Amaran Syed Hamid: Jangan sampai kerajaan hancur

admin

 6,750,050 

 

Ahli politik veteran Syed Hamid Albar memberikan amaran keras agar dakwaan pertelingkahan Bersatu dan UMNO diuruskan dengan adil dan bijaksana supaya kerajaan gabungan Perikatan Nasional dapat berdiri dengan kukuh.

 

“Perkara paling penting bila kamu menjadi sebahagian daripada kabinet, perlu ada tanggungjawab dan sikap ketaatan pada gabungan bersama. Bukan tempat-tempat untuk bersikap ego dan berpura-pura. Hancur kerajaan nanti,” katanya kepada Malaysiakini pada Khamis.

 

Pengarah Pemilihan Bersatu menyatakan yang sedemikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terdapat pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu Johor, seperti yang didakwa beberapa pemimpinnya.

 

Pada 27 April yang lalu, pemimpin Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri mengeluarkan kenyataan meminta parti kerajaan tidak memandang sebelah mata keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan.

 

Solihan, yang merupakan Exco kerajaan negeri dan Adun Tenang, juga menambah, penyertaan Bersatu dalam lantikan politik seperti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mesti menjadi sebahagian daripada langkah hasil kerjasama gabungan PN.

 

Semalam, bekas menteri besar Johor Osman Sapian turut membangkitkan isu pelantikan jawatan antara wakil rakyat Bersatu dan UMNO di Johor, yang didakwa diagihkan secara berat sebelah kepada UMNO semata-mata.

 

Di peringkat negeri, beliau memberikan contoh yang menurutnya menunjukkan pemimpin Bersatu dipinggirkan daripada pelantikan ke dalam agensi kerajaan negeri.

 

Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin mengakui gabungan PN di Johor tidak berapa kukuh, namun menolak “habuan politik” dalam bentuk lantikan jawatan GLC sebagai langkah penyelesaiannya.

 

Bagi bekas MB Johor itu, PN hanya akan kukuh berdiri dan berfungsi dengan baik di Johor sekiranya mampu menawarkan strategi yang baik bagi merealisasikan potensi negeri ini.

 

Sementara itu, Syed Hamid yang pernah menjadi menteri di era pemerintahan kerajaan BN yang lepas berkata, beliau percaya telah terdapat persetujuan di peringkat negeri untuk mengagihkan jawatan secara adil dan saksama tanpa memihak kepada mana-mana parti.

 

“Jadi, saya rasa ini di peringkat negeri pun masing-masing bersetuju untuk tubuhkan dan agihkan jawatan secara adil.
“Saya rasa Bersatu begitu banyak sekali berkorban sebab banyak kerajaan negeri di bawah Bersatu sekarang jadi kerajaan,” katanya.

 

Walaubagaimanapun, Syed Hamid tidak menafikan mengenai dakwaan UMNO menggunakan Bersatu sebagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka setelah tumbang pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

 

“Umno dulu sudah ditolak terkeluar daripada kerajaan. Macam mana dia nak balik dalam kerajaan?
“Mereka buat Langkah Sheraton. Ia membolehkan Umno sekali lagi duduk dalam kerajaan, walaupun dipimpin Bersatu.

 

“Jadi saya fikir tujuan UMNO untuk dapatkan balik kedudukan mereka dalam kerajaan. Mereka berjaya melakukannya dengan bantuan Bersatu, jadi bersikap timbang rasalah,” katanya lagi.

Sumber Malaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media