Najib dedah pernah ditawar RM20juta agar berhenti kritik kerajaan PN isu KWSP

admin

 1,370,320 

 

Najib Razak melalui akaun Facebook beliau mendedahkan bahawa beliau pernah disogok oleh pihak tertentu dengan wang ringgit RM20juta agar berhenti daripada kritik kerajaan Perikatan Nasional dalam isu KWSP dan moratorium.

 

Beliau tetap terus suarakan hak rakyat dan menolak sogokan wang ringgit RM20juta yang ditawarkan tersebut.

 

“diamlah jib”

 


“dah2 le jib”

 

“PN dah elok tu jib”

 

“ini masa covid jib, jgn salahkan PN”

 

Ada orang mahu saya duduk diam-diam.

 


Siap ada yang pernah tawar RM20juta.

 

Macam mana nak saya diamkan diri?

 

Isu KWSP. Isu Moratorium. Isu kebajikan rakyat. Isu pelaburan.

 


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelaburan demi pelaburan yang mencurah ke negara-negara jiran kita.

 

Kalau nak kata kerana Covid-19 kita tidak dapat pelaburan, bagaimana pula dengan Indonesia?

 

Indonesia tidak ada Covid-19?

 


Tesla, Google, Amazon telah mengumumkan pelaburan di sana.

 

Kita di sini hanya mampu bermegah-megah dengan pengumuman pelaburan Volkswagen, yang rupa-rupanya pelaburan dibawa masuk ketika saya Perdana Menteri.

 

Jika kita lihat juga sektor perdagangan dan jualan secara online (e-commerce), Indonesia juga mengatasi India.

 

Pasaran dan ekonomi Indonesia terus berkembang dengan usaha kerajaan Indonesia.

 

Apakah langkah yang kita sedang ambil? Tiada.

 

Apakah pelan ekonomi kita? Tiada.

 

Apakah usaha kita untuk membantu peniaga kecil dan sederhana mendapatkan pasaran yang lebih besar? Tiada.

 

Apakah halatuju dan dasar kita untuk ekonomi digital? Tiada.

 

Yang kita ada, hanya duduk dan tunggu.

 

Ya betul. Duduklah dan tunggulah.

 

Oh ada alasan boleh digunakan. “Salah Najib”

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media