Saham Airasia daripada 70sen, berpotensi melonjak ke RM4 akhir tahun 2021

admin

 4,239,174 

 

Saham Airasia kini berada di paras terendah 70sen sahaja bakal melonjak naik pada harga RM4 di akhir tahun 2021.

 

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan saham ini adalah kerana keadaan Covid di Malaysia yang semakin terkawal dan dengan kehadiran vaksin yang bakal menghentikan penyebaran wabak Covid-19.

 


Pengarah KKM, Dr. Noor Hisham menjangkakan kes Covid akan berada di 2 digit sehari pada bulan Mei 2021.

 

AirAsia menjangkakan “sebahagian besar” laluannya disambung semula menjelang akhir tahun ini apabila berjaya mengumpul modal RM2.5 bilion bagi membolehkan seluruh kumpulan itu terus beroperasi.

 


Bercakap kepada CNBC, beliau berjaya mengumpul sehingga RM2.5 bilion daripada pelabur dan melalui pinjaman.

 

Katanya, AirAsia akan muncul dengan struktur kos lebih baik, perniagaan digital kukuh dan permintaan baik untuk syarikat penerbangan.

 


Fernandes percaya prospek industri penerbangan global bertambah baik kerana lebih banyak negara mula memberi vaksin kepada rakyatnya bagi membendung Covid-19 termasuk rakyat Malaysia yang bakal mendapat vaksin pada bulan March ini.

 

Mengakui ia berdepan kesukaran, beliau memberitahu CNBC: Paling penting terdapat banyak permintaan di luar sana dan kami hanya perlu menunggu sempadan dibuka dan dari perspektif syarikat penerbangan, saya fikir kami antara jenis perniagaan pertama yang akan pulih, kerana kami sangat kuat di dalam negara dan serantau.”

 


Katanya, syarikat penerbangan tambang murah yang terbang dengan laluan lebih pendek dan menjual perkhidmatan atas permintaan akan pulih lebih cepat berbanding syarikat penerbangan yang terbang antara benua serta bergantung kepada perjalanan kelas pertama dan perniagaan.

 

Beliau berkata, syarikat itu sedang berbincang dengan Airbus kerana beberapa tempahannya mungkin ditangguhkan ke tarikh lain.

 

Terdahulu, AirAsia dilaporkan memesan lebih 660 pesawat Airbus.

 

Sektor penerbangan terjejas teruk akibat penularan Covid-19, dengan laporan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bulan lalu menunjukkan syarikat penerbangan akan mengalami kerugian bersih AS$118.5 bilion pada 2020 dan AS$38.7 bilion tahun ini.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media