Anwar berasa kecewa jika tak dapat berkhidmat sebagai PM

admin

 1,415,783 

Sumber: Korek Korek

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat perakuan bahawa beliau kecewa jika tidak diangkat menjadi PM setelah hampir empat dekad berkecimpung dalam arena politik negara.

Walaubagaimanapun, Presiden PKR yang berusia 72 tahun itu menegaskan dirinya tidak berminati menjadi Perdana Menteri jika umurnya mencecah 90-an.

“Tidak masuk akal. Tidak mungkin saya hendak menunggu sehingga berumur 90 tahun baru hendak berfungsi secara efektif menjadi ketua negara.
“Saya tidak fikir perlu menunggu sehingga 20 tahun lagi. Tidak terbayang dalam pemikiran saya,” katanya ketika diwawancara radio The Bussines Station (BFM), hari ini.

 

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah menunggu hampir 2 tahun untuk Mahathir Mohamad menunaikan janjinya menamakan beliau sebagai pengganti setelah PH membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lepas.

 

Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah mengumumkan beliau akan memberikan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada akhir tahun ini.

 

Malangnya, pertelingkahan mengenai tempoh peralihan kuasa itu akhirnya menyebabkan PH berpecah, hingga mengakibatkan pentadbiran selama 22 bulan sebagai Kerajaan Pusat berakhir.

 

Anwar yang memegang jawatan sebagai Ketua Umum PH bagaimanapun menegaskan, beliau akan terus ‘bergerak ke depan’ jika ditakdirkan hasratnya itu tidak terlaksana.
“Jika diberi peluang, saya merasakan negara ini perlu pembaharuan dan saya boleh mainkan peranan kecil dalam proses ini,” katanya.

 

Beliau turut menegaskan bahawa beliau sedia menggalas jawatan PM dalam tempoh 8 tahun lagi, namun hal ini bergantung adakah PH mampu menjadi kerajaan semula pada PRU akan datang dan juga faktor kesihatannya.
Ahli Parlimen PD ini turut menambah, beliau berhasrat menjadi profesor di universiti, menulis buku dan meluangkan masa bersama cucu atau berkebun dengan menanam pelbagai jenis buah-buahan seperti pisang, nanas, durian dan rambutan.

 

Anwar turut meluahkan kekecewaan dengan tindak tanduk bekas timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam parti dan menyifatkan Ahli Parlimen Gombak itu sebagai pengkhianat.

 

Disoal adakah beliau siap sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir pada masa akan datang dalam kerangka perjuangan PH, Anwar berkata hal itu menyentuh isu penting atau strategi bersama yang hanya diputuskan secara kolektif dalam pakatan pembangkang dan beliau tidak boleh memberikan kata putus secara persendirian.

Dipetik dari Korek Korek

Seterusnya, Agenda DAP-PH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media