Operasi mengejut dan besar-besaran periksa warga asing

admin

 2,785,710 

RATUSAN warga asing yang tinggal di sekitar Jalan Masjid India, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Tunku Abdul Rahman diperiksa secare mengejut dan besar-besaran oleh pihak berkuasa, pada hari ini.

 

Operasi besar-besaran itu bermula tepat pada jam 8.30 pagi dan memberi fokus kepada tiga jalan berkenaan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

 

Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat kira-kira 300 anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi terbabit dalam operasi berkenaan. Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan sama sekali berada dekat di lokasi operasi atas alasan wabak Covid-19.

Difahamkan operasi ini diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

 

Sementara itu, sumber dalaman memberitahu tujuan operasi diadakan adalah bagi mengesan kesalahan warga asing mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Di samping untuk memastikan warga asing di kawasan terbabit mengamalkan langkah pencegahan Covid-19 seperti yang telah ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.

 

“Lokasi utama pemeriksaan dijalankan adalah di kawasan Menara Plaza City One dan sekitar premis Jalan Masjid India.
“Setakat ini operasi masih berjalan dan jumlah tepat warga asing masih belum boleh didedahkan,” katanya.

 

Dalam pada itu, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis dan imigresen.

Sumber hmetro

 

4 thoughts on “Operasi mengejut dan besar-besaran periksa warga asing

  1. Alhamdulillah, terbaiklah pdrm rela imigresen atm…..sama2 Kita membanteras PATI. Warga asing India cina Bangla, semua tu Kita hantar balik ke negara masing2. Inilah caranya kita bantu ekonomi masyarakat tempatan dan Masa yg sama kurangkan Kadar jenayah dalam negara

  2. Nice la, sakit mata aku tengok Bangla kt kl ni, tolong cepat hantar balik diorg Ni ke bangladesh

    1. Mantap kerajaan PN, kita sifarkan pendatang asing, diorg Ni yg curi punca perniagaan untuk rakyat tempatan

  3. Ancamn depa lagi bahaya dari virus COVID19…
    Tahniah utk PN ..PDRM, IMIGRESEN,ATM,RELA.dan semua yg terlibat dlm operasi pembersihan.. cukup2 la Kita bagi muka Kat depa..bila tangkap.. cepat2 antaq balik..x yg nk tangguhkan lagi bicara la kes la ..buang duit rakyat je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media