Harga emas dijangka naik RM500 satu gram tahun 2021- Bank Dunia

admin

 2,147,483,647 

 

Melihat kepada keadaan pasaran emas dunia, Bank Dunia menjangkakan harga emas bakal naik secara mendadak pada tahun 2021 nanti.

 

Jom kita flashback apa yang berlaku pada pasaran emas sepanjang tahun 2019 dan 2020 ini.

 

Harga emas paling tinggi dicatat adalah pada harga $1556.92/auns yang bermula pada bulan Ogos membawa ke bulan September menjadikan ia tertinggi pada 2019. Manakala harga emas paling rendah dicatat adalah pada bulan April dengan harga $1266.18/auns.

 


Pada tahun 2020, pula harga emas menaik mendadak sehingga mencatat harga $2033/auns pada bulan Julai.

 

Jika anda lihat semula perjalanan pasaran emas sebelum ini, harga emas pernah mencatat nilai tertinggi pada tahun 2011 iaitu dengan nilai $1920.80/auns.

 

Namun, setelah itu harga emas terus turun dan turun hingga ke paras harga $1046.29/auns pada tahun 2015.

 

Nilai ini mungkin sedikit berbeza bagi setiap broker disebabkan kerana kewujudan spread yang diambil oleh broker.

 


Setelah sekian lama harga emas bermain dalam lingkungan harga $1100/auns ke $1300/auns sepanjang tempoh 6 tahun, akhirnya harga pasaran emas dunia berjaya naik semula ke paras harga yang pernah dicatat pada April tahun 2013.

 

Ini adalah salah satu faktor dari sudut teknikal analisis bahawa kenapa harga emas dunia akan naik semula.

 

Kerana pasaran emas berjaya memecahkan zon resistance yang belum berjaya dipecahkan sebelum ini. Jika harga emas berjaya memecahkan resistance harga $1600, maka harga emas akan naik lagi.

 


Perkara sama berlaku pada tahun 2020 apabila resistance harga $2000/auns berjaya dipecahkan kerana faktor kebimbangan akibat Covid-19.

 

Walaupun harga kembali menurun sedikit kerana pengumuman Vaccine untuk wabak Covid-19, namun harga emas akan kembali mengalami kenaikan secara mendadak sehingga mencapai RM 500/g berdasarkan kajian Bank Dunia.

 

Kenaikan harga emas ini berlaku kerana ketidaktentuan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun 2021.

 


Setakat ini, syarikat farmasi di setiap negara sedang bertanding untuk menghasilkan vaccine yang efektif.

 

Namun, masih tiada bukti kukuh untuk menyatakan bahawa Vaccine ini akan berjaya menghentikan wabak Covid-19 dari terus menular.

 

Menurut kajian, Vaccine Covid-19 akan hanya berupaya mengurangkan jumlah case baru Covid-19 buat beberapa bulan sahaja.

 

Virus Covid-19 akan mengalami mutasi terhadap vaccine tersebut dan hasilnya, kes Covid-19 akan meningkat secara mendadak pada tahun 2021 ditambah dengan tiada penjarakan sosial diamalkan kerana ramai yang yakin mereka kebal dari virus tersebut kerana vaccine.

 

Peningkatan kes Covid-19 secara mendadak pada tahun 2021 akan menyebabkan ramai pelabur membeli emas secara pukal untuk menyelamatkan kewangan mereka.

 

Hasilnya, harga emas akan meningkat sehingga mencapai 500/gram pada tahun 2021.

 

Berikut adalah faktor harga emas akan naik selain isu Covid-19?

 

  1. Krisis Ekonomi Dunia

 

  1. Peperangan

 

  1. Ketegangan Politik

 

  1. Matawang Amerika Jatuh

 

  1. Inflasi

 

Jika anda perasan, bermula dari bulan Mei hingga ke September 2019, harga emas berjaya sampai pada harga emas pada tahun 2013 adalah disebabkan pada waktu itu berlaku macam-macam perkara seperti berlaku serangan pada kapal tangki di Teluk Oman, perang perdagangan antara dua negara besar iaitu China dan Amerika, dan juga kadar faedah serta keadaan ekonomi Amerika yang melemah.

 

Pada tahun 2020, pemerintahan Donald Trump yang teruk menyebabkan pelabur kurang yakin dengan keadaan ekonomi negara tersebut ditambah dengan kadar inflasi yang meningkat secara tidak terkawal.

 

Penukaran jawatan Presiden kepada Joe Biden pula bakal menyumbang kepada peningkatan harga emas kerana prinsipnya yang ingin menetapkan agar separuh dari kekayaan dan aset negara itu disimpan dalam bentuk emas.

 

Disebabkan perkara seperti ini menyebabkan pelabur-pelabur mula lari kepada emas kerana emas lebih save haven bila matawang tak stabil.

 

Selain itu, tahukah anda tahun 2021 ini adalah tahun di mana emas akan naik semula disebabkan kerana krisis ekonomi dunia yang bakal berlaku?

 

Kitaran krisis ekonomi dunia yang berlaku 10 tahun sekali, walaupun sedikit terlewat untuk kitaran kali ini, namun kebanyakan pakar analisis menyatakan bahawa ia akan berlaku sepenuhnya pada tahun 2021 ini.

 

Sebelum ia berlaku, segala pasaran saham dan pasaran matawang akan terus naik tinggi hingga cecah satu paras tertinggi, dan selepas itu, krisis berlaku dan semua pasaran saham dan matawang akan jatuh.

 

Maka pada waktu itulah pasaran emas akan melompat tinggi sehingga RM 500/g.

 

Pada waktu itu ramai yang akan beralih kepada emas disebabkan kerana emas merupakan sumber bumi yang ‘save haven’.

 

Pada waktu ini pun sudah ramai yang cakna dengan pelaburan emas fizikal dan ada yang sudah mula membeli emas tidak kira perhiasan atau berbentuk bar dan syiling untuk simpanan mereka akan datang.

 

Sudah tentu bagi pelabur emas tahun 2021 ini adalah masa keemasan mereka untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan mereka.

 

Setelah sekian lama mereka membeli dan menyimpan emas, setelah harga emas turun, dan kini bakal memuncak semula.

 

Terpulang pada pelabur itu sendiri sama ada ingin menjual emasnya semula pada tahun 2021 ini, iaitu ketika harga emas mencanak naik, atau terus menyimpan untuk 10 tahun yang akan datang pula.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media