Menteri Kewangan gagal faham kesusahan rakyat, Shahrir mengaku dasar BN lebih baik

admin

 3,478,294 

 

KUALA LUMPUR, 17 Nov — Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendakwa agak sukar Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memahami kesusahan dihadapi rakyat.

 

Jelas Shahrir, latar belakang Tengku Zafrul sebagai ahli korporat sebelum ini menyebabkan wujud jurang antara dirinya dan rakyat yang mempunyai pelbagai latar belakang.

 


Sukar juga Menteri Kewangan hendak faham. Maklumlah bank hanya suka mereka yang berduit dan tidak minat dengan orang susah,” katanya di media sosial, hari ini.

 

Terdahulu, Shahrir mendakwa Tengku Zafrul telah mengunjungi salah seorang bekas Menteri Kewangan bagi mendapatkan pandangan mengenai hal ehwal pentadbiran kewangan negara.

 


Bagaimanapun, Shahrir tidak menamakan bekas Menteri Kewangan ditemui Tengku Zafrul sambil berseloroh menafikan individu dimaksudkan adalah Lim Guan Eng.

 

“Hendak mengubah cara berfikir atau ‘mindset’ seorang banker kepada seorang menteri, dengar cerita kena mengunjung seorang mantan Menteri Kewangan minta kefahaman.

 

“Tetapi bukan LGE (Lim Guan Eng) ya, kerana dia lagi tidak faham,” katanya lagi.

 


Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang mengulas kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan lebih ramai pencarum membuat pengeluaran dari Akaun 1.

 

Katanya, kerajaan pada hari ini berdepan kesukaran memandangkan menteri yang bertanggungjawab tidak memahami kesusahan dihadapi rakyat.

 

Ujar Shahrir, hanya Barisan Nasional (BN) yang memahami kehendak rakyat selain lebih tuntas membantu mereka yang memerlukan.

 


“Hendak tanya abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) atau Pak Cik (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sebagai menteri kanan ekonomi pun, mereka pun kelam-kabut dan susah hendak faham kehendak rakyat.

 

“Wawasan Kemakmuran Bersamalah! Kemewahan yang dikongsi bersamalah! Macam-macam saja!

 

“Kena tunggu juga BN kembali dengan fikiran ekonomi yang pro-rakyat dan progresif,” katanya.

 

Mungkin DS Najib Razak perlu dilantik sebagai Menteri Kewangan menggantikan Tengku Zafrul

 


One thought on “Menteri Kewangan gagal faham kesusahan rakyat, Shahrir mengaku dasar BN lebih baik

  1. Sudah tiba masanya org yg lebih arif dlm bidang ekonomi dan kewangan negara dilantik sebagai penasihat kewangan dan ekonomi negara..org tersebut x lain drpd Dato Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak Putra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media