Menara Merdeka 118, menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa bakal siap 2021

admin

 1,235,486 

 

KUALA LUMPUR: Pembangunan Fasa 1 dan 2 presint berprestij Merdeka 118 Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan kerjasama Aneka Jaringan Holdings Berhad dijangka siap menjelang suku akhir 2021.

 

Pembangunan menara ikonik ini dibiayai oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), anak syarikat milik penuh PNB.

 


 

“Kami kini berada di Fasa 1 pembangunan yang melibatkan menara Merdeka 118 dan infrastruktur sekitarnya. Struktur teras konkrit kami telah mencapai puncaknya di Tingkat 118 dan elemen utama (facade) menara kami telahpun mencecah tingkat 82.

 

Pembinaan asas Menara Merdeka ini diusahakan oleh Aneka Jaringan Holdings Berhad, antara syarikat utama dalam dunia untuk pembinaan asas infrastruktur sesebuah menara.

 

“Dijangkakan kepingan tebal (slab) bahagian lantai tingkat 118 akan siap pada akhir 2020.

 


“Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis ‘topping out’ untuk memperingati menara Merdeka 118 mencapai puncaknya yang setinggi 118 tingkat, bangunan tertinggi di Malaysia dan menara kedua tertinggi di dunia,” katanya.

 

 

Infrastruktur sekitarnya merangkumi sambungan langsung bermula dari Jalan Istana terus ke ruang bawah tanah pembangunan; akses pejalan kaki yang dihubungkan ke pusat bandar Bukit Bintang; penambahbaikan jalan seluas 106,000 meter persegi; terowong baharu yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) 3; dan jejantas baharu sepanjang 800 meter.

 


Merdeka 118 yang akan memperlihatkan penyatuan luar biasa antara seni bina bersejarah dan kontemporari di Kuala Lumpur, tidak hanya menampilkan menara yang menghadap dua mercu tanda negara Malaysia – Stadium Negara dan Stadium Merdeka, lokasi kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957, tetapi juga komponen lain.

 

 


Secara keseluruhan, ia akan turut merangkumi Park Hyatt Kuala Lumpur; dek pemerhatian; pusat beli-belah; Merdeka Boulevard @ 118 – Taman Linear seluas empat ekar dan ruang awam terbuka; Look @ 118 – kafe dengan pemandangan ‘Instagrammable’; Merdeka Residences; pusat jagaan kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun; dan sebuah masjid di presint yang dapat menampung sehingga 3,000 orang.

 

Sebaik sahaja siap, Merdeka 118 juga akan menjadi bangunan pertama di Malaysia yang berjaya memenuhi tiga akreditasi bangunan platinum hijau di peringkat tempatan dan antarabangsa, iaitu Indeks Bangunan Hijau (GBI), Hartanah Hijau (GreenRE) dan Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED).

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media