bersamaan RM1,295, manakala pasport pula dijual pada harga USD1,400 bersamaan RM6,041.

Pembeli akan diminta untuk mengisi borang maklumat peribadi sebelum melakukan pembelian seperti nama awal dan akhir, jantina, tarikh dan tempat lahir, alamat dan tanda tangan digital dalam resolusi gambar yang tinggi. Selain itu, mereka turut meminta gambar berukuran passport. Semua maklumat ini diproses untuk menghasilkan MyKad palsu tetapi begitu sukar untuk dibezakan dengan MyKad original.

 

Selain Malaysia, antara negara lain yang menjadi mangsa sindiket penjualan kad pengenalan dan passport secara dalam talian ini adalah dari negara Eropah; Ireland, Netherlands, Portugal dan Sepanyol.

 

Melihat kepada ‘review’ pelanggan yang menggunakan perkhidmatan All Genuine Documents ini, majoriti daripada mereka memberikan review yang positif. Mereka berpuas hati dengan kualiti yang disediakan dan rata-rata memberi komen bahawa kad pengenalan tersebut tiada cacat cela dan asli.

Adakah mereka berjaya mengelirukan pihak penguatkuasa di Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu ini?.

 

 

Selain kad pengenalan, All Genuine Documents turut menyediakan perkhidmatan produk dokumen lain seperti lesen memandu, dokumen penceraian, sijil IELTS dan sijil kelahiran.

 

Sehingga hari ini belum diketahui siapakah dalang disebalik aktiviti penjualan kad pengenalan secara dalam talian ini. Hal ini kerana mereka bertindak secara ‘anonymous’ dan merahsiakan identiti mereka setiap kali proses jualbeli dilakukan.

 

Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan mencari siapakah dalang di dalam negara ini yang menjadi pembekal MyKad kepada sindiket penjualan MyKad secara online ini.

 

Ini laman web pasaran online yang menjadi tempat untuk sindiket berjual beli.

 

5 thoughts on “MyKad dijual secara online dengan harga mampu milik

  1. Mesti Ada org dalam yang bekalkan teknologi untuk hasilkan MyKad, review Pelanggan semua puas hati, maknanya MyKad tu berjaya digunakan. Ini tragedi Kepada Malaysia

  2. Masalanya…netizen tahu…blog,twiter..berita dll…tapi adakah pihak berwajib merasa seperti rakyat biasa berfikir,..kenapa rakyat merasa tindakan seperti begitu PERLAHAN jika difikirkan ini sgt berbahaya…..its bcoz Politics.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media