Najib bongkarkan Tabung Haji kerugian RM9.95 billion masa pemerintahan PH

admin

 23,461,734 

 

Korang tentu ingat tuduhan rejim Gagalkrasi PH yang kata BN jahanamkan Tabung Haji sebab kita buat kerja jahat dengan terlebih bayar Hibah sebanyak RM4.1 bilion kepada pendeposit.

 

Sebelum dan selepas PRU14, PH buat macam-macam tuduhan terhadap BN.

 

Kata kita songlap duit Tabung Haji, palsukan akaun dan macam-macam.

 


Tapi sehingga kini seorang pemimpin BN atau juruaudit tidak pernah didakwa dalam mahkamah atas tuduhan-tuduhan PH itu.

 

Sekarang, saya nak bongkar apa yang berlaku selepas itu.

 

Selepas PH ambil alih kerajaan pada PRU14, ekonomi menjunam, pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia dan rata-rata aset Tabung Haji dijual (oh sorry.. “pindah milik”) pada masa nilai aset rendah.

 


Bukan itu sahaja. Propaganda PH bahawa TH dalam bahaya dan bakal bankrap lagi menjahanamkan TH sehingga ramai pendeposit keluarkan duit dari TH dan memaksa TH menjual lagi aset.

 

Akibatnya TH sebenarnya rugi teruk pada tahun 2018 dan 2019.

 

Sebenarnya, hibah 1.25% tahun 2018 iaitu paling rendah dalam sejarah pun tidak patut dibayar.

 


Untuk menyorok kerugian besar ini, kerajaan PH mewujudkan sebuah syarikat SPV yang diberi nama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) di bawah Kementerian Kewangan.

 

Lalu, aset bernilai RM20 bilion dijual TH kepada UJSB.

 

Selepas dijual,  UJSB mencatat kerugian bersih RM9.95 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 14 Disember 2018 sehingga 31 Disember tahun lalu.

 

Ya.. kerugian hampir RM10 bilion dalam masa setahun sahaja.

 

Ini bermakna kerugian RM10 bilion bagi tahun 2019 untuk Tabung Haji dipindah ke UJSB supaya USJB umum kerugian tetapi TH tidak rugi.

 


Jika PH tuduh kita jahanamkan TH dengan terlebih bayar RM4.1 bilion hiba kepada pendeposit, bagaimana pula dengan kerugian RM10 bilion dalam masa setahun sahaja yang wang entah hilang ke mana?

 

Satu sen daripada kerugian RM10 bilion ini pun tidak mengalir kepada mana-mana pendeposit TH.

 

Saya rasa ianya lebih baik untuk kerajaan PN teruskan RCI yang dijanji PH dahulu.

 

Biar seluruh umat Islam di negara faham bagaimana PH telah jahanamkan TH.

 

Biarlah kebenaran ini masuk dalam buku sejarah.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media