Presiden Duterte beri siaran TV berbayar percuma kepada rakyat Filipina

admin

 23,412,702 

 

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengambil inisiatif dengan memberikan siaran TV berbayar secara percuma untuk dinikmati oleh seluruh Rakyat Filippina termasuk siaran TV netflix, HBO dan lain-lain.

 

Tujuan inisiatif ini diambil adalah untuk menggalakkan rakyat tinggal di rumah untuk membendung penularan wabak Covid-19.

 


Arahan duduk di rumah melibatkan kanak-kanak dan warga emas dikuatkuasakan hampir di seluruh Filipina sejak pandemik bermula walaupun selepas kerajaan membuka semula sektor ekonomi.

 

Pulang ke rumah masing-masing. Kamu (kanak-kanak) boleh menonton televisyen kesukaan kamu sepanjang hari,” kata Duterte.

 


Walaupun ramai ibu bapa melanggar peraturan itu dengan membenarkan anak mereka bermain di taman atau tepi jalan, peraturan tersebut menghalang seisi keluarga daripada mengunjungi pusat beli-belah yang menjadi tempat kunjungan komuniti dan pusat perbelanjaan pengguna. Sekolah-sekolah juga ditutup.

 

Sekatan pergerakan berpanjangan itu menjejaskan keupayaan Filipina  untuk pulih daripada kemelesetan pertamanya dalam tempoh tiga dekad.

 


Duterte berkata, beliau tidak mahu kanak-kanak dijangkiti varian Covid-19 dari Britain yang lebih cepat berjangkit dan lebih berbahaya. Varian tersebut telah menjangkiti 17 orang di Filipina setakat ini termasuk tiga kanak-kanak.

 

Saya bimbang kerana varian baharu ini menjangkiti kanak-kanak,” katanya.

 


 

Diharapkan Malaysia dapat mencontohi tindakan bijak yang dilaksanakan oleh Presiden Filipina, Duterte untukkan galakkan rakyat tinggal di rumah dengan memberikan rancangan TV secara percuma.

 

Adakah anda setuju jika Muhyiddin beri semua rancangan Astro secara percuma kepada rakyat untuk galakkan rakyat tinggal di rumah bagi membendung penularan Covid-19?

View Results

Loading ... Loading ...

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media