Najib berjaya dapatkan sumbangan Qatar sebanyak RM1.2juta untuk rakyat

admin

 3,478,598 

 

Dato Seri Najib Razak dalam portal rasmi Facebook beliau memuatnaik gambar beliau bersama duta Qatar di Malaysia.

 

Pertemuan dengan Duta Qatar ke Malaysia, TYT Fahad bin Mohammed Kafood tengah hari ini.

 


Semoga hubungan antara Malaysia dan Qatar terus kukuh dan terjalin.

 

 


Dimaklumkan melalui pertemuan tersebut, Qatar memberikan sumbangan sebanyak RM1.2juta khas untuk diperuntukkan kepada mangsa banjir dan Covid-19 di Malaysia.

 

Duta Qatar TYT Fahad bersimpati dengan krisis banjir dan Covid-19 yang melanda di Malaysia dan berharap rakyat Malaysia bersabar terhadap ujian tersebut.

 


TYT Fahad berharap sumbangan yang diberikan tersebut dapat mengurangkan beban yang dialami oleh mangsa banjir dan dalam masa yang sama membantu pihak kerajaan dalam membendung wabak Covid-19 dari terus merebak.

 

 


TYT Fahad juga mengucapkan takziah kepada Dato Seri Najib atas pemergian ibunda tercinta, Tun Rahah pada 18 Disember yang lepas.

 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Najib kerana berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM1.2juta untuk rakyat Malaysia.

 


13 thoughts on “Najib berjaya dapatkan sumbangan Qatar sebanyak RM1.2juta untuk rakyat

  1. Terbaik bosku, terus berkhidmat untuk rakyat bukan demi jawatan dan kepentingan seperti ayahanda Tun Razak. Alhamdulillah.

  2. Hebat ds najib, mana abahcow. Diam je ke sebagai pm. Asyik2 ds najib je berjuang untuk rakyat. Ds najib yang suarakan isu kwsp, moratorium dan dapatkan dana utk negara, menteri2 lain mana. Makan gaji free je ke???

  3. Ketika tiada jawatan, DSN bleh dpt sumbangan 1.2 juta utk rakyat.
    Tak mustahil ketika jd PM DSN dpt sumbangan berbillion utk rakyat.

    1. Lawan boleh Lawan lah Pok Dek,tapi yg meneraju kerajaan Hari ini perlu lah lebeh perihatin lagi betapa kesusahan Rakyat Hari ini.

  4. Alhamdulillah terbaik DS, terus berjuang untuk rakyat. Ketokohan DS sentiasa dihormati oleh Pemimpin antarabangsa, terbaik bosku

  5. Masa sekarang bkn. Masa sesuai nk. Kukuh kn. Posisi. Stelah tempoh DARURAT telah dideclared. Jdi. Kita tengok Sepandai tupai melompat. Level rakyat Malaysia bila dh. Kena Ujian Allah Murung. X amik jln. Kuar. Balik pada landas Agama. Kita bnyak khilaf! Namun kita spiritual sngat lemah. Hingga pemerintah dok kotak – katik kita. Skrg. Sendiriler mahu ngat..

  6. Malu la yg ade jawatan tapi xde function..korang jd menteri ni utk mengisi masa lapang ke hape??Org yg xde jawatan bertungkus lumus carikan duit bantuan..korang baik resign je la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media