Tok Mat dipilih sebulat suara sebagai calon PM Muafakat Nasional PRU-15

admin

 2,460,993 

 

Benarkah UMNO yang mempunyai 3.5 juta ahli ketandusan seorang pemimpin yang layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri, jika MN berjaya membentuk kerajaan dalam PRU-15 nanti?

 

Apakah pucuk pimpinan parti yang ada hari ini, yang dipilih dalam pemilihan UMNO selepas PRU-14 itu langsung tidak mempunyai kewibawaan untuk memimpin negara?

 


Berdasarkan tinjauan, pembacaan dan pemerhatian penulis menerusi media sosial, ternyata nama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan paling popular untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

 

Difahamkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, nama Tok Mat telah disenaraikan sebagai calon PM bagi Muafakat Nasional dan telah mendapat undian yang tertinggi berbanding calon-calon yang lain.

 


Tidak hairanlah apabila Tok Mat mengumumkan akan bertanding di Parlimen Rembau, bukan sahaja ahli-ahli UMNO di bahagian itu yang kegirangan tetapi juga disambut oleh para penyokong UMNO dan PAS di seluruh negara.

 

Malahan mereka yang berada di atas pagar juga menyambut baik keputusan tersebut, yang dianggap sebagai satu langkah permulaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu untuk menduduki Putrajaya.

 


Mohamad atau Tok Mat dilihat sebagai sosok pemimpin UMNO yang bersih, tidak terpalit dengan kes mahkamah, bersahaja, bijak mengatur kata dan petah berbicara.

 

Beliau juga dilihat sebagai sosok pemimpin yang mudah didekati, mesra dengan rakyat dan tidak gopoh selain tetapi setia dengan pemimpin atasannya.

 

Tok Mat telah membuktikan kewibawaannya apabila berjaya ‘menenangkan’ pemimpin, ahli-ahli dan para penyokong UMNO di semua peringkat selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 yang menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah UMNO menjadi pembangkang.

 


Peluang diberikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan untuk ‘berehat’ selama hampir setahun, meletakkan UMNO yang ketika itu umpama kapal yang kehilangan jurumudi dan hampir karam di bahu Tok Mat.

 

Namun dengan kewibawaan dan kepemimpinan Tok Mat, akhirnya UMNO dapat dipulihkan, hala tuju UMNO telah diatur semula, semangat ahli-ahli dan penyokong parti dipulihkan dan yang penting Tok Mat telah berjaya menyelamatkan parti dan menang pilihanraya kecil secara berturut-turut.

 

Dengan mengambil semangat bidalan “ayam tak berkokok hari tetap siang”, Tok Mat berjaya menyusun semula puing-puing UMNO yang runtuh, menampal lubang-lubang yang ditinggalkan dan menggerakkan semula parti yang hampir lumpuh.

 

Tahniah Tok Mat!

 


2 thoughts on “Tok Mat dipilih sebulat suara sebagai calon PM Muafakat Nasional PRU-15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media