Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara angkat Tok Mat sebagai calon PM PRU-15

admin

 2,377,910 

 

Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi pilihan utama masyarakat untuk menjadi PM menggantikan Muhyiddin Yassin kerana ketelusan dan bersih dari rasuah berbanding pemimpin UMNO yang lain.

 

Pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini di Janda Baik Pahang, Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara meletakkan Tok Mat sebagai calon PM UMNO untuk PRU-15.

 


Mohamad atau Tok Mat dilihat sebagai sosok pemimpin UMNO yang bersih, tidak terpalit dengan kes mahkamah, bersahaja, bijak mengatur kata dan petah berbicara.

 

Beliau juga dilihat sebagai sosok pemimpin yang mudah didekati, mesra dengan rakyat dan tidak gopoh selain tetapi setia dengan pemimpin atasannya.

 


Tok Mat telah membuktikan kewibawaannya apabila berjaya ‘menenangkan’ pemimpin, ahli-ahli dan para penyokong UMNO di semua peringkat selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 yang menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah UMNO menjadi pembangkang.

 

Peluang diberikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan untuk ‘berehat’ selama hampir setahun kerana kes mahkamah, meletakkan UMNO yang ketika itu umpama kapal yang kehilangan jurumudi dan hampir karam di bahu Tok Mat.

 


Namun dengan kewibawaan dan kepemimpinan Tok Mat, akhirnya UMNO dapat dipulihkan, hala tuju UMNO telah diatur semula, semangat ahli-ahli dan penyokong parti dipulihkan dan yang penting Tok Mat telah berjaya menyelamatkan parti dan menang pilihanraya kecil secara berturut-turut.

 

Dengan mengambil semangat bidalan “ayam tak berkokok hari tetap siang”, Tok Mat berjaya menyusun semula puing-puing UMNO yang runtuhmenampal lubang-lubang yang ditinggalkan dan menggerakkan semula parti yang hampir lumpuh.

 


Sudah tiba masanya Malaysia memiliki pemimpin yang berkredibiliti tinggi, mesra dengan rakyat dan bersih dari gejala rasuah.

 

Tahniah Tok Mat!

 

Adakah anda setuju Tok Mat sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia?

View Results

Loading ... Loading ...

 


74 thoughts on “Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara angkat Tok Mat sebagai calon PM PRU-15

    1. Saya suka Tok Mat, hidup Tok Mat, bila sudah berada diatas jangan lupa diri Tok Mat jangan jadi orang orang lama banyak yang tidak boleh pakai. Jika nak berjaya Tok Mat 25% muka lama tapi mesti bersih seperti Dato’ Seri Ismail (Maran) pemimpin yang bersih dan suka memberi dan muka baru hendaklah 75%. Ingat rakyat Malaysia melebihi 35 juta mustahil tiada yang Bersih, Cekap dan Amanah Tahniah Tok Mat kerana pilihan Perdana Menteri akan datang.

    2. Satu perkara y saya harapkan. Apabila dilantik menjadi PM jangan JADI KACANG LUPAKAN KULIT. Jadilah Pemimpin yang adil y menjadi tempat rakyat bergantung.Kalau saya diberi pilihan, DSNR adalah susuk tubuh yang sebenarnya yang patut diberi semula tanggungjawab memggalas sebagai kepimpinan NO 1 MALAYSIA. Kenapa, ini kerana beliau jatuh disebabkan angkara fitnah dan hasutan. Buktinya Jika kita lihat kes2 y melibatkan 1 MBD dan SRC kebelakangan satu persatu didedahkan membuktikan beliau x bersalah memang x boleh disangkalkan lagi. Faktanya skrg MAHKAMAH MALAYSIA cuba dimanipulasi dan mempunyai campurtangan politik orang2 tertentu yang berkepentingan. RAKYAT MEMERHATI. Jika terbukti beliau x bersalah seharusnya jawatan itu perlu dikembalikan kepada beliau. TOK MAT boleh dilantik sebagai TIMBALAN PM dan boleh belajar selok belok memtadbir PERSEKUTUAN dan DASAR LUAR MALAYSIA memungkinkan pelaburan asing kembali semula ke MALAYSIA daripada kepimpinan DSNR. Ini bukan nak menafikan kepimpinanTOK MAT di peringkat negeri. Saya orang Negeri Sembilan, TOK MAT memang POPULAR di Negeri Sembilan. Semasa menjadi MB dulu, beliau seorang yang berjiwa rakyat. N9 Maju dibawah pemerintahan beliau . TOK MAT adalah PEMIMPIN BERWAWASAN. Cumanya apa yang saya nak cadangkan biarlah beliau belajar dari DSNR supaya dengan gabungan kedua2 pemimpin HEBAT ini MALAYSIA AKAN KEMBALI KELANDASAN ASAL DAN KELUAR DARI KEMELUT KEGAWATAN EKONOMI YANG PARAH seperti Skrg. Rakyat perlukan pekerjaan, anak isteri perlukan makanan utuk mengisi perut….HIDUP BN, HIDUP UMNO

    3. Harap2 Tok Mat jangan ikut cara2 pentadbiran Pak Lah & DSNajib. Ikutlah caralah pentadbiran TunM. Tapi jgn ikut cara dia menyamun duit rakyat. Ikut cara dia mengawal rakyat2 jahat. Tidak seperti hari ini apabila yg jahat, penyamun dan putar alam menguasai rakyat2 yg baik.

  1. Trbaik ..tok mat adalah plihan terbaik..beliau seorang yg rendah diri..bijak brkata..mesra dengan rakyat..bila rakyat dalam musibah dia datang bantu..harap tok mat jadi PM pada PRU 15 nnti dan dapat kembalikan kpercayaan rakyat pada UMNO semula..

  2. Kita di akar UMNO sokong siapa saja. Tetapi buat masa kita letakkan kepercayaan penuh kpd DSZH yg dipilih secara oleh perwakilan utk mengemudi UMNO. Usahkan membuat percaturan yg boleh meretakkan parti UMNO. Marilah kita sama2 bekerja utk memperkasakan UMNO dan UMNO/BN akan kembali berkuasa selepas PRU ke 15 nanti.

    1. BODOHLAH SESIAPA YG MASIH MENGHARAPKAN ZAHID KOMIDI
      SAMPAH POLITIK!!!..
      TOK MAT HASSAN PALING SESUAI UNTUK PRESIDEN UMNO DAN PM MALAYSIA PEMIMPIN YANG BERWIBAWA!!!..

  3. KLU BETUL PUN APA SALAH RAKYAT AKAN SOKONG 1000 PARSEN.
    Tok mat bersih sepatutnya jadi presiden umno. Kenapa zahidhamidi yg terpalit kes mahkamah masih lagi presiden. Sila berundur zahid hamidi!!!!

  4. Camano ni Tok? Ramai yg aminnnkan Tok jadi PM ni. Jgn malu2 Tok. Kang melopeh. Takkan nak tunggu PRU16. Tok Mat ada aura yg diperlukan rakyat. InsyaaAllah imej UMNO akan bersinar dan kuat kembali sekiranya Tok Mat jadi Presiden dan PM.

  5. Tok mat lah yg paling layak jd presiden umno dan bakal PM msia pemimpin yg berjiwa rakyat dan berpandangan jauh Serta memahami naluri rakyat msia

  6. Mungkin ada yg nk melaga lagakan kepimpinan atasan & pecahbelahkan perpaduan ummah & MN. Tapi kalau betul pun lagi baik Tok Mat. Memang layak.

  7. Sokong na bona kot Tok Mat yg jd PM..calon terbaik dr UMNO..👍 UMNO akan terus mengungguli jika Tok Mat jd presiden.. Sokong Tok Mat jd PM..Walaupon berita palsu, tp rakyat bharap ia benar.. Kami rakyat marhaen sokong sgt ngn pentadbiran Tok Mat.. ingt x kito ponah duduk semejo maso kenduri kt Rantau taun lopeh..mmg berjiwo rakyat betul Tok Mat.. tgh mkn kt mejo vvip blh lg angkat pinggan alih mejo poie kt kito org ni..koba eh Tok malu mkn sorg2..org pndg2 yo sey koba eh..😅

  8. ok ni.. tak taula masih relevan lagi atau tak pada Mesyuarat Tertinggi umno tu sbb panel2nya macam dah tak jelas apa asas perjuangan.
    Buat je undi trus, tanya rakyat.. Tok Mat atau Najib/Zahid/dan lain2. Tryla tgok.. bleh pakai alasan kajian statistik rakyat dan ahli2 dalaman Umno sndiri..
    Tiada ahli politik yg sempurna, tapi stakat ni Tok Mat jauh yg terbaik dr Najib dan Zahid.

  9. Ok la tu Tok Mat… Ramai sokom… Ejah skali jd PM… TokMat hati lembut mcm Abah Midin jgk… Terbaik la tu

  10. Ini lah satu2 nya cerita palsu..yang rakyat akan terima dnegan sebulat suara tokmat..in syaa Allah…Malaysia perlukan dan rindukan..pemimpin yang hebat seperti tokmat..selepas dua tiga tahun kebelakangan ini…

  11. Tapi saya mmg nk teringin TokMat jdi Perdana Menteri… Dh xade dh link2 masalah bagai dgn krisis Mahathir Muhyidin Najib dn sebagai nye…

  12. Jika berita ini tak benar sekalipun, kami mahukan Tok Mat terajui UMNO ke arah perubahan yang lebih meyakinkan

  13. se sebagai ahli UMNO dan anak jati n9 x kesah pun palsu.. dah harap palsu tu menjadi kenyataan.. mungkin ini lah yg ahli2 mahu khususnya, dan rakyat amnya mahu… mahu kepimpinan Tok Mat ni terajui negara kita… bukan presiden sekarang ni yg samo perangai ngan ahli parlimen Port Dickson tak habis2 kepentingan sendiri nak naik jd PM.

  14. klu di ikot an tok mat mmg layak pon..dr personaliti eh yg mmbuek an rakyat n9 amat mnyayangi tok mat..paham kdaan rakyat..sempoi/santai menyantuni rakyat..tok mat lobih layak dr zahid hamidi tu…tok mat yg spatut eh teraju Umno drpd zahid

  15. kalau betul pun apa salahnya. memang tok mat layakk. bab kata sultan dalam filem musang berjanggut kepada, memanda menteri yg lama, datuk datuk semua boleh ambik pencenn

  16. Pada pendapat saya Tok Mat memang satu²nya pun calon yang paling layak setakat ni.. bukan nak ampu ke apa. UMNO perlukan perubahan yang holistic kalau mahu anak cucu kita melihat UMNO di masa hadapan.. Walaupun kes President parti itu dianggap fitnah tetapi perlulah mengikut lunas² undang² Malaysia. Rakyak tidak mahu terbabait sama dengan masalah personal mana² pemimpin. Sedar²lah wahai pemimpin² yang dah terlalu lama dan tyak berapa bagus tu.. kalau setakat hebat merapu dan melobi sana sini tak payahlah jadi pemimpin UMNO bolehlah rehat dan bermain dengan anak cucu kat rumah..

  17. Kalau betul pun kami sokong..sebagai orang yang dah menetap si nismilan dan berada di bawah Dun Rantau, den banggo kalau Tok Mat jadi PM.

  18. Kalau boto pun alhamdulillah tok , tapi nk pru pun kono bagi negaro ni boto2 clean dengan wabak yg sedang melando negaro sekarang . biar deh kes tu 0 baru la fikir nak pilihan rayo ni semuo . jadikan prn sabah marin sebagai pedoman n pengajaran untuk kito semuo . setakat ni kepimpinan yg diterajui oleh tok bidin pun dh baik raso eh untuk jago rakyat malaysia . jangan kito terlalu kojar kuasa n pangkat padah eh rakyat akan sengsaro balik nanti . HIDUP TOK MAT 😘

  19. Apa salahnya tok mat menerajui umno. Saya sbgai akar umbi umno menyokong jika tokmat naik sebagai presiden umno yg akan datang

  20. Yg menjahanamkan umno mereka berdualah NAJIB DAN ZAHID….tp masih juga terhegeh hegeh bersuara kononnya jd pembela umno…
    Pooooodah.

  21. Kalau betul apa salah nye. Kami ni dah lama perhati tok mat. Org nya santun. Jiwa rakyat. Tinggi ilmu nye. Jadi klu fake news pun. Kami doa jd kenyataan.

  22. Terbaik Tok Mat. Taat pada ketua itu lebih baik. Walau ape pun berlaku, pertahankan ketua kita. Kempen cucuk menyucuk sudah bermula. Kekal tenang dan berdiri teguh bersama ketua. 👍

  23. Kalau betul pun apa salahnya. Ni antara berita palsu yang kita boleh sebarkan agar pucuk pimpinan UMNO boleh mempertimbangkan.

  24. Tp ini isi hati sy Dr ahli pas.. Klau nk tercapai MN n PN bergabung… Tok mat harapan tinggi kami utk calon Presiden Umno n BN…

  25. Klau betul pun kami rakyat msia sgt mengalu alukan pemimpin seperti Tok Mat org yg penuh integriti kami org N9 sokong Tok Mat jadi PM.

  26. eh klu betul apa salahnya mmg layak..dlm ramai ramai tu tok mat nmpk bijak..yg boleh selamatkan mlysia..hahahaha

  27. Saya mewakili diri sendiri berharap agar DS Zahid terus kekal sebagai presiden sampai bila bila. Kerana tanpa beliau, UMNO mungkin diharamkan, malah mungkin dibubar. Beliaulah satu satunya presiden yg sanggup menanggung beban tanggungjawabnya disaat UMNO kalah dan bukan lagi jadi kerajaan spt dulu. Tiada orang lain lg dalam UMNO selain DS Zahid yg layak jd Presiden. Hanya beliau sahajalah yg layak jadi Presiden.
    Sy usul supaya DS Zahid pertahankan jawatannya. Dan sy juga mencadangkan agar MKT menggubal perlembagaan supaya DS Zahid terus kekal jadi Presiden UMNO selamanya. Manakala sy juga nak cadangkan supaya DS Tajuddin Abdul Rahman dipilih terus sebagai Timbalan Presiden krn dalam ramai ramai MP UMNO diparlimen, hanya beliau sahajalah yg paling fluent berbahasa Inggeris . Seterusnya Dato’ Ahmad Maslan, DS Jamal Yunos Sekinchan dan Ybhg Tan Sri Datuk Sri Prof Emeritus Tun Faisal dipilih sebagai Naib naib Presiden tanpa bertanding. Manakala Lokman Nor Adam hendaklah dipanggil semula dan dipilih sebagai Ketua Pemuda yg baru. Manakala Ketua Wanita perlu dikembalikan kepada DS Syarizat Abdul Jalil. Puteri kita pilih Sherry Al Hadad pun ok.
    1630200047765 – CIMB Bank

  28. Ini la satu2 nya berita palsu yg rata2 rakyat SUKA!! Sbb apa , klu nk tgk UMNO masa kini KITA TGK TOKMAT HASSAN !!!

  29. Kalau betul apa salahnya, bagi peluang dan ruang idea baru, muka baru..
    Inilah satu2nya BERITA PALSU yang disukai rakyat Malaysia..