Najib berjuang membela rakyat isu KWSP RM10k dan Moratorium

admin

 45,753,503 

 

DS Najib merupakan harapan rakyat supaya Belanjawan 2021 dipinda agar pengeluaran KWSP secara one-off RM10000 dan lanjutan moratorium selama 6 bulan yang dicadangkan beliau sendiri diluluskan.

 

Kedua-dua cadangan bernas itu telah mendapat sokongan dari majoriti rakyat Malaysia kerana ia secara efektif dapat mengurangkan beban rakyat yang menderita akibat ketidaktentuan ekonomi dalam era Covid-19 ini.

 


RESPON DS Najib melalui FB beliau apabila kerajaan tidak meluluskan pengeluaran one-off RM10000, sebaliknya umumkan hanya RM500/sebulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan sahaja.

 

“Kenapa terdesak untuk umumkan sesuatu yang tidak memenuhi keperluan?

 

Kenapa nak teruskan dengan had pengeluaran RM500 sebulan hanya untuk mereka yang kehilangan kerja sahaja jika ianya tidak memenuhi keperluan dan kehendak ramai?
Adakah hanya 600,000 warga Malaysia yang hilang kerja perlu dibantu?

 

Bagaimana pula dengan mereka yang tak hilang kerja tetapi pendapatan bulanan mereka turun mendadak sebab OT, elaun, point servis, komisyen dan sebagainya dikurangkan atau gaji asas mereka dipotong majikan?

 


Ramai pekerja juga terpaksa bersetuju dengan majikan untuk ambil no-pay leave atau half-pay untuk membantu kelangsungan majikan.

 

Mereka tak hilang kerja tapi pendapatan berkurang pada masa komitmen bulanan mereka tetap tinggi.

 

Mengapa pembayaran one off sehingga RM10,000 ini amat diperlukan oleh pencarum dan kenapa ianya perlu diperluaskan kepada mereka yang tidak hilang kerja?

 

Antara sebabnya, pembayaran one-off ini sebanyak RM10,000 boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang tunggakan mereka seperti bil utiliti, bayaran sewa atau pinjaman rumah, keperluan untuk anak-anak, caruman insurans tertunggak dan sebagainya.

 


Jika tak boleh buat RM10,000 sekaligus. Boleh bertimbangkan lump sum RM3,000 atau RM5,000 sekaligus. Bakinya dibayar secara beransur setiap bulan untuk 3 atau 6 bulan lagi.

 

Selain daripada itu, wang “lump sum” tersebut juga boleh digunakan sebagai modal asas untuk memulakan perniagaan kecil terutama sekali bagi mereka yang sudah kehilangan kerja.

 

Sebagai contoh, wang ini juga boleh digunakan untuk membeli peralatan seperti motosikal bagi menjadi pemandu penghantar makanan atau barangan.

 

Rakyat juga boleh menjadikan wang tersebut sebagai modal permulaan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian atau “online business” yang kini semakin pesat mengembang.

 

Keperluan ini tidak dapat dipenuhi sekiranya dibayar cuma RM500 setiap bulan sahaja.

 


Sudah tentu, pengeluaran one off RM10k ini dapat membantu Kapt Azrin mengembangkan perniagaan warung Kaptennya. Secara tidak langsung, Mak Cik Kiah juga dapat mengembangkan lagi perniagaan pisang goreng beliau kepada perniagaan air tebu dan sebagainya.

 

Ramai yang mahu duit lump-sum untuk rolling.

 

Sekali lagi, hanya RM500 sebulan dan dihadkan untuk mereka yang sudah hilang kerja sahaja TIDAK memenuhi keperluan ramai.”

 

DS Najib juga secara sinis telah memberikan teguran kepada kerajaan dengan memberikan contoh kerajaan Australia yang telah membenarkan pengeluaran duit persaraan rakyat Australia sebanyak 20000USD/seorang dari Tabung Persaraan Australia.

 

Di bawah merupakan post tersebut yang dipetik dari FB DS Najib.

“Nampak sangat Menteri Kewangan negara Australia langsung tak reti jaga masa depan warga negara itu.

 

Dia benarkan semua warga Australia yang sedang bekerja atau berniaga yang pendapatan mereka berkurang 20% atau lebih akibat Covid untuk keluarkan AUS$20,000 daripada tabung persaraan mereka (yang dikenali sebagai superannuation atau “super” di sana).

 

Ini amat zalim sebab warga Australia langsung tak diberi peluang untuk mengadu dan mengemis wang simpanan mereka sendiri pun.

 

Jika $10,000 beri impak $41 sebulan maka $20,000 beri impak $82 sebulan.

