Tok Mat gesa kerajaan beri voucher makanan asas RM3000 kepada golongan B40, M40

admin

 34,576,288 

 

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memberi amaran, segelintir rakyat berisiko hidup dalam kelaparan tanpa campur tangan segera kerajaan.

 

Beliau berkata, ketika ini ramai rakyat Malaysia kehilangan mata pencarian serta kuasa beli mereka berada pada tahap genting.

 


Tanpa intervensi kerajaan, mereka bukan sahaja akan miskin tetapi juga hidup dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai cukup makanan,” kata beliau.

 

Katanya, bagi golongan rentan, pemberian “kupon” makanan dan barangan runcit boleh dipertimbangkan segera memandangkan negara maju juga sudah lama melaksanakan intervensi “food stamp” dan baucar barangan perlu.

 


Beliau mencadangkan bantuan dalam bentuk baucar RM3000 diberikan kepada golongan B40, M40 untuk membeli barangan keperluan dan makanan asas.

 

Baucar sedemikian bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga yang paling terhimpit, malah ia juga dapat menjana pendapatan pemilik dan pengusaha kedai runcit, kata beliau.

 


“Bantuan tersebut secara langsung akan meningkatkan pengguna agregat dan membantu peniaga kecil, pengusaha pasar raya serta restoran,” tambah Mohamad.

 

Beliau juga menggesa Putrajaya supaya segera mengekang kenaikan berterusan harga barangan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam memerangi wabak Covid-19.

 


Walaupun bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan orang ramai, namun kebelakangan ini, rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga, terutamanya makanan mentah, katanya.

 

“Sesuatu mesti segera dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dasar kecukupan dan keselamatan makanan bukan sekadar memasti kecukupan bekalan, tetapi juga memastikan harga makanan selari dengan kuasa beli rakyat,” kata beliau.

 

Kerajaan juga wajar menyokong dan memberi bantuan bagi menggalakan “pertanian bandar”.

 

“Penduduk Malaysia, terutamanya mereka yang menetap di bandar, boleh menerima pakai konsep ‘edible garden’ di kediaman mereka.

 

Gunakan tanah lapang di persekitaran rumah untuk menanam sayur-sayuran, termasuk menanamnya dalam pasu,” katanya.

 

Katanya, penanaman sayur-sayuran di rumah mampu mengurangkan kos sara hidup seharian dan memudahkan akses kepada bekalan segar tanpa kebimbangan penyebaran Covid-19 di pasaraya.

 

Adakah anda setuju dengan cadangan Tok Mat baucar makanan dan keperluan asas RM3000 untuk golongan B40 & M40

View Results

Loading ... Loading ...

 


10 thoughts on “Tok Mat gesa kerajaan beri voucher makanan asas RM3000 kepada golongan B40, M40

  1. Setuju sebab ramai rakyat Marhaen yang hidup melarat dalam kelaparan sebab takde punca mata pencarian. Cadangan yang baik sebab dlm masa sama dpt Bantu peniaga runcit. Terbaik Tok Mat

  2. Terbaik tokmat sokong sepenuh hati. Tok Mat paling layak jadi PM sebab sgt hampir dan memahami rakyat #tokmatMyPM

    1. Setuju dengan pemberian voucher makanan. Ramai golongan B40 dan M40 yg terjejas dan terkesan akibat Covid 19.Hilang pekerjaan dan kurangnya pendapatan. Kerja sendiri dan peniaga kedai makanan terjejas.Harga makanan keperluan harian melambung. Segera dilaksanakan.

  3. Muda2han tok mat scepatnya menggantikan yg sepatutnya di ganti..ini contoh wakil rakyat yg punya wawasan untuk rakyat!!

  4. Beri dalam bentuk voucher atau kupon. Contohnya, satu kupon dengan nilai yg berbeza untuk ambil beras, tepung, gula atau susu di 99/mydin mart. Baru nampak bantuan diberi benar-benar digunakan untuk benda berfaedah. Ini tidak, hari ni dapat bantuan..esok beratur panjang kat depan kedai emas, kedai hset dan kedai barang elektronik.

    1. Ya betul setuju sangat2. Dan kerajaan kena sasarkan kepada golongan yang betul2 memerlukan bukan kepada golongan yang masih berpendapatan yang selalunya akan menyalahgunakan pemberian kerajaan.

  5. Tok Mat mmg terbaik.
    Sangat prihatin membantu rakyat..minta bantuan tok Mat tak pernah menghampakan.. terima kasih Tok Mat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media