Bajet 2021 Malaysia antara yang terbaik di dunia untuk hadapi krisis ekonomi Covid-19

admin

 32,143,272 

 

Kuala Lumpur: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini dengan sokongan majoriti ahli Parlimen.

 

Belanjawan 2021 yang pertama dibentang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan dengan sebulat suara manakala kurang 15 ahli Parlimen tidak bersetuju.

 


Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu dan seramai 82 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 hingga 19 November.

 

Menteri berkenaan mula menggulung pada 23 November sebelum Tengku Zafrul menggulung bagi pihak Kementerian Kewangan hari ini kira-kira sejam diikuti dengan pengundian untuk meluluskan Belanjawan itu.

 

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

 


Dalam sesi penggulungan itu, Tengku Zafrul berkata, selama dua minggu perbahasan RUU Perbekalan 2021 jelas sekali ada beberapa isu yang mendapat perhatian ahli Dewan Rakyat.

 

“Secara amnya, isu yang berkisar merentasi tiga kategori utama iaitu bantuan yang menambah aliran tunai rakyat dan perniagaan, bantuan kewangan langsung dan mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.

 


“Dalam bahasa mudahnya, kerajaan faham rakyat inginkan wang dalam poket untuk hidup, untuk ‘survive’ dan perbelanjaan keluarga dan anak, membantu dengan hutang dan kos hidup serta peluang kerja supaya mereka dapat menjana pendapatan dan kehidupan yang lebih bermaruah,” katanya.

 

Menurutnya, beliau mengajak ahli Dewan renungkan betapa hari ini semua berada dalam satu persimpangan yang genting dan tersorong seadanya ke pentas sejarah.

 

Di atas pentas ini kita sedang disaksikan rakyat Malaysia, juga tertampak pada kacamata dunia di luar sana, pengamat politik dan penganalisa pelaburan yang teliti memerhati apakah keputusan yang akan dibuat ahli Dewan Rakyat Malaysia pada detik ini.

 


“Saya katakan di sini, daripada hasil tangan kerajaan adalah Belanjawan Negara 2021 yang dirangka dengan penuh berhati-hati dan rapi manakala di tangan ahli Dewan pula diberi satu kunci yang boleh menzahirkan segala manfaat yang termaktub dalam belanjawan ini,” katanya.

 

Bank Dunia juga turut menyenaraikan Bajet Belanjawan 2021 Malaysia antara perancangan ekonomi terbaik di dunia untuk menghadapi krisis ekonomi akibat wabak Covid-19.

 

Tahniah Tengku Zafrul dan semua Ahli Parlimen yang telah bersama-sama memberikan buah fikiran untuk menghasilkan Bajet Belanjawan 2021 yang sangat efektif dan menyeluruh dalam melawan krisis ekonomi akibat Covid-19.

 


One thought on “Bajet 2021 Malaysia antara yang terbaik di dunia untuk hadapi krisis ekonomi Covid-19

  1. Belajawan yg terbaik didunia.terima kasih kpd kerajaan PN.dan ahli parlimen yg menyokong pembentangan bajek 2021.kerajaan prihatin rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media