Kes baru Covid-19 kembali 4 digit, Dr Noor Hisham kelihatan penat dan sebak

admin

 2,353,777 

 

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Kes positif Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan 1,290 kes baharu, dengan empat kematian direkodkan, melibatkan kluster sedia ada.

 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, negeri Sabah mencatatkan kes positif tertinggi diikuti Selangor, masing-masing mencatatkan 660 kes dan 407 kes.

 


“Pelaporan kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada kluster-kluster berkaitan Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara (250 kes).

 

“Manakala peningkatan kes di Selangor pula berpunca daripada Kluster Teratai (245 kes) dan sebuah kluster baharu pada hari ini iaitu Kluster Kapas BJ (55 kes).

 


Kedua-dua kluster itu adalah kluster berkaitan tempat kerja yang melibatkan bukan warganegara,” katanya.

 

Menurutnya jumlah bilangan kes sembuh Covid-19 adalah 878 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 38,132 kes iaitu 73.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 


Sementara itu Dr Noor Hisham berkata empat kluster baharu telah dikenal pasti iaitu kluster Kapas BJ di Selangor, kluster Prestij di Kuala Lumpur, kluster Bah Chiam di Perak dan kluster Kaimbang di Johor, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 165 kluster.

 

“Daripada jumlah itu sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes.

 


Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (245 kes), Kluster Penjara Sandakan (215 kes), dan Kluster Kapas BJ (55 kes),” katanya.

 

Sementara itu enam kluster telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Umboo, Kluster Bah Mutiara, Kluster Khazanah, Kluster Jalan Pantai, Kluster Bah Bangat dan Kluster Bah Kasturi, menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 154 kluster

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media