Anwar saman Muhyiddin RM2juta kerana guna Agong untuk kepentingan politik

admin

 5,194,976 

 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memfailkan permohonan saman RM2juta kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan perdana menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.

 

Menurut peguamnya Ramkarpal Singh, semakan kehakiman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam adalah untuk mencabar nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

 


“Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan perdana menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut,” kata Ramkarpal dalam kenyataan.

 

Darurat digunakan Muhyiddin sebagai alasan untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri dengan menggantung Persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut.

 


Anwar berharap tarikh pendengaran permohonan dapat ditetapkan secepat mungkin supaya Darurat dapat dihentikan dan Persidangan Parlimen dijalankan seperti biasa.

 

Terdahulu, bekas ahli Umno dan PPBM Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman terhadap Muhyiddin dengan mendakwa beliau tidak mempunyai keabsahan untuk menasihati Agong mengisytiharkan darurat.

 


Hal ini kerana Muhyiddin sudah kehilangan majoriti kerusi yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

 

Pada 12 Jan yang lalu, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau hingga tarikh yang lebih awal jika angka kes Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

 


Darurat yang dijalankan telah menggantung sesi Parlimen dan membangkitkan kemarahan ahli politik parti pembangkang kerana ia diumumkan sejurus selepas beberapa Ahli Parlimen menyuarakan keputusan tidak menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

Antara Ahli Parlimen yang menarik semula sokongan kepada Muhyiddin ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

 

Adakah anda berpendapat Muhyiddin menggunakan alasan Darurat untuk melindungi jawatannya sebagai PM?

View Results

Loading ... Loading ...

 


23 thoughts on “Anwar saman Muhyiddin RM2juta kerana guna Agong untuk kepentingan politik

  1. Ahli politik perlu berfikir dengan waras. Rakyat tidak bersedia untuk pilihanraya atau tukar kerajaan. Kenapa ahli politik bertindak bodoh, tarik sokongan kepada kerajaan dan cabar proklamasi darurat oleh Agong. Bukankah sekarang ini sedang usaha menguruskan Covid19. Sikap seperti ini tidak layak menjadi pemimpin. Gila kuasa.

    1. Apa salahnya kalau nak diperbetulkan keadaan? Agong dinasihatkan oleh kerajaan yang telah hilang majoritinya. Covid-19 bukan alasan untuk tidak boleh ditukar kerajaan atau diadakan PRU. Amerika dah buat pilihanraya masa Covid-19. Singapura pun dah buat pilihanraya tahun lepas. Jangan jadi kaduklah. Pelabur pun dah lari. Ekonomi Malaysia pun meruncing. Apa lagi nak tunggu? Sampai Kwsp, Kwap dll dana rakyat habis kena pinjam oleh kerajaan yang tiada upaya maju ke hadapan dan bayar balik pinjaman. Teruskan usaha dari PH dan DSAI. Kami sokong 100%

      1. setuju dgn pendapat ini.
        Kerajaan kelihatan sgt lemah sekali apabila istihar darurat. Istihar darurat bukan ubat utk mengawal covid-19. Lain penyakit lain pula yg diubati sehingga pelaburan merosot sgt teruk. Dlm kes lain pula VIP yg pulang dari luar negara boleh pula dikurangkan tempoh kuarantin dari 10 ke 3 hari…

    2. Yang gila kuasa adalah pemimpin yang hilang majorti tapi tidak letak jawatan, malah sanggup nasihat isytihar darurat dan gantung parlimen. Jadikan Covid-19 untuk kepentingan diri. Darurat ka itu Dewan RM35 juta tu? Kalau betul2 darurat jeeaba Covid, guna RM35 juta untuk buat hospital bukan dewan…

    3. Memang tidak dpt di nafikan kerajaan terbina bukan melalui pilihanraya dr undi rkyt memang panas negara di buat nya..Selagi lagi kerajaan tebuk atap tidak mengembalikan kerajaan kpd Ph yg di pilih rkyt pru14 thn lalu selagi itu negara akan semakin panas.. Lepas ini nnti kemungkinan perkara yg lebih dahsyat lagi akan menimpa negara malaysia..

  2. Di musim covid dan banjir sebelum ini..adalah keputusan yg tepat mengistiharkan darurat. Rakyat perlukan perhatian kerajaan..namun fokus terganggu disebabkan gangguan mereka.. Sy sokong darurat ini.. Tq PM TSMY

  3. Rakyat perlu berfikir dgn waras meneliti & menyokong politician yg kurang atau tidak waras.

    Dharurat & tutup parlimen adalah tindakan yg tepat untuk waraskan politician supaya fikir & fokus isu covid & banjir. Ikut contoh Ebit Lew.

    Rakyat dah fed up & meluat dgn penyangak2 yg duduk d 222 kerusi parlimen. Tindakan tutup parlimen memang tepat supaya rakyat dapar ruang rasa tenang dan aman ketika menghapapi musibah.

    1. Satu tafsiran situasi politik yg amat terbelakang. Kalau tak ada parlimen baik buang sahaja kabinet kerajaan sekarang dan semua rakyat bernaung di bawah Sultan. Banyak duit dapat dijimatkan dari menampung kabinet tebuk atap 73 orang. Rakyat pun dapat faedah.

  4. Darurat mberi kuasa mutlak kpd Muhyiddin utk mgekalkan kuasa walaupun dah xda sokongan.. Boleh guna duit rakyat sewenang2nya tanpa soal jawap.. Kita perlu satu kjaan yg telus dan cekap dlm menangani covid..dan utk tarik pelaburan hilang akibat dasar2 kjaan muhyiddin yg x efektif.. Selagi Muhyiddin dan kartel azmin bkuasa.. Rakyat jadi mangsa..

    1. Memang betul dan setuju, kerana tak ada negara yg mengantung Parlimant sema Covid, kerana perlalu di adakan sediang Parlimant utk bersidang itu dlm.Pembelangan…

  5. Pemfailan semakan kehakiman didalam mempertikai keabsahan PM menasihati DYMMYDPA terhadap ketetapan peristiharan darurat dan penggantungan Parlimen tidak salah. Persoalannya kenapa pemfailan ini harus disertakan dgn nilai pampasan. Isu nilai pampasan akan mencemarkan motif pemfailan semakan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media