Harga emas bakal meningkat pada bulan Februari kerana Darurat di Amerika Syarikat

admin

 2,132,934 

 

Ada 2 perkembangan menarik berlaku hari ini.

 

Pertama:

 

President Trump mengistiharkan darurat untuk negeri Washington bermula hari ini sehingga 24 Januari 2021.

 


Ini berpunca daripada rusuhan yang dicetuskan oleh penyokong Trump. Mereka telah menceroboh ke dalam bangunan US Capitol Rabu minggu lepas.

 

Dalam insiden berkenaan 5 orang telah kehilangan nyawa.

 

Kemudian FBI memaklumkan bahawa ada ancaman serangan bersenjata akan berlaku ketika majlis angkat sumpah president Joe Biden.

 


Ancaman serangan bersenjata dan pencerobohan US Capitol mengakibatkan darurat diisytiharkan untuk negeri Washington DC.

 

Situasi kacau bilau dan tidak menentu menjadi faktor emas naik. Ini kerana pada waktu ini emas dilihat sebagai aset selamat.

 

Jika situasi kacau bilau berlarutan di US maka harga emas akan terus menaik.

 


Saya membayangkan jika serangan bersenjata berlaku besar-besaran di US maka kacau bilau yang luar biasa akan berlaku. US akan huru-hara.

 

Kita tidak tahu apakah tragedi yang akan berlaku mulai sekarang sehingga hari angkat sumpah Joe Biden pada 20/1/2021 nanti.

 

Jadi kita hanya boleh lihat dari jauh.

 


Kedua:

 

Kerajaan Malaysia turut mengumumkan perintah Darurat hari ini.

 

Namun ia disebabkan ancaman Covid-19. Kesan daripada pengumuman darurat ini, pasaran saham Malaysia jatuh dan nilai RM jatuh berbanding USD.

 

Bila nilai RM jatuh berbanding USD, maka secara tidak langsung harga emas akan meningkat.

 

Ini kerana harga emas dunia disebut dalam US Dollar.

 

Kelemahan dalam nilai Ringgit menyebabkan kita memerlukan lebih banyak ringgit untuk membeli USD.

 

Kedua dua insiden ini menyebabkan harga emas naik.

 

Jadi untuk pelabur dan penyimpan emas, 2021 saya lihat sebagai tahun dimana emas masih dalam trend menaik.

 

Masih ada faktor-faktor fundamental yang menyokong kenaikan harga emas.

 

Jadi, simpanlah emas dengan senyuman 😁

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media