Anwar hirau teguran Agong, terus hasut rakyat dan Ahli Parlimen bantah Darurat

admin

 346,611 

 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa seramai 114 atau 115 Ahli Parlimen menolak usul darurat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan memberikan sokongan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Walaupun Agong telah menegur Anwar supaya berhenti menghasut rakyat membantah Darurat, Anwar solah-olah dilihat menghiraukan teguran Agong, terus-menerus memberikan penyataan bahawa Darurat adalah cara Muhyiddin menyelamatkan jawatan dan menghalang beliau untuk menjadi PM.

 


Beliau berkata, jumlah itu mencukupi dan meminta Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mempertimbangkan usul tersebut serta memanggil sidang Parlimen dengan segera.

 

Sekarang telah mencecah 114 atau 115 yang menolak usul PN. Jumlah lebih dari cukup.

 


“Jumlah setakat ini menolak pandangan PN perkara darurat, ditolak majoriti Ahli Parlimen yang turut menyokong saya menjadi PM,” katanya dalam bual bicara Minda Profesor Negara edisi bicara negarawan.

 

Rabu lalu, Anwar mempertahankan surat kepada Agong, memohon ihsan baginda untuk membenarkan Parlimen bersidang ketika darurat.

 


Sebelum ini, beliau menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usahanya merayu Agong, mengatakan Parlimen perlu bersidang segera untuk membahaskan isu darurat, Covid-19, dan kemelut ekonomi.

 

Dalam pada itu, Anwar berkata jumlah itu cukup untuk menolak usul darurat PN tetapi bergantung kepada ihsan Sultan Abdullah.

 


“Ini tidak boleh disangkal. Apakah jumlah itu cukup. Itu lebih dari mencukupi kerana ini dalam ruang yang terbuka yang lain itu seperti mana saya sebut saya hanya mampu menyampaikan kepada dan akan kemudian menyusuli dengan Agong dan tidak sebelumnya.

 

Bagi saya, kalau tanya saya sekarang jumlah mencukupi. Tapi kena tunggu ihsan dan budi bicara tuanku untuk mendapat makluman berikutnya,” katanya.

 

“Saya tak tahu apakah keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku maknanya yang komited betul mendokong darurat dan penggantungan Parlimen itu tak mungkin sampai 90 Ahli Parlimen ataupun jauh lebih kurang,” katanya.

 

Kerajaan atas persetujuan Agong mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan dengan berkesan.

 

Ia disusuli jaminan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa darurat bukan rampasan kuasa dan aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa, tetapi Parlimen serta semua Dewan Undangan Negeri (DUN) digantung sehingga tempoh berakhir.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media