 

Apakah nasib warga Australia apabila pendapatan mereka berkurang sebanyak $82 sebulan selepas mereka bersara?”

 

Marilah sama-sama memberikan sokongan kepada DS Najib yang gigih memperjuangkan hak rakyat.

 

Terbaik DS.

 


14 thoughts on “Najib berjuang membela rakyat isu KWSP RM10k dan Moratorium

  1. Sepatutnya, semua golongan b40 n m40 dibenarkan keluarkan rm10000 secara one off. Sekarang nak makan pun takde duit. Ibu bapa yg dah tua yg harapkan duit anak2 pun terpaksa ikat perut. Kenapa susah sgt nak keluarkan duit kepunyaan Kita sendiri. Semoga DS najib berjaya luluskan isu ini. Kami rakyat semua Akan sokong DS najib

  2. Jika DS berjaya pinda belanjawan 2021 utk benarkan pengeluaran kwsp 10k, byk jasa DS kepada rakyat. Hanya tuhan yang mampu balasnya. Tq ds

  3. Kasi on sj Smua Acount kwsp.smua rakyat memerlukan ‘Acount 1′ 2’ .Acount emas .smua memerlukan dengan keadaans rakyat ekonomi tidk menentu di sebabkn covid -19 .skrg ni..smua org hilang punca pendapatan mohon kasi keluar sj ..!

  4. Dlm byk2 kenyataan..yang ni logik ape yg d perkata kn oleh beliau…x kn kn trjejas shja…bagi je pd semua pencarum…bru adil…wlpon kami x hilng pkerjaan..tp komitment lain ade dn brtambh..x perlu rase nye kami nk listkn

  5. Saya sokong..dlm rakyat ada yg susah ni beri lah hak kami bantu kami dengan 10k kami jugak boleh bantu kedua ibu bapak kami,bukan suap dimulut kami sahaja tapi emak ayah kami anak2 kami…Aamiin mudahan dilulus kan

  6. DSNR TERBAIK…BOSSKU…brjiwa rakyat…tahu apa yg rakyat mahu…mudahan urusan dpermudahkan Allah swt…sentiasa menyokong kemahuan rkyat…

  7. BOSSKU DSNR ADALAH PEJUANG BANGSA MELAYU BERMARUAH BEKERJA SEMUA RAKYAT MLYSIA,SUNGGUH HEBAT SEKALI PENGORBAAN MU SERTA SUNGGUH TERBAIK ATAS KEMIMPINAN MU WAHAI ANAK BANGSA MELAYU MALAYSIA YG SGT2 TERBAIK SMOGA ALLAH MEMBERI PERLINDUNGAN KESELAMATAN BOSSKU DSNR.

  8. Amin Alhamdulillah….43tahun hidup….ini pertama kali merasa darurat kes covid 19 melanda dunia….dan pertama kali DPT merasa duit EPF akaun 2….ni skrg…. akaun 1 akn menyusul boleh keluar….DH selalu aku impikan saat ini… Allah mendengar luahan hati hambanya…. syukur Alhamdulillah padamu ya Allah…. semua org terkesan dgn kesusahan demi keberlangsungan hidup…..yg penuh ranjau onak dan duri…..nak merasa sebarangan memang jgn mimpi lah….. tunggu lah masa tua nanti 55tahun…pjg umur ke tidak… Allah maha mengetahui…. syukur pada Allah sangat sangat.. Allah maha mengetahui segalanya isi hati setiap umat nYa…. Amin Alhamdulillah…. syukurilah segalanya nikmat yg Allah kurniakan….yang rasa tak mau keluar kan jgn lah terlalu selesa…. mungkin u BYK wang simpanan….nasib dan rezeki masing masing…tak sama….bagi kami….ianya adalah amt berharga….titik peluh kami….bukan kami merompak atau mencuri duit ……..hasil dari keringat kami bekerja selama ini….duit rakyat ya. Bukan daNa Kerajaan…..

  9. Mcm saya 500 suami isteri baru 1000, sewa byr half 400, balance 600.. Makan, bil air, elektrik, bank lagi.. Mana nak cekau lagi

  10. Agak dah…..Tu semua idea raih populariti.Korang ingat kalau dia jadi pm…dia nak luluskan pengeluaran kwsp??? Berkali-kali dah org mintak pengeluaran zaman dia jadi pm….lgsg tak dilayan.Ingat masa covid jer org susah.Pnah dgr kata sblm2 ni rakyat senang lenang? Sblm covid pun org dah start susah.Dia jadi pm….abah midin yg usulkan pengeluaran kwsp 10k…kompom jawapan dia sama mcm abah midin bagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share news in social media