Najib tubuhkan Team MAB untuk bantu mangsa banjir seluruh Malaysia

admin

 2,356,234 

 

DS Najib Razak mengambil inisiatif untuk menubuhkan kumpulan sukarela kebajikan yang dikenali sebagai Team “MAB” Malu Apa Bossku.

 

Team MAB dibiayai sepenuhnya oleh beliau sendiri demi mencontohi sikap ayahanda beliau Tun Razak, yang sangat suka bercampur dengan orang kampung dan sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

 


Difahamkan anggota kumpulan MAB bergerak aktif  dan dianggotai lebih daripada 60,000 pemuda seluruh Malaysia.

 

Di bawah merupakan ucapan DS Najib di FB beliau untuk berterima kasih kepada semua anggota Malu Apa Bossku yang telah terlibat dengan projek membantu mangsa banjir secara sukarela.

 


“Ramai mangsa banjir yang menghadapi kesusahan.

 

Perlukan bantuan makanan, bantuan tenaga memulihkan keadaan rumah setelah banjir.

 


Ada yang sudah berumur, tidak mampu.

 

Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan.

 


Mereka bersama-sama dalam misi membantu mangsa banjir.

 

Kita terus bantu rakyat.”

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media