Najib tegur CEO KWSP supaya fikir pasal penderitaan hidup rakyat

admin

 444,161 

 

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar melihat tuntutan rakyat supaya pengeluaran akaun 1 diperluaskan sebagai beban yang akan menjejaskan pelaburannya, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

 

Saya tak setuju pandangan CEO KWSP (Tunku Alizakri Alias), kalau kita benarkan pengeluaran RM10,000 dari akaun 1 secara pukal, peluang pelaburan KWSP akan terjejas.

 


Ini keadaan darurat, keadaan kritikal. Ini soal hidup rakyat bukan lagi perihal pelaburan,” katanya dalam program Sinar Live bertajuk “Apa Kisah Belanjawan 2021” malam ini.

 

Beliau yang juga bekas menteri kewangan berkata, tuntutan diperjuangkannya sejak awal sebelum pembentangan Belanjawan 2021 itu tidak akan menjejaskan kelangsungan operasi KWSP dan yakin Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memahami keperitan hidup rakyat ketika ini.

 


“Saya tak puas hati tapi saya nak beri masa lagi kepada kerajaan dan menteri kewangan untuk lihat perkara ini. Saya rasa menteri kewangan faham tuntutan rakyat tapi pengurusan KWSP ini agak masih mempertahankan kedudukannya.

 

Ini tuntutan rakyat. Kalau saya menteri kewangan, saya bagi kata dua. Keluarkan arahan, kalau tak buat dia (Tunku Alizakri) kena berhenti (letak jawatan),” katanya.

 


Katanya, dalam kes darurat seperti ini Bank Negara Malaysia boleh membantu KWSP dengan membeli bon milik KWSP, yang mana ia boleh disimpan atau dijual semula kepada pihak ke-3.

 

“Saya sarankan, bukanlah boleh mendatangkan kemudaratan kepada KWSP. Benda boleh dilakukan melalui ulasan saya sebelum ini. Ibarat orang lemas dia nak guna pelampung. Pelampung tu pula dia punya, bukan orang lain punya,” katanya.

 

Najib berkata, dengan membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun 1 akan berlaku suntikan kewangan dalam sistem ekonomi negara.

 


Permintaan domestik akan bertambah dan ekonomi berputar lebih rancak. Ini bukan satu tuntutan populis tetapi soal kelangsungan rakyat,” katanya.

 

KWSP sebelum ini mengumumkan kemudahan akses simpanan persaraan akaun 1, i-Sinar yang memberi manfaat kepada 2 juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan.

 

Syarat ketat menyebabkan tindakan KWSP itu dikritik dan ditolak beberapa pemimpin antaranya Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

 


18 thoughts on “Najib tegur CEO KWSP supaya fikir pasal penderitaan hidup rakyat

    1. SALAM KENAI.DARI SAYA.MAMI EFFA.URUTAN TRADISIONAL MELAYU KAMPUNG/URUT BIDAN.SEJAK PKP LAGI URUTAN TERJEJAS.BILA MANA PKPB LAGI2 LAH SY TAKUT URUT ORG N ORG PUN TAKUT NAK MAI URUT.SY DOK RELAU.BAYAN LEPAS PENANG.
      COV 19 LEBIH KURANG HEBAT JUGA KWSAN SY INI.SAYA MOHON PD PIHAK KERAJAAN AGAR BOLEH KLRKAN ACC 1 SEPERTI I-LESTARI TANPA KIRA ORG YG TAJ DAK KEJA SAJA..MACAM SAYA INI BAGAIMANA.ACC 1 SY PUN DAH XCAROM STAT BERENTI KILANG INTEL 2000 LG.ADA DLM 16K..JIKA DIBENARKAN SY KLRKAN 10K/5K ONE SHOT,SYUKUR SANGAT.BOLEH LUNAS SEWA RMH TERTUNGGAK.BERBULAB DGN TN RMH..TN RMH BERBANGSA CINA TP SYUKUR DIA BLH PAHAM.TP SY PUN KENA PIKIAQ TTG DIA JUGA..DAH SANGKUT STAT BULAN 3 SAMPAI KE BULAN 11 NI,DOK BYR SIKIT SIKIT.SEBULAN RM800.
      ANK LAKI KEJA KILANG BARU 1050 SEBULAN.DIA BG DT BELANJA RMH 200 SEBLN.BKN XBANTU TP MAKLUM SJLAH DIA JG KENA PAKAI GUNA UTK PI KEJA.MYK MTR KEROSAKN MTR.DAN DOK SAMBIL AMBK KOS PSI KEJA DIA.DOK POTONG DUET GJ DIA LAGI.SY DGN ANK 9TAHUN,ADIK DIA LAGI…BILA MANA URUT SY TELAH JEM.SY JD TEKANAN YA AMAT..SY MERAYU/SERTA MEMOHON AGAR PIHAK KERAJAAN,BAGI LAH SAPA SAJA BLH KLR DT KWSP MSG2 CARA AUTOMATIK MCM I-LESTARI TU..URUT SY BETOI2 XBOLEH BUAT.
      SY AMAT BERHARAP ABAH TOLONGLAH PERTIMBANGKAN BG SY SEBAGAI URUT BIDAN KG YG SEMEMANGNYA HILANG PENDAPATAN LANSUNG..BUKAN OLOK OLOK…SEKIAN HARAP MAKLUM..MAMI EFFA

  1. Setuju dengan bosku, sekarang bukan masa fikir pasal untung Masa depan. Rakyat tengah menderita sekarang. Takkan nak biar rakyat mati kelaparan Baru nak tolong.

  2. Klau psal duit sokong Najib…Klau Tak berkepok2 kutuk Najib…..penyamunlah perompak lah…mkn duit rakyat…semua ade…..tak fikir plak Klau negara muflis…korang nk jadi Bangla atau Indon kot…….

    1. Bagang ko kenapa KWSP tu hak kami la duit kami ,memang patut la dia suarakan kan dah PM pun senyap macam batu .takaan tunggu kerajaan lingkup duit KWSP dah lesap baru nak keluar kan ,ko x nak keluar lantak ko gi duduk dalam gua

    1. Tukar ja ceo mcm ni….ni duit kami senang2 ja ko nak untung….gaji ko guna duit kami tu tk cukup lg ka….sekarang kami serba kekurangan ni bos ku….ot tkda alaun potong…mcmna nasip kami ni bos ku….utang tk berkurangan tapi gaji kami yg kurang ni bos ku….

    1. Klu Rasa beban nak klrkn duit kwsp rakyat. Lbh baik CEO kwsp letak jwtan. Rata2 rakyat ramai y terjejas. Ada y berkerja lbh Dr 1-3tahun tanpa caruman. Klu kwsp luluskan pengeluaran Akaun 1, sekurng2nya bolehlah rakyat gunakn utk membyr bil2 tertunggak Dan memulakan perniagaan kecil2an.

    2. Btul tu dia ingat aset kwsp tu jabatan dia punya, sedarlah tu duit rakyat( pencarum) punya, cuma urus tadbir kmdian buat untung, sbghian bg blk dg lm bntuk dividen, contoh untung 100juta bg kt pncarum 80juta, lbhan 20 juta untung atas angin, kmdian dlm 80juta tuk bhgian pncarum declare diven cuma 6%,boleh tolak lg 4.8 juta tuk byran pngurusan bki lbh krng 75.2 juta tulah di byr pada pncarum ikut kadar simpanan, jd sbnrnya merka kluar apa2 pun, berniaga duit atas duit kita punya, bla nk kluar syarat mcm nk pinjam bnk, bnk takpalah sbb kita pinjam bkn duit kita, bimbang tak boleh byr blk, apalah tak leh nk fikir ke

  3. Aku sokong bukan pasal najib tapi sebab idea kwsp akaun 1 ni, idea aku yang mula mula suruh paksa keluar kemudian di tiru oleh Najib. Boleh lihat kebanyakan post aku pada forum forum besar sebelum Najib sebut pasal akaun 1 ni.

  4. Saya adalah di kalangan B40 sebab gaji saya di bawah RM3,000, 10% 50% untuk anak-anak,belanja dapur, 20-30% utilities 30% untuk membayar hutang kereta, pinjam peribadi dari gaji diberikan kepada KWSP untuk Simpanan, selama 20tahun, Saya amat percaya KWSP untuk menjaga pelaburan Saya, tapi pada hari ini Saya perlukan wang tambahan untuk menampung kehidupan seisi Keluarga, sy tidak pasti disebabkan Aura COVID-19 betul2 mengubah hidup Saya dan seluruh rakyat Malaysia. Di Mana kegunaan duit amat diperlukan hinggakan gadaian emas pun dibuat, tetapi mampu menarik nafas kembali selepas cadangan Bosku, sekali keputusan blanjawan memberikan RM500 sebulan sy terfikir untuk memulakan sesuatu perkara contohnya business kecil kecilan dengan nilai RM 500 mencukupi atau tidak. Untuk tambahan kena tungu bulan seterusnya, bagi yang suda diberhentikan kerja tapi yang masih berkerja pun masih memerlukan duit mereka dlm KWSP,
    Saya cadangan Bosku cadangan 1 lagi tpt pelaburan selain dari KWSP yang lebih membantu rakyat dalam memainkan Simpanan mereka untuk lebih banyak.

    1. Kami peniaga kecik terasa terbeban sejak pkp….pengeluaran akaun 1 sikit sebanyak dapat menyuntik semula modal untuk perniagaan mampu bertahan…

  5. Betul tu tuan,sepatutnya rakyat yg didahulukan kerana rakyat lah yg melantik mereka mendapat kuasa dan diterjemahkan dgn memberi bantuan pada rakyat pada masa² memerlukan seperti waktu sekarang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media