Tun Mahathir Tersenarai Sebagai ‘Ekstremist Paling Bahaya’ Di Dunia

admin

 45,659,781 

 

Sebut sahaja nama Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu antara figura yang disegani dan dikagumi ramai.

 

Bagaimanapun, lain jadinya di Amerika Syarikat apabila Tun Mahathir disenaraikan salah seorang ‘ekstremist paling merbahaya’ di dunia oleh Projek Kaunter Ekstremisme.

 


Projek Kaunter Ekstremisme merupakan sebuah badan NGO yang berpusat di New York yang mempunyai misi untuk menghapuskan aktiviti terroris di seluruh dunia.

 

Memetik laporan Coconuts, Tun Mahathir yang berusia 95 tahun itu berada di tangga ke-14 ekstremist paling berbahaya di dunia.

 


Antara pemimpin lain yang tersenarai adalah seperti Setiausaha Jeneral kumpulan pengganas Hizbullah, Hassan Nasrallah dari Lubnan dan sami Buddha Ashin Wirathu dari Myanmar.

 

Meskipun Tun Mahathir tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kegiatan pengganas, Tun M tersenarai kerana pendapat beliau yang seolah-olah menggalakkan sikap terrorisme.

 


Organisasi itu menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri tersenarai berikutan beberapa pendapatnya menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa.

 

Sebelum ini, kenyataan Mahathir mengenai insiden berlaku di Perancis yang menyatakan bahawa umat Islam memiliki “hak untuk marah dan membunuh” sekaligus mengundang kecaman di media sosial.

 


Selain itu, kenyataan Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 2019 menyentuh isu yang terjadi di Jammu dan Kashmir juga menyebabkan kontroversi dengan rakyat India sehingga trending tanda pagar #BoycottMalaysia.

 

Senarai yang dikeluarkan oleh organisasi itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia dimana ada yang mengatakan AS tidak habis-habis dengan ‘senarai’ mereka, individu yang menentang, mereka akan pastikan akan dipandang sebagai musuh.

 

Reference CounterExremism

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media