Hakim kes 1MDB dinaikkan jawatan selepas putuskan Najib bersalah

admin

 34,549,308 

 

Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes SRC International dinaikkan jawatan dan dipindahkan semula ke Mahkamah Sivil.

 

Pertukaran Mohd Nazlan ke Mahkamah Sivil adalah bagi menggantikan Hakim Mahkamah Tinggi Wong Chee Lin yang akan bersara.

 


Arahan pemindahan dan pengiktirafan kenaikan pangkat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2) itu dikeluarkan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan berkuat kuasa 1 Mac ini.

 

“Mohd Nazlan sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Tinggi Komersial sebelum berpindah ke Mahkamah Tinggi Jenayah serta mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam hal berkaitan kes sivil dan komersial dan layak dinaikkan pangkat kerana berjaya mensabitkan kesalahan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak.

 


“Bagaimanapun, kes jenayah yang belum selesai akan terus didengar oleh Mohd Nazlan walaupun selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pada 1 Mac nanti,” katanya ketika dihubungi.

 

Sementara itu, Mohd Nazlan masih perlu mendengar dan memutuskan beberapa kes berprofil tinggi sebelum pemindahannya pada 1 Mac ini antaranya kes lucut hak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$340 juta ke atas PetroSaudi International Limited dan empat lain.

 


Mohd Nazlan turut menetapkan 3 Februari ini untuk keputusan kes membabitkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah.

 

Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, tambahan lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

 


Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

 

Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. Ini bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun.

 

Mohd Nazlan menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International dihadapi Najib adalah kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk.

 

Mohd Nazlan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 10 April 2015 dan kemudian Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Januari 2017 dan dinaikkan pangkat pada 1Mac ini.

 

Adakah anda berpendapat sistem kehakiman di negara kita dijalankan dengan penuh keadilan?

View Results

Loading ... Loading ...

 


17 thoughts on “Hakim kes 1MDB dinaikkan jawatan selepas putuskan Najib bersalah

    1. Kami rakyat rasa x adil,,,kami doa semoga sumpah laknat DSNR Allah makbul kn ,,dan mengena sesiapa yg buat fitnah,,lebih2 lagi pihak yg menghukum org yg x bersalah,,,ni semua keloni madir,,,,, Allah huakbarx3 buktikan ya Allah,,Aminx1000

      1. SETUJU, HUKUMAN BERDASARKAN “HEAR SAY”, BERSIFAT AGAKKAN, SERTA KEMUNGKINAN YG BAKAL DILAKUKAN OLEH TERTUDUH, TANPA SAKSI2 PENTING WALAUPUN ADA. APAKAH INI DINAMAKAN KEADILAN??? KEADILAN APAKAH INI??? SITEM APA DAN SIAPAKAH YG DIGUNA PAKAI??? LANGSUNG TIDAK RELEVAN, HANYA PERSEPSI SEMATA,… “TUNGGULAH PENGADILAN ALLAH DI MASHYAR KELAK, PENGADILAN MAHA ADIL” AKU MOHON BERLEPAS DIRI DARI FATNAH YA RABB…

  1. Kita kasi sumpahan pd beliau secara BERJEMAAH .. minta bliau dpt Pembalasan @ KETULAHAN secara CASH … aamiin

  2. Ya Allah lindungi la dsnr smoga segala urusan nya d permudah kn ….n tunjukkan ka kebenaran nya hnya engkau maha penyayang n maha adil n maha agong …..Aminnn

  3. Kita tunggu sumpah laknat akn memakan diri sesiapa yg bersubahat.. Allah maha melihat dn maha mengetahui.. bersabar dsnr kami rakyat selalu berdoa..

  4. Memalukan memualkan menjijikkan.dunia luar memerhatikan sistem perundangan Malaysia. Kerana nafsu iblis 1org tua.

  5. SAHHH…. BETUL/BENAR
    HAKIM HINGUSANNN….
    DIBYR.. DIARAH…. JADI…
    PAK SANGGOP… PAK TURUT… BONGOKKK…
    mandiii….

  6. mereka merancang .. Allahswt merancang ketahuilah perancangan Allahswt PASTI akan mengatasi .. sedih dan geram bila lihat kejahatan Dajjal Elit PH .. semoga mereka diazab didunia ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media