Najib beri amaran kepada KWSP supaya longgarkan syarat keluar dana KWSP

admin

 8,711,373 

 

Najib memberikan amaran kepada KWSP bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan syarat yang begitu ketat ditetapkan oleh badan tersebut untuk pencarum mengeluarkan wang simpanan dana KWSP mereka.

 

Berikut dipetik dari lama sosial Facebook DS Najib Razak;

 

Kepada pemerintah:

 

Jelas kelihatan bahawa kebanyakan Rakyat masih kurang puas hati dengan skim pengeluaran bersyarat akaun 1 KWSP i-Sinar yang diumumkan semalam.

 


Rakyat yang tertekan akibat Covid mahu pengeluaran lump-sum secara terhad dari akaun 1 KWSP mereka tanpa apa-apa syarat.

 

Tanpa mengambil kira sama ada mereka kehilangan kerja, pendapatan berkurang walaupun tidak kehilangan kerja, bekerja tetapi mahu mengeluarkan duit untuk membantu rumah tangga dalam menghadapi krisis Covid.

 


Pencarum KWSP mahu tentukan sendiri jika mereka perlu mengeluarkan duit dari akaun 1 KWSP atau tidak tanpa apa-apa syarat sebab mereka berpendapat bahawa ianya duit mereka dan biarkan mereka tentukan sendiri.

 

Selain menyelesaikan pelbagai kekangan kewangan sementara yang menghantui mereka setiap hari pada masa krisis ini, mereka juga percaya duit yang mereka keluarkan mampu merancakkan ekonomi tempatan apabila dibelanjakan atau dibayar.

 


Ramai yang sudah marah sebab pelbagai alasan serta syarat tetap dikenakan oleh KWSP.

 

Betul atau tidak?

 


Mohon KWSP dan kerajaan pertimbangkan kehendak dan keperluan Rakyat.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media