Najib jelaskan alasan KWSP tak benarkan keluar one-off RM10k mengarut

admin

 1,427,175 

Banyak yang tak betul dengan penerangan KWSP yang bandingkan pengeluaran KWSP dengan pengeluaran skim persaraan Superannuation atau “Super” negara Australia bagi mereka yang terdesak untuk Covid.

1. Skim “Super” Australia bukan dikendalikan oleh sebuah badan kerajaan seperti KWSP. Seperti Amerika Syarikat, pencarum Australia kena pilih skim mana dari pilihan berpuluh skim swasta yang mereka mahu mencarum.

Sebab itu, kerajaan Australia tidak boleh lakukan apa yang saya sarankan – iaitu kerajaan Malaysia memberi projek lumayan kepada KWSP dan menukar struktur dividen kepada sistem berperingkat (multi-tier) supaya pencarum yang ada baki simpanan rendah boleh dipulihkan dengan lebih laju.

 


2. Skim pengeluaran Australia bukan hanya terhad kepada mereka yang sudah hilang kerja seperti diterangkan KWSP. Malah, syarat untuk mengeluarkan duit adalah lebih longgar. Cuma perlu beritahu bahawa pendapatan mereka sudah berkurang 20% akibat Covid.

 

Syarat-syaratnya ada di laman rasmi kerajaan Australia ini:


3. Biarpun gaji Australia lebih tinggi berbanding gaji di Malaysia dan AUS$10,000 tidak boleh dibandingkan dengan RM10,000, tapi saya percaya kebanyakan pencarum Australia juga tak kisah jika pendapatan mereka selepas bersara berkurang A$41 sebulan sebagaimana pencarum Malaysia tak kisah dengan berkurangnya RM41 sebulan selepas mereka bersara jika mereka amat perlu wang lump-sum pada masa krisis Covid ini.

Lagipun, tiada sesiapa yang kata wang yang dikeluarkan hari ini tidak boleh ditambah balik oleh pencarum selepas krisis Covid berakhir.
(KWSP juga perlu memperbetulkan grafik mereka yang kata pencarum Australia dengan gaji AUS$6,000 sebulan mampu gantikan pengeluaran AUS$10,000 dalam masa setengah bulan sahaja. Setengah tahun kot?)

 


4. Skim i-Lestari juga tidak boleh dibandingkan dengan skim pengeluaran Australia sebab:

a) Skim i-Lestari cuma untuk akaun 2 KWSP yang hanya ada 20% daripada jumlah simpanan setiap pencarum (akaun 1 ada 70%) manakala skim Australia membenarkan pengeluaran AUS$10,000 daripada seluruh simpanan.

b) Skim Australia membayar lump-sum secara one-off. Bukan berdikit-dikit setiap bulan seperti skim i-Lestari dan i-Sinar KWSP. Pengeluaran “lump-sum” inilah yang paling diperlukan oleh pencarum Malaysia yang terdesak.

 


5. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah melonggarkan syarat untuk pengeluaran skim persaraan mereka sebagai usaha melawan Covid.

“USA: Coronavirus-related relief for retirement plans”

“UK:Surge in withdrawals from pension pots amid COVID-19 raises concerns”

Negara-negara membangun seperti Peru dan Chile juga telah melaksanakan skim pengeluaran Covid yang sama.

“After private pensions, Peru’s congress turns to public funds for COVID-19 relief”

“New law allows Chileans to withdraw up to 10 percent of their retirement savings, as economy takes hit.”

 

Adakah KWSP juga akan membuat perbandingan dengan skim-skim pengeluaran wang persaraan untuk 4 negara di atas?

Posting FB Kementerian Kewangan Malaysia

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media