Anwar diburu PDRM kerana hasut rakyat bantah Darurat yang ditetapkan Agong

admin

 4,642,434 

 

Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim serta individu yang terus menanam keraguan serta mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam mengekang penularan Covid-19.

 

Dalam kenyataan semalam, Anwar yang juga presiden PKR berkata beliau sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen supaya merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, membatalkan pelaksanaan darurat dan mempercepatkan persidangan Parlimen.

 


Dimaklumkan PDRM memanggil Anwar Ibrahim untuk memberikan penjelasan mengenai tindakan beliau yang menghasut semua Ahli Parlimen dan Rakyat untuk membantah keputusan YDP Agong mengenai Darurat yang dilaksanakan baru-baru ini.

 

Ketua Penerangannya Nazir Ramli berkata, ketua pembangkang itu sepatutnya dilihat sebagai tokoh negara yang rasional dan menolak matlamat peribadi dalam keadaan getir ini.

 


“Namun, sebaliknya berlaku, beliau memilih untuk menjadi batu api dan mengheret rakyat ke arah kegusaran.

 

Tanpa segan silu, beliau menjadikan keselamatan rakyat sebagai taruhan sekali lagi, demi mencapai cita-cita peribadinya,” katanya dalam kenyataan.

 


Beliau berkata, pungutan suara dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan disertai hampir 120,000 responden, menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan pelaksanaan darurat yang berkuat kuasa 12 Jan hingga 1 Ogos ini.

 

“Rakyat melihat ini sebagai suatu tindakan yang wajar, kerana kepentingan nyawa dan keselamatan itu lebih besar agendanya berbanding yang lain.

 


“Bukan mudah untuk rakyat menelan kepayahan ini, namun inilah hakikat yang perlu diakui bagi memastikan kestabilan yang lebih baik dalam tempoh yang mendatang.”

 

Katanya, semua pihak harus berhenti berpolemik dan bersatu hati dalam menyokong usaha kerajaan melandaikan lekuk jangkitan Covid-19.

 

“Malah kerajaan bersikap terbuka dengan mengajak wakil pembangkang untuk bersama dalam Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan atau menghentikan darurat,” katanya.

 

Beliau juga mempersoalkan tindakan Anwar yang mendesak supaya sidang Parlimen diadakan ketika perintah darurat.

 

“Setakat hari ini, sudah lima orang Ahli Parlimen dijangkiti Covid-19. Masih perlukah sidang Parlimen diadakan?

 

Dan apa muslihat Anwar mendesak persidangan Parlimen?

 

Untuk jatuhkan kerajaan melalui undi tidak percaya?

 

Tidak cukupkah kita dengan apa yang berlaku di Sabah selepas kerajaan dijatuhkan, dan seluruh rakyat terpaksa menanggung akibatnya?,” soalnya.

 


12 thoughts on “Anwar diburu PDRM kerana hasut rakyat bantah Darurat yang ditetapkan Agong

  1. Terserlah mutu seorang pemimpin yg rakus gila kuasa utk kepentingan diri, tanpa fikirkan keselamatan dan kebajikan rakyat ramai. Wajar di ambil tindakan kerana menghasut.

    1. Cukup cukup lah Anwar nak menyusakan rakyat.Duduk aje kat rumah diam diam.Insyallah kalau Allah izinkan dapat lah jawatan yang di idamkan sejak sekian lama tu. Banyak banyak lah buat bersabar Negara tengah bergelut lawan Cov19 Awak sibuk nakkan Parlimen bersidang apa hal……

    2. Ini kah wajah seorang pemimpin yg patut disanjungi oleh rakyat..???
      wajar kah beliau diberikan kepercayaan utk megendalikan negara dikala negara didalam musibah dgn ancaman wabak penyakit yg begitu merbahaya..???
      mengapakah beliau begitu angkuh disebabkan kerana ingin memiliki kuasa dn berani menderhaka pd titah YDPA…???
      oleh itu bangkitlah wahai rkyt bersama kite menolak pemimpin yg begitu rakus gilakan kuasa serta snggup menjadikan rkyt sbgai mangsa karier politik beliau…!!!

  2. ORG BUDU MANA LA YANG BUAT TAJUK DIBURU TU…DIE MELARIKAN DIRI KE BENHONG..NI LA PAYAHNYA BILA DPT KEJE KERANA ORANG DALAM..BUKAN KERANA KEAHLIAN DIRI..

    1. Ini kah wajah seorang pemimpin yg patut disanjungi oleh rakyat..???
      wajar kah beliau diberikan kepercayaan utk megendalikan negara dikala negara didalam musibah dgn ancaman wabak penyakit yg begitu merbahaya..???
      mengapakah beliau begitu angkuh disebabkan kerana ingin memiliki kuasa dn berani menderhaka pd titah YDPA…???
      oleh itu bangkitlah wahai rkyt bersama kite menolak pemimpin yg begitu rakus gilakan kuasa serta snggup menjadikan rkyt sbgai mangsa karier politik beliau…!!!

    2. Daruratpun tak kan sampai july. Mesti ada sbb lain ……., kena gentlemen sikit sbgi PM, kalau benar2 ada sokongan yg mantap di parlimen tak usah gusar.

  3. Tangkap semua sekutu politik yg hanya pentingkan diri sendiri demi.sesebuah jawatan tanpa menghirau nasib rakyat.rakyat perlu pembelaan bukan hasutan utk sesuatu jawatan.PDRM patut lebih tegas dalam hal ini

  4. Adakah beliau ada majoriti? Kenapa sering membuat kacau ketika rakyat dan negara terkesan akibat covid? Kami rakyat majoriti dah cukup meluat dgn perangai anwar dan gengs. Moga ada dijangkiti covic lepas ini.

  5. lagi lambat disumbat ke dalam penjara..begini lah perangai nya..diberi peluang bebas..dah lupa diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media