Gaji minimum cleaner di Singapura lebih tinggi dari gaji Doktor di Malaysia

admin

 4,368,109 

 

Berapa gaji cleaner di Singapura sebenarnya?

 

Kerjaya sebagai cleaner atau pekerja pembersihan sering dipandang rendah masyarakat kerana adanya mentaliti mereka ini adalah kelompok yang tidak berpelajaran.

 


Walaupun kata-kata motivasi ‘semua manusia itu sama di sisi Tuhan, yang membezakannya cuma iman dan takwa’ acap kali diperdengarkan, namun ianya seakan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

 

Kerjaya menjadi kayu ukur kepada status diri dalam masyarakat sehinggakan nilai-nilai manusia semakin menipis dalam diri.

 


Mungkin kerana itu jugalah ada anak muda yang sanggup bekerja sebagai kuli di luar negara berbanding di negara sendiri.

 

Ambil contoh paling mudah, mengapa ramai rakyat Malaysia yang sanggup bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura namun bukan di negara sendiri yang dimonopoli warga asing?

 


Sebab utamanya adalah berkenaan dengan gaji.

 

Tahukah anda, gaji sebulan pekerja pembersihan atau cleaner di Singapura mampu mencecah RM5,000? Belum termasuk elaun dan pembayaran kerja lebih masa?

 


Hasil tinjauan kami, pekerja pembersihan secara sampingan di Singapura boleh menjana paling kurang $11.19 hingga $14.71  untuk satu jam, yang mana kalau ditukarkan kepada duit Ringgit Malaysia ianya antara RM34.04 hingga RM44.74/jam.

 

Gaji cleaner di Singapura adalah jauh lebih tinggi daripada gaji doktor di Malaysia.

 

Paling kurang di Singapura, rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pekerja pembersihan boleh menjana pendapatan antara $1,220 hingga $3,590 (RM3,711 hingga RM10,920) melihat kepada pengalaman dan kelayakan yang dimiliki.

 

Manakala di Malaysia pula, pekerja pembersihan boleh menjana antara RM1,250 hingga RM1,500 sebulan. Tapi ada juga syarikat yang menawarkan gaji kurang daripada RM1,200 sebulan.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media