Anwar tekad hadap Agong gesa hentikan Darurat, teruskan Sidang Parlimen

admin

 4,570,224 

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mengumumkan Pakatan Harapan (PH) bakal berjaya mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas mendapat majoriti yang cukup kukuh Ahli Dewan Rakyat.

 

Pengerusi PH itu berkata, beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada masa terdekat bagi menyampaikan hasrat pembangkang agar Darurat dihentikan dengan kadar segera dan Sidang Parlimen harus diteruskan.

 


Menurut Anwar, beliau yakin PH telah mendapat tempat di hati rakyat dan yakin kerajaan PN akan hancur dalam masa terdekat.

 

Tambah beliau lagi, dengan sokongan majoriti yang kukuh itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

 


“Muhyiddin sekarang sudah jatuh. Tidak lagi sebagai perdana menteri. Saya persilakan dia untuk bekerjasama dengan PH.

 

“Kalau dia bersedia, dia boleh berkhidmat dengan apa jawatan,” katanya.

 


Ditanya adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad ikut terlibat dengan perubahan kerajaan ini,

 

Anwar dengan lantang menjawab, “No” (tidak). Mahathir tidak ada.

 


Beliau juga memberitahu media, akan mempersembahkan jumlah kerusi yang diperolehinya kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong pada masa yang sama menggesa untuk Darurat dihentikan dan Sidang Parlimen harus diteruskan secepat yang mungkin.

 

Adakah anda rasa Anwar Ibrahim dan PH benar telah mendapat tempat di hati rakyat?

View Results

Loading ... Loading ...

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media