Najib fokus isu moratorium setelah desakan keluar RM10k KWSP berjaya

admin

 3,430,842 

 

 

Setelah segala alasan KWSP dijawab oleh DS Najib dengan jawapan yang bernas, akhirnya KWSP bersetuju luluskan pengeluaran one-off RM10 000.

 

Menurut DS Najib Razak, beliau bersyukur segala luahan dan usaha beliau untuk memperjuangkan hak rakyat akhirnya membuahkan hasil.

 


Namun, menurut beliau badan KWSP hendaklah bertoleransi dan tidak mengenakan syarat yang begitu ketat untuk memilih individu yang layak mengeluarkan one-off dana KWSP tersebut.

 

Tambah beliau lagi, setiap individu yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19 berhak mengeluarkan dana KWSP mereka sendiri.

 

Sekarang, kita akan fokus dan memperjuangkan isu lanjutan moratorium pula” tambah beliau.

 


 

Akhirnya bukan susah pun. KWSP baru umum:

 

1. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM4k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah.
Baki RM5k (menjadi jumlah keseluruhan pengeluaran RM9k) dibayar secara ansuran bulanan.

 

2. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM10k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke atas.
Jumlah pengeluaran dibenarkan ialah 10% daripada akaun 1 (sehingga RM60k) dan dibayar secara ansuran bulanan.

 


Tapi kebimbangan saya ialah jumlah ahli yang layak dianggarkan sebanyak 2 juta orang sahaja berbanding 4.7 juta orang bagi skim I-lestari.

 

Mungkin perlu sedikit pencerahan bagi isu ini sebab syarat hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

 


Bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan bulanan yang telah turun tetapi tidak hilang kerja?

 

Sekarang kita tunggu keputusan bagi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media