Ustaz Ebit berhasrat dirikan hospital khas untuk pesakit Covid-19

admin

 3,467,372 

 

Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sifat dermawan dan sering membantu golongan memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.

 

Beliau juga seorang usahawan yang memiliki beberapa cawangan pasar raya di sekitar Lembah Klang.

 


Baru-baru ini, pendakwah popular itu memuat naik sebuah posting berkongsi tentang pembukaan cawangan terbarunya di Danau Kota.

 

Pohon doakan yer. Esok pembukaan @elewsmart Danau Kota. Jumpa esok yer. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan beliau termasuklah personaliti televisyen Fedtri Yahya.

 

Fedtri meluahkan harapan agar suatu hari nanti Ebit dapat membuka hospital sendiri pula.

 


Bagi warganet, mereka menyifatkan Ebit adalah ‘hero’ apabila sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya terdapat kisah golongan daif yang menjadi tular di media sosial.

 

Dimaklumkan Ustaz Ebit Liew kini sedang berusaha mengumpul dana bagi mendirikan hospital khas untuk pesakit Covid-19.

 


Diharapkan cita-cita Ustaz Ebit untuk mewujudkan hospital Covid-19 berjaya dan dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh KKM pada masa kini.

 

Sesiapa yang ingin menderma, boleh pergi ke laman web official Ustaz Ebit Liew untuk maklumat lanjut.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media