Tok Mat: Zahid Hamidi calon terbaik gantikan Muhyiddin sebagai PM

admin

 348,030 

 

Menurut Naib Presiden UMNO Tok Mat, DS Zahid Hamidi adalah calon yang terbaik untuk menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

Tambah Tok Mat lagi, Zahid Hamidi merupakan insan yang hebat, berkredibiliti tinggi, islamik dan sentiasa memperjuangkan hak bangsa Melayu dan agama Islam.

 


Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

 

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan mendesak pemimpin tertinggi berundur menerusi penggunaan sepanduk dengan kata kurang sopan dilihat bertentangan dengan adat, budaya orang Melayu dan Islam.

 


“Saya telah melihat kemunculan budaya yang tidak sihat dalam UMNO kebelakangan ini dalam cara kita mendesak pengunduran presiden parti.

 

“Kita boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana UMNO itu nilainya demokratik, tetapi janganlah sampai ia membawa kepada sengketa yang akhirnya memecah-belahkan UMNO.

 


Pepatah Melayu berpesan, “Menurut Biar Berakal, Menentang Biar Beradab”,” katanya dalam hantaran Facebook rasminya hari ini.

 

Semalam, UMNO Seremban menafikan bahagian tersebut mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dan menyifatkan tindakan pemasangan kain rentang kononnya, daripada bahagian itu yang mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan merupakan provokasi pihak tertentu.

 


Walaupun, dapat dilihat di media sosial, lebih ramai yang mahu Tok Mat menggantikan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan seterusnya menjadi calon PM.

 

Tetapi, Tok Mat tidak mahu, dan masih tetap dengan pendiriannya bahawa Zahid Hamidi adalah calon terbaik yang mampu membawa perjuangan UMNO ke hadapan.

 

Adakah anda setuju DS Zahid Hamidi calon terbaik sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Muhyiddin Yassin?

View Results

Loading ... Loading ...

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